Sunday, April 20, 2008

LAILA MAJNUN CYBER VERSION


CORETAN SEKILAS PANDANG


Terima kasih kepada semua sahabat cyberku yang sudi menemani hari-hari gelapku setelah beberapa minggu cerita suka dah duka ini akhirnya telah sampai ke penghujungnya. Terima kasih juga kepada sahabat rapatku yang memberi semangat, dorongan untuk Tasha meneruskan cerita ini, Tasha sayang kamu semua. Apapun yang terkandung di dalam cerita ini tiada kena mengena dengan sesiapapun... Jika ada yang terasa hati kami memohon maaf mungkin ianya secara kebetulan dan tidak disengajakan..Banyak kelemahan yang terkandung dalam cerita ini almaklumlah sekadar nak mencuba bakat sahaja....

Cerita ini adalah cetusan idea bersama Tashabella & Zarul diatas kerjasama kukuh yang diberikan tercetuslah ilham untuk membuat cerita "LAILA MAJNUN CYBER VERSION". Terima kasih kepada sahabatku Bedah @ Besday kerana mencetuskan idea watak extra Melisya kebaikanmu tetap dikenang....Terima kasih yang tak terhingga untuk Abg Ngahku tersayang kerana buatkan cover ceta ni untuk Dik Su nice sangat!! ...Thank juz my prenzzz Lupi covermu indah dipandang..


Cerita ini khas Tasha buat untuk insan yang betul-betul istimewa dalam hidupku. Terima kasih kerana menyayangi dan menceriakan diriku..semoga kebahagiaan akan berpihak padamu..

Terisitimewa buat sahabatku yang sedang bercintan cantun di alam cyber moga percintaan korang sampai kematlamatnya yang penting kekuatan..keyakinan..kepercayaan dan kesabaran dalam menempuhi apa jua dugaan "Insyallah"…Namun apapun jua yang kita lakukan restu kedua ibu bapa adalah penting..agar apa yang dilakukan mendapat rahmat dariNYA


Bacalah dengan seikhlas hati dan kemudian jangan lupa bagi commet erkk!! tak kisahlah comment apapun..tasha sedia menerimanya


So apa lagi layaaaaaaaaaaan je hihihihi.....


JUZ ME MISS TASHABELLA


SINOPSIS


Cinta cyber begitu menyakitkan hanya yang benar-benar kuat sahaja yang mampu menjadikannya realiti ianya ibarat seperti mendaki Gunung Everest ramai yang ingin mencuba tetapi tidak semua sampai ke puncak..hanya insan yang terpilih sahaja yang berjaya kedestinasinya.

Percintaan Laila Majnun terlalu tragedis..penemuan didunia cyber telah menyatukan mereka berdua. Semakin hari perasaan cinta semakin menebal walaupun tidak kenal paras rupa hanya suara sahaja yang boleh mengubatkan kerinduan mereka.

Setelah Majnun menghilangkan diri Laila menjadi tidak keruan dan merasakan dirinya tidak begitu bermakna dalam hidup Majnun lantas Laila memberi ruang pada seseorang untuk menyintai dirinya namun terlalu sukar untuk dia menerima cinta tersebut kerana dihatinya sudah terpahat nama Majnun.

Setelah 6 tahun Majnun muncul semula menyebakan Laila tersepit diantara dua insan yang betul-betul menyayangi dirinya. Namun kemunculan seorang gadis telah megeruhkan lagi keadaan.. Adakah Laila terpaksa berkorban untuk kebahagiaan orang lain.

Banyak halangan dan rintangan yang harus ditempuhi Laila dah Manjnun..bertemukah mereka di alam realiti dan berjayakah mereka hidup bersama..atau sekadar mainan ilusi semata-mata????bolehkah cinta mereka sehebat kisah cinta dongengan MAJNUN dan LAILA yang sanggup hidup mati bersama.

"Sukar bagi dua orang yang saling mengenali tinggal di dalam dua dunia yang berbeza tapi ketika dua dunia yang berbeza ini melebur dan menjadi satu..itulah KEAJAIBAN.




