Monday, April 21, 2008

PeNgErTiAN CiNtA



  • Bercinta memang mudah..untuk dicintai juga memang mudah..tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperolehi..



  • Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan lebih baik cinta itu tak pernah hadir..



  • Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciaanya.



  • Anyamlah buih-buih dilaut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai..cinta sebenarnya tidak buta cinta adalah sesuatu yang murni..luhur dan diperlukan..apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan



  • Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan..jika tidak kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kau temukan didalam hatinya..



  • Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat..kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu..



  • Jangan simpan kata-kata cinta pada orang tersayang sehingga dia meninggal dunia..lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata itu pada pusaranya..sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya..



  • Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu..Teman percintaan ialah sayu dan pilu..namun demikian dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalam kerana dianggap seperti lautan madu..



  • Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan…dua tangan untuk memegang..dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat..Tetapi mengapa TUHAN hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana TUHAN telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya itulah namanya CINTA.



  • Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati sehinggakan kamu kehilangannya pada saat itu..tiada guna sesalah kerana perginya tanpa berpatah lagi..



  • Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu mahu masih mencuba.
    Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sangggup.
    Jagan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya jika mau masih tidak dapat melupakannya.



  • Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta..namun apabila sampai saatnya itu raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda Tanya dihantinya



  • Cinta tidak boleh dipaksa dan cinta bukan datang dengan sekelip mata. Cinta bagaikan bintang di langit sana. Terlalu banyak yang bercahaya indah tetapi Cuma satu yang akan jadi igauan pemujanya.



  • Peraturan cinta menyatakan yang kita boleh mencintai sesiapa saja. Kenapa?? Kerana cinta itu adalah hak kita. Tak ada orang yang boleh membunuh cinta yang tumbuh walaupun oleh orang yang kita cintai itu! Itu peraturan pertama bercinta!



  • Cinta hanya satu perasaan. Jika diupam rasa, sarat emosi, maka bersemi, mekar dan rendanglah ia. Tetapi jika diabaikan, dibiarikan pasti akan layu dan kekeringan.. Cinta tidak lebih hanya satu perasaan. Jika salah kendali, bisa jadi penyakit.



  • Kadang-kadang kita terlepas pandang bahawa Allah mengatur segala-galanya. Mungkin DIA mahu kita bertemu orang lain yang lebih baik untuk kita dan memberikan orang yang lebih baik kepada orang yang kita cintai.



  • Rasa terikat..terlalu sayang dan terlalu benci akan buat jiwa merana.



  • Dalam hidup ini tidak semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa berkoban hati dan perasaan. Apalagi bila melibatkan perasaan orang lain.



  • Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya. Tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum kita miliki sampai kita mendapatkannya.



  • Terkadang kita tidak dapat apa yang kita impikan. Lalu kita menyalahkan takdir kerana terlalu kecewa. Sedangkan kita tidak sedar apa yang kita perolehi adalah lebih baik dari apa yang kita harapkan.



  • Benarkah bahawa percintaan itu sesuatu yang indah? Benarkah setiap pencinta akan terus mengingati kekasihnya walaupun kekasih itu tidak ada buat menemaninya setiap waktu..
    Dan benarkan kata orang cinta itu buta. Cinta itu tidak memerlukan cahaya matahari untuk menyuluh jalan sang pencinta itu walaupun jalan itu amat sukar dan berliku. Cahaya hati dan perasaan sudah cukup untuk menerangi segalanya.



  • Kadang-kadang hendak menyayangi yang kita sayang itulah yang paling susah



  • Penat seharian dengan orang yg kita sayang lebih bermakna dari kita hidup sehingga akhir hayat dengan orang yg kita tak punya rasa sayang


0 »comment«:

 

Design By:
SkinCorner