Aku selalu berfikir keindahan dalam sebuah puisi..memikirkan setiap bait² puisi yang penuh makna yang tersirat dah tersurat..kadangkala ingin sekali aku mengetuk pintu hatimu dengan penghayatanku berusaha membuatkan kau terhayal dan terharu dengan keindahan bait² tersebut. Tapi mulai hari aku tidak mahu berfikir lagi.. bukan kerana aku sudah penat tapi hanya sekadar ingin kau memahami siapa diriku ini. Bolehkan kalau hari ini aku tidak peduli dengan apa yang kau mahu??. Bagaimana kali ini kau yang mengikuti permainanku?? Tak usahlah kau buat puisi segala untuk membalas permainan ini…kerana puisimu itu bukan dari suara hatimu . Cukup kau pakai intuisi dan kepekaan mata hati dan telinga. Aku yakin kita bisa sama² menikmati setiap bait² puisi tersebut . Amati baik² tanpa harus memikirkan keinginan satu dengan yang lain tapi kalau di dalamnya tidak terkandung apa² itu bukan salahku tapi salahmu sendiri yang tidak bisa menikahkan hayalanku dengan hayalanmu. Hakikatnya semua puisi di dunia ini tidak ada yang buruk yang buruk adalah perasaanmu yang selalu menghakimi tanpa bisa mendalami sipenulis puisi itu.

Aku masih belum mau berhenti mengumandangkan roh-roh dalam puisiku kerana setiap bait² puisi adalah suara hatiku dan kau???? Kau tahu apa tugasmu? Tugasmu adalah memuji dan mencela dengan kejujuran dan keikhlasan hatimu…maka lakukanlah itu. Ketahuilah Dunia ini sangat indah kerana ada kau dan aku. Semua sudah memainkan perannya dengan baik Kita tinggal menunggu Sang Pencipta menghentikan babak² ini. Namun aku bersyukur bila aku menjadi orang yang tahu diri dan tahu berterima kasih. Aku faham kalau ucapan terima kasih itu tidak terlalu penting yang penting isi hati dan ketulusan tapi sayang aku tidak dapat mengungkapkan semua itu dengan tafsiran kerana dadaku tidak terbuat dari plastik tipis yang menerawang hingga orang bisa melihat dalamnya hatiku jadi sekarang aku ingin sekali mengungkapan terima kasihku kepada semua sumber yang telah menjadikan aku seperti ini…memahami dan sentiasa memberikan sokongan padaku dikala suka atau duka sentiasa berada disampingku…aku terlalu menghargainya..tulus atau tidaknya ungkapanku hanya Aku dan TUHAN yang tau..
Cetusan Hati..
si––––•(-• (¶u3 LinÐungan ßulan) •-)•––––



































































0 »comment«:
Post a Comment