1

Dengan berat hati Majnun terpaksa berangkat pergi mengikut keluarganya berpindah ke luar Negara kerana ayahnya telah ditugaskan menjadi wakil kedutaan Malaysia di Amerika.Sejak dari itu Majnun sudah jarang melayari dunia cybernya malahan lagi dia terlalu sibuk dengan pengajiaanya. Maka dari itu terputuslah hubungan Majnun dan Laila. Mereka berdua menyepi tanpa berita, hanya satu yang boleh mengingatkan Majnun pada Laila.. loket pemberian Laila dan begitu juga halnya dengan Laila loket pemberian Majnun menjadi kenangan yang terindah buat dirinya..loket ini diberikan kepada Laila sebelum Majnun berangkat ke luar Negara walaupun tidak bertemu muka namun hati mereka memang sudah saling menyintai . Mereka juga telah berjanji akan menjaga loket tersebut sehinggalah mereka ditakdirkan berjumpa nanti.

Seringkali Laila termenung sendiri sambil membayangkan bagaimana kehidupan Majnun dia sana dia merasakan Majnun sudah melupakan dirinya. Tapi hakikatnya tak semudah itu untuk Majnun melupakan Lailanya. Bagi dirinya Lailahlah kekasih awal dah akhirnya...sesungguhnya Majnun sedar siapa dirinya jika dibandingkan dengan teman-teman Laila yang lain didunia cybernya..demi kasihnya terhadap Laila, Majnun yang jauh dirantau orang perlahan-lahan mengundur dan menyepi tanpa khabar berita sedangkan dalam diam Majnun tetap memerhati dan mengambil tahu perkembangan Laila melalui dunia cybernya...




2

Laila dapat merasakan Majnun semakin melupakan dirinya..Laila bertambah bingung kenapa secara tiba-tiba Majnun bersikap bergitu, adakah dia pernah membuat Majnun terasa hati atau sebaliknya?? atau adakah dia tidak begitu penting dalam hidup Majnun lagi..Laila sedar Majnun begitu digilai oleh awek-awek jelita cybernya sehinggakan Laila beranggapan tanpa dirinya takkan meninggalkan apa-apa kesan pada hidup Majnun...lantas Laila terfikir kalau itulah yang buatkan Majnun bahagia..dia rela mengundur diri dan menjauhkan diri dari Majnun....Begitu complicates hubungan Laila Majnun ini.




3

5 tahun berlalu Majnun telah tamat pengajiaannya dalam jurusan perniagaan. Setahun selepas itu ayah Majnun telah pergi menghadap ILahi kerana mendapat serangan jantung. Majnun dan keluarganya terpaksa kembali ke tanahair. Majnun telah mendapat pekerjaan di Syarikat Gergasi di Ibukota Kuala Lumpur dan menyandang jawatan Eksekutif pemasaran. Manakala ibu serta adik majnun Zila balik ke negeri asal mereka di Mersing Johor.

Begitu pantas masa berlalu sudah setahun dia berada di tanahair sendiri Malaysia dan terasa ada sesuatu yang kurang dalam hidupnya...arghh! dia mengeluh sendiri di mana Lailaku sekarang...aku teramat merinduinya bisik hati Majnun.

Sudah 6 tahun Laila tidak mendapat perkhabaran tentang Majnun...Laila meneruskan kehidupannya walaupun terlalalu sukar..dalam waktu itu seseorang telah cuba dekat dan menawan hati Laila. Laila dapat merasakan ketika ini Majnun juga mungkin telah mempunyai pilihan hati..




4


Majnun termenung sendirian dibalik tabir, mengenang saat manis bersama Laila suatu ketika dulu..hatinya sudah tidak karuan lalu nekad untuk cuba kembali mencari permata yang pernah hilang 6 tahun dulu, Majnun yang sudah lama meninggalkan dunia cybernye mula masuk kembali untuk mencari Lailanya...bukan dia tidak pernah menghubungi Laila melalui telefon bimbitnya tetapi nombor itu sudah tidak berfungsi lagi.


Persoalannya adakah mereka dapat kembali seperti dulu? Berjayakah Majnun mencari Laila di dunia cybernya setelah sekian lama mereka tidak bersua...





