skip to main |
skip to sidebar

- Apabila manusia gagal mencintai Tuhannya, maka cinta sejati tidak akan ditemuinya.
- Anda sebenarnya silap dan terperangkap apabila persahabatan dan semangat setiakawan yang terbina bertahun-tahun berakhir dengan ungkapan cinta.
- Cinta yang tulus ikhlas lahir daripada sikap, perbuatan dan tindakbalas yang dipamerkan oleh seseorang, bukannya dari kata-kata bermadah walaupun terlalu indah.
- Orang yang terlalu banyak berjanji semasa bercinta adalah orang yang keliru dengan perasaannya sendiri.
- Cinta memerlukan keikhlasan dan kejujuran dan bukannya pengorbanan membuta tuli. Mereka yang sanggup berkorban demi cinta adalah orang yang tidak pernah memahami erti cinta sebenar.
- Anda sebenarnya tidak pernah jatuh cinta atau dicintai sekiranya anda mengatakan sering gagal dalam percintaan.
- Kecacatan cinta bukannya terletak atas sebab ‘Cinta Itu Buta’ tetapi disebabkan mereka yang selalu mempermainkan cinta.
- Anda adalah insan yang kecewa sebelum waktunya sekiranya anda sering mengucapkan “Aku Cinta Padamu” dan “Adakah Kau Mencintaiku?”
- Cinta adalah anugerah Tuhan, mereka yang menerima dan mengalaminya tidak pernah menyedari bahawa dia telah jatuh cinta kepada seseorang.
- Cintailah seseorang yang mencintai kamu walaupun kamu tidak mencintainya…janganlah kamu cinta pada orang yang kamu memang cinta tetapi orang itu tidak mencintai kamu.
1 »comment«:
wah...hebat tol madah ayg ni..huhuhu...mmg hebat bermadah tentang cinta...sesiapa yg bercinta, baca la madah ni...moga korang happy bercinta...huhuhu...
Post a Comment