Monday, April 21, 2008

CinTa OOooO CinTa


  • Persahabatan biasanya berakhir dengan percintaan, tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.

  • Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yang sangat menggoncang jiwa.

  • Apakah sebenarnya cinta? Cuba katakan... Tak lain dan tak bukan ialah 2 jiwa dalam satu fikiran, 2 hati dalam satu debaran.

  • Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata


  • Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna memukau. Saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorang, seseorang yang bakal mewarnai hidupnya.

  • Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari 2 perasaan. Kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.

  • Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh KATA-KATA.

  • Kadang kala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang disaat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorang terhadap kita disaat kita amat memerlukannya.

  • Cinta yang lahir dari pandangan pertama adalah cinta suci. Manakala perasaan cinta yang lahir dari kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yang mana lebih abadi, "cinta suci" atau "cinta sejati"?

  • Tiada cinta tanpa pengorbanan dan tiada pengorbanan tanpa cinta"......."Cinta akan berjalan lancar jika di iringi oleh rasa saling mempercayai.....

  • Sesiapapun pandai menghayati cinta tapi tiada sesiapa yang pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yang boleh dilihat oleh mata kasar, sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.

  • Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itu yang sukar diperoleh.

  • Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta. Tiada kasih yang lebih ngeri dari putus cinta.

  • Kata pujangga cinta letaknya dihati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya jelas sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekaligus mengendalikan tindakan kita sehingga kadangkala kita melakukan hal terbodoh tanpa kita sedari.

  • Cinta yang suci dapat dilihat dari perngorbanan seseorang, bukanlah dari pemberian semata-mata.

  • Cinta mengajar diri ini erti sebuah kehidupan,mematangkan pemikiran dan menebalkan benteng kesabaran.Kejujuran dan kesetiaan adalah tiang sebuah percintaan dan iman adalah penyelamat cinta nan suci....

  • Cinta terlalu indah hinggakan tiada sebaris ungkapan yang dapat mentafsirkannya....
  • Disaat ini mungkinkah Dugaaan DariNYA mula bertandang untuk menguji setenguh mana dan sekuat mana benteng yang dipertaruhkan. CINTA kau sesuatu yang begitu suci...

  • Sesungguhnya percintaan itu amat mudah, namun pengertian cinta itu amat dalam maknanya.

  • Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan, manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

  • Sesungguhnya percintaan itu amat mudah, namun pengertian cinta itu amat dalam maknanya.

  • Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

  • Melihat kebahagiaan orang yang dicintai adalah satu kebahagiaan buat diri kita juga walaupun hanya mampu dipandang dari jauh.

  • Terputus cinta memang menyedihkan. Harus diingat bahawa perpisahan itu ditentukan oleh jarak dan masa. Kalau bersedih kerana cinta terhalang dan tidak kesampaian, anggaplah kesedihan itu seperti hujan – walau lebat atau lama sekali pun pasti akan reda jua.

  • Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”

  • Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata "aku turut bahagia untukmu".

  • Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

  • Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.


  • Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.


  • Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.


  • Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

  • Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

0 »comment«:

 

Design By:
SkinCorner