5

Seperti biasa Laila melayari dunia cybernya melayan karenah kawan-kawannya yang telah dikenali bertahun lamanya....itulah rutin harian Laila dengan harapan dia dapat berjumpa dengan Majnun kekasih hati yang teramat dirinduinya..... sedang melayari dunia cybernya tiba-tiba Laila ternampak satu nama yang tak asing bagi dirinya..nama itulah yg teramat dirinduinya selama ini...namun keegoan hati Laila membekukan niatnya menegur nama itu...diakah orang yang Laila cari selama ini??? Haruskah Laila menegur orang yang sudah melupakannya...namun hati Laila berdebar-berdebar seakan ada bunga keriangan dalam dirinya...serta merta keriangan itu berubah menjadi kemurungan..kerana ada seseorang yang Laila harus jaga hatinya..seseorang yang telah mengubati kelukaan Laila..seorang yang telah sanggup berkongsi masalah dengannya..Laila jadi serba salah. Kebetulan lelaki itu hadir bersama melayan cyber chat. Takut tindakannya nanti akan membuatkan lelaki itu terasa hati. Lantas dia membiarkan sahaja.

Majnun melayari dunia cybernya memasuki halaman web chat tempat dia bertemu Laila dulu syukurlah kerana halaman chat itu masih aktif lagi. Hati Majnun berdebar "Laila" degupan jantungnya semakin kencang namun masih meragui benarkah dia Laila yang dicari selama ini.. mereka telah dipertemukan semula di dunia cyber tnamun masing-masing berdiam diri, Majnun malu untuk memulakan episod barunya kali ini kerana merasakan dirinya bersalah selama ini terhadap Laila...Majnun masih tidak mengetahui ada pria lain telah menawan hati Laila selama terputusnya perhubungan mereka..tetapi siapakah gerangan pria itu?? Adakah pria itu sahabat baik majnun 6 tahun lalu . Majnun dapat merasakan keakraban lelaki tersebut dengan Laila mudah-mudahan semua ini tidak akan terjadi ..... Rupa-rupanya sahabatnya itu masih aktif didunia cyber. Apakah hubungannya dengan Laila?? Rafi menegur Majnun dan tidak menyangka akan dapat bertemu sahabat baiknya itu semula.

Disaat Laila tergerak hati ingin menegur Majnun ada seorang gadis yang mengenalkan dirinya sebagai Melisya mengaku awek majnun..hajat untuk menegur Majnun terhenti..betulkan Melisya tu awek majnun???..sebab inikah Majnun menjauhkan diri dari Lalia..barulah Laila tahu jawapannya sekarang..tapi mengapa Majnun tidak setia pada janji yang telah diungkapkan 6 tahun yang lalu ..arghhh lelaki! manis berkata-kata...Laila merasa sebak...dah hanya mendiamkan diri..

Majnun terperanjat bila Melisya tiba-tiba muncul disaat itu,...Majnun mula mengenal Melisya semasa kali pertama melayari cyber di luar negeri.. Melisya melawat kakaknya yang sedang belajar di sana dan kebetulan pada masa itu Majnun memang dilanda kebingungan memikirkan sahabat baiknya yang turut menaruh hati pada kekasihnya Laila.. kemesraan Melisya dan Majnun di dunia cyber berterusan hari demi hari membuatkan timbul perasaan cinta Melisya terhadap Majnun..tapi bagi Majnun, Melisya hanyalah sekadar temannya dikala sunyi...Perhubungan Majnun dan Melisya bukan sekadar di dunia cyber sahaja mereka telah bertemu di dunia realiti. Sikap Melisya begitu menyenangkannya, dia pandai membuatkan Majnun tersenyum dan gembira di kala duka..Sedikit sebanyak telah membuatkan Majnun terlupa seketika pada kekasih hatinya Laila di Malaysia . Dua minggu disana akhirnya Melisya pulang ke Malaysia.

Sedang Laila mendiamkan diri tiba-tiba Majnun menyapa Laila, Laila menjadi serba salah adakah sapaan Majnun harus dibalas sedangkan itulah saat yang Laila nantikan....Laila berpura-pura tidak melayan sapaan tersebut sehinggakan Majnun merasakan kehadirannya cuma menganggu kententeraman Laila...malahan lagi melihat keakraban Laila dengan sahabat baik cybernya "RAFI" lantas Majnun mengambil keputusan mengundurkan diri sahaja dia terasa kehadirannya tidak dipedulikan oleh Laila..sedangkan dalam hati Laila hanya TUHAN yang tahu betapa rindunya Laila pada Majnun . Namun kehadiran gadis bernama Melisya menyebabkan hati Laila terluka..tergamak Majnun menguris hati laila...






6

Episod lama berulang kembali..Majnun terasa seperti dipinggirkan oleh Laila, hatinya mula tertanya benarkah ini Laila yang pernah ku kenali dulu?..dalam masa yang sama kehadiran Melisya mengusutkan lagi fikiran Majnun..dalam diam dia menyembunyikan diri dari Melisya tanpa memberi respon padanya.. Tetapi fikiranya Majnun tiba-tiba berubah bila mendapat layanan yang dingin dari Laila lantas dia melayan sahaja sapaan Melisya dengan begitu mesra sekali.

Kemesraan diantara Majnun dan Melisya telah menguris perasaan Laila...kewujudkan Laila dicyber seolah-olah tidak diindahkan oleh Majnun..dalam masa yang sama ramai jejaka ingin berkenalan dengan Laila..untuk menyembunyikan perasaan Laila yang sedang dilanda kesedihan..Laila melayan saja kawan lelaki cybernya tapi dalam hati Laila berharap Majnun akan menegurnya namun hampa ...






7
Majnun dapat merasakan perubahan pada Laila..cemburukah Laila??. Majnun tahu apa yang tersirat dihati gadis yang disayanginya itu. Majnun kini seolah-olah tersepit diantara Laila dan Melisya... pernah juga Majnun cuba menjelaskan hubungannya dengan Melisya hanyalah sekadar teman biasa..namun Laila seperti tidak mengambil kisah tentang itu,
"Alangkah eloknya seandainya aku bisa mendengar luahan hatimu wahai Laila"

Laila mengerti perasaan Majnun...Majnun telah menjelaskan segalanya pada Laila dan Laila juga tahu cinta Majnun terhadapnya tak pernah berubah..tapi patutkan Laila menerima Majnun sedangkan Melisya hadir diantara mereka berdua. Setiap kali melayari dunia cybernya melisya sentiasa ada bersama dan hubungan Laila dengan Melisya semakin rapat..Melisya pernah menceritakan pada Laila bahawa Majnunlah yang paling dicintai dan disayanginya malahan dia sanggup mengorbankan nyawanya jika tidak dapat memiliki cinta Majnun..betapa besarnya cinta Melisya pada Majnun...Apakah akan terjadi jika Melisya mengetahui dia dan Majnun adalah sepasang kekasih. Adakah Melisya akan mengotakan janjinya membunuh diri demi sebuah cinta..tak tergamak Laila..walaupun Laila tahu betapa agungnya cintanya pada Majnun tapi demi seorang sahabat dia rela mengorbankan perasaannya ..Laila bertekad untuk memutuskan hubungannya dengan Majnun demi Melisya. Baginya kebahagiaan Melisya lebih penting berbanding dirinya..jika pengorbanan Laila boleh membuatkan Melisya bahagia..itu lebih bererti dari segalanya..Laila tahu tindakannya itu nanti bisa melukakan hati Majnun ..tapi Laila tak mahu Majnun tersepit diantara cinta 3 segi biarlah Laila mengundurkan diri..



Majnun seakan tidak boleh menerima cara Laila mengetepikan dirinya...mengapa mesti Laila memilih jalan itu sedangkan dia sendiri tahu yg Majnun hanya mencintai dirinya seorang, ini tidak adil untuk Majnun..akhirnya Majnun terpaksa berterus terang pada Melisya walaupun sedar tindakan ini akan melukakan hati Melisya.

Sekarang yang menjadi persoalan Majnun..Benarkah Laila masih mencintai Majnun atau sekadar alasan untuk dia menerima cinta dari insan yang lain disaat Majnun ingin kembali semula dalam hidupnya...seboleh-bolehnya biarlah mereka berdua bertemu dulu sebelum mengambil tindakan yang bodoh begini.

Setelah mengambil keputusan begitu..Laila menjadi serba salah pada Majnun kerana Melisya, Laila sanggup melukakan hati insan yang disayanginya








8

Setelah Majnun menjelaskan segala-galanya pada Melisya..hubungan mereka mula rengang, Melisya seperti tidak percaya lagi pade dunia cyber yang penuh penuh helah, walaupun Majnun menganggap Melisya sahabat baiknya..Melisya tetap tidak boleh menerima status itu. Apa agaknya tindakan yg akan Melisya lakukan selepas ini..


Majnun seakan-akan mendapat nafas baru bila masalahnya dengan Melisya sudah selesai..tapi dia tidak tahu situasi Laila masa ini.

Setelah seminggu berehat dari dunia cybernya Laila beranggapan Majnun telah bahagia bersama Melisya..tapi anggapannya silap bila kawan Majnun menceritakan hal yang sebenar pada Laila...Laila juga telah mendapat utusan email dari Melisya tindakan Melisya memutuskan persahabatan dengannya teramat mengecewakan hati Laila..kenapa gara-gara seorang lelaki semua tu boleh terjadi...Laila sudah melakukan yang terbaik untuk Melisya tapi Laila sedar cinta tak boleh dipaksa jika diteruskan juga mungkin ianya akan melukakan dua hati...kalau itu kehendak Melisya, Laila pasrah...






9

Sudah sebulan dia tidak nampak Majnun melayari dunia cybernya..Laila tertanya-tanya kemanakah pergi Majnun yang dirinduinya..walaupun dalam cyber Laila tak bertegur dengan Majnun tapi dengan hanya melihat nick Majnun hati Laila riang...tapi nick itu sudah tiada..Laila bimbang takut sesuatu yang tak elok terjadi pada diri Majnun..tengah memikirkan Majnun tiba-tiba laila mendapat satu peti pesanan ringkat di telefon bimbitnya..

"Hai Lailaku apa khabar" ringkas pertanyaan itu tapi cukup memberi makna pada diri Laila. Laila tidak menduga msg itu datangnya dari Majnun terlalu gembira hatinya namun keegoaan Laila menghalang drinya untuk membalas msg tersebut ..hatinya terlalu keras dan degil..Laila sendiri tidak mengerti perasaannya ketika itu.

Sebulan lamanya Majnun menyepikan diri dari teman-teman cybernya, bukan merajuk atau menyepi diri..tapi kebetulan sedang sibuk dengan kerja,suatu hari Majnun menghantar email pada laila yg amat dirinduinya...


To: laila_isabella@yahoo.com
subject: lailaku..…
Date: 20 Jun 2007 11.45:40


"Andai tersalah arah
Berikan ku tanda
Agar kau terima yang sebaiknya
Jika cinta kita hanya sejarah lama
Sudilah ku cuba kali kedua"


biarpun sehari...biarpun seminggu..biarpun bertahun lamanya,
namun Majnun tetap setia menunggu..menanti sebuah jawaban,

Kekasihmu

Majnun..






10

"Aku benci kau Laila..perampas!!!!

Hati Laila terusik bila mendapat msg dari seorang gadis yang amat dikenalinya Melisya..msg tersebut amat mencalarkan hatinya..Melisya menuduh Laila telah merampas Majnun darinya..sedangkan semasa ketiadaan Laila dia amat bahagia bersama Majnun..kenapalah Laila pula yang dipersalahkan bukankah Majnun telah menjelaskan perkara yang sebenarnya pada Melisya.. kenapa kebaikan Laila sering disalah ertikan....

Majnun..
Dia pernah mengaku mencintaiku ingin menjadikan hubungan ini lebih serius dan bermakna sejak Majnun meluahkan rasa hatinya Laila telah menyatukan jiwa untuk mencintai Majnun seorang sahaja..






11

Majnun seakan pasrah..
pasrah dengan keegoan yg mereka cipta sendiri sejak mula lagi,
kali ni majnun nekad dan berkata pada dirinya sendiri..

"aku tak mudah utk mencintai,
aku tak mudah mengaku ku cinta,
dan aku tak mudah utk mengatakan aku jatuh cinta"

Melisya kembali semula..
Di seringkali menghantar mesej ditelefon bimbit Majnun bertanyakan khabar. Kedinginan Laila terhadap Majnun menyebakan Majnun tidak mahu bersembunyi lagi dari Melisya, melayankan saja karenahnya seperti dulu..memang Melisya bijak mengambil hati Majnun..keakraban mereka kembali ceria seperti asalnya, Melisya sungguh gembira..lagi-lagi melihat Majnun seolah tidak mengendahkan lagi cintanya Laila, Namun hakikatnya hatinya tetap milik Laila seorang, tiada seorang pun yang bisa menggantikan tempat Laila dihati Majnun..


Perlahan lahan dalam diam rupanya Rafi telah berjaya menarik perhatian Laila,
sedikit sebanyak kehadiran Rafi telah mengisi kekosongan dan kesunyian gadis itu, lama-kelamaan Laila dan Majnun seperti orang asing.. walaupun bertembung di dunia cyber masing-masing mengelakkan diri diantara satu dengan lain.


Benarkah Rafi telah berjaya masuk ke hati Laila dan Majnun pula telah mula menyukai Melisya?






12

Indah kata yang diucapkan dulu..rupa-rupanya satu nista..pembohongan lelaki kasanova yang sudah biasa menyusun harapan palsu...Melisya mengatakan dia dan Majnun sudah mulai bersama kemesraan yang dulunya hambar berputik semula. Melisya juga memberitahu mereka berdua sering berjumpa di dunia luar. Kata-kata Melisya membuatkan kasih Laila pada Majnun sedikit malap..tak mungkin Laila akan menerima seorang lelaki yang tidak ada pendirian..jauh benar penilaian pertama Laila tentang karisma yang Majnun miliki..jika benarlah hati laila untuknya kenapa kehadiran Melisya seperti begitu bermakna buat diri majnun..

Rafi memang terlalu baik tapi sayang cinta Laila bukan untuknya..sejak ketiadaan Majnun, Rafilah yang sering mengambil berat tentang dirinya. Rafi pernah meluahkan isi hatinya pada Laila, patutkah Laila memberi ruang pada Rafi..Laila takut seandainya kasihnya akan terputus ditengah jalan.. Laila tidak mahu terus-terusan menipu diri sendiri..bisakah Laila menyintai Rafi sedangkan dihati Laila cuma tertulis nama Majnun. Laila tidak mahu memberi harapan palsu pada Rafi dia tidak tergamak melukakan insan sebaik Rafi, lantas Laila mengatakan biarlah perhubungan mereka atas dasar persahabatan sahaja.hatinya belum terbuka untuk mencintai orang lain...syukurlah kerana Rafi bukan seorang yang pendesak malahan dia memahami situasi Laila sekarang..

Laila sedih dan sebak kerana merasakan Majnun sudah tidak menghiraukan dirinya lagi mungkin Laila sudah tiada dalam ingatan Majnun dan terus lenyap dari hatinya..tapi tanpa pengetahuan Laila tindakan Majnun berbuat begitu ada sebabnya, Majnun hanya ingin menguji sejauh mana kuatnya cinta Laila terhadapnya..sengaja Majnun membiarkan Rafi mendekati Laila dan dalam diam Majnun turut mengintip perkembangan mereka berdua...Dalam masa yang sama bukan niat Majnun mempermainkan cinta Melisya terhadapnya...tapi bukankah dia pernah berkata bukan mudah untuknya mencintai dan melafazkan kata cinta kepada sesiapa pun selain Laila..hanya Melisya sahaja yang menganggap hubungan ini adalah ikatan cinta..







13

Makin hari hubungan Laila dan Rafi bertambah akrab..Rafi sentiasa ada bila diperlukan dikala kesusahan Rafi sedia membantu Laila..kebetulan pula Laila satu negeri dengan Rafi dan mereka juga telah pernah berjumpa dalam dunia realiti. Memang Laila akui Rafi seorang lelaki yang kacak dan berkerjaya sesiapapun akan tertarik pada penampilannya itu malahan Rafi adalah anak orang berada..Laila merasa hairan takkan lelaki sekacak Rafi tidak mempunyai teman wanita..berbohongkah Rafi kepadanya..cuma Rafi penah mengatakan pada Laila dahulu ada seorang gadis yang telah berjaya mencuri hatinya tapi Rafi berahsia katanya biarlah dia sahaja yang tahu..siapakah perempuan itu?


Majnun mula merasakan yang Laila benar-benar sudah ditawan Rafi. Rasa cemburunya semakin membara bila mendapat tahu Rafi dan Laila pernah berjumpa di dunia luar. Walaupun pedih untuk menerima hakikat itu namun Majnun sudah tidak mampu berbuat apa lagi, semua ini mugkin salahnya juga membiarkan semua itu berlaku sejak dari awal lagi...

Rafi dan Majnun adalah dua sahabat baik dalam dunia cyber, walaupun mereka tidak pernah bertemu muka, tapi Majnun tahu Rafi seorang yang baik dan berbudi bahasa...Rafi sendiri sebenarnya tidak pernah tahu tentang hubungan cinta antara Laila dan Majnun..seandainya dia tahu mugkin dia tidak tergamak meluahkan luahan hatinya pada Majnun. Sebelum Majnun berangkat ke luar negara Rafi pernah mengatakan hasratnya ingin mendekati dan menawan hati Laila .Betapa lukanya hati Majnun mendapat perkhabaran itu tapi demi sebuah persahabatan Majnun gagahi juga . Majnun tidak pernah memberitahu Rafi tentang hubungannya dengan Laila dia takut hati sahabatnya itu terguris. Rafi juga pernah menceritakan bekas kekasihnya kepada Majnun..tapi sehingga kini Majnun sendiri tidak tahu siapa gerangan gadis yang pernah mencuri hati Rafi... Adakah gadis itu muncul dikala Rafi sedang cuba memikat hati Laila..jika benar siapakah gerangannya.







14

Melisya telah mengambil cuti selama seminggu kerana ingin pulang ke tanahairnya di sibu sarawak. Dia ingin merehatkan diri sepuasnya di kampung sendiri. Kerjanya sebagai Eksekutif pentadbiran di salah sebuah bank di ibu kota Kuala lumpur begitu memenatkan dirinya. Dalam percutiaan tersebut melisya mengambil kesempatan untuk membuat pertemuan dengan Laila yang dikenalinya melalui dunia cybernya dia ingin mengetahui sangat kehebatan gadis ini sampai berjaya merebut hati Majnun darinya.

Tanpa pengetahuan Majnun, Melisya telah membuat pertemuan dengan Laila..Alahgkah terkejutnya Laila apabila berjumpa dengan Melisya..sahabat yang cuma dikenalinya di dunia cyber itu rupa-rupanya sahabatnya semasa di bangku sekolah menengah dulu. Begitu juga dengan Melisya dia tidak menyangka Laila yang dicintai Majnun itu adalah sahabatnya. Dalam diam Melisya membenci Laila. Kenapa Laila selalu mendapat yang terbaik dalam hidupnya. Dalam kebencian itu timbul perasaan irihati dia tidak mahu majnun hidup bersama dengan Laila dan sejurus itu Melisya mendapat ilham untuk mencetuskan perbelahan cinta tersebut.

Melisya mengatakan pada Laila dia akan mengikat tali pertunangan dengan Majnun dan berharap Laila dapat datang ke majlis pertunangan tu nanti , dari air muka Melisya, Laila dapat merasakan betapa gembiranya Melisya kerana hajatnya ingin hidup bersama Majnun akan tercapai..Laila merasa dunianya terasa gelap semacam ada satu benda berat yang menghempap badanya "YA TUHAN betulkah perkhabaran yang ku terima"...rasa bergetar seluruh badan Laila dengan sekuat hati dia cuma melawan perasaan tersebut kerana takut Melisya akan perasan perubahan yang terjadi pada dirinya...Laila tak mampu untuk bertahan lama berada bersama Melisya takut airmata yang bertakung akan jatuh menghempap pipi..Melisya tersengih seakan mengejeknya..arghh!! begitu besar dugaan yang telah TUHAN berikan padaku tapi Laila yakin jodoh pertemuan itu ditangan TUHAN..mungkin Majnun bukan jodoh yang telah TUHAN tetapkan untuk Laila..mencintai tidak seharunya memiliki...setiap kejadian pasti ada hikmahnya..






15

Pada siapa Laila hendak berkongsi rasa hati yang lara ini pada siapa???Laila merintih sendiri tiba-tiba terlintas wajah Rafi di ingatannya..haruskah Laila mengadu pada dia nakkah dia dengar masalah remeh-temeh Laila ini..Laila memang boleh dikira bertuah kerana berkenalan dengan Rafi..lelaki itu begitu perhatin tentang dirinya ..sekurang-kurangnya terubat juga kerinduaan Laila pada Majnun.Tidaklah dia memikirkan sangat tentang Majnun. Disaat Laila dilanda kedukaan Rafi datang sebagai seorang sahabat yang sudi berkongsi rahsia hati dan perasaan Laila..Persahabatan ini akhirnya termeterai dengan ikatan kasih sayang…Rafi banyak kali menasihati Laila bersabar dengan dengan semua dugaan ini…Laila sering terfikir kenapa dia sahaja menjadi penunggu setia dan mengharapkan cintanya dibalas namun Majnun tidak pernah berada di sisi takala Laila amat memerlukannya.. baginya cinta itu memerlukan bukti dan itu yang sebenarnya Laila mahukan dari Majnun…

Sekarang Laila keliru lagi..antara Majnun dan Rafi yang mana satu diberikan cinta?? Di sana masih mencintai disini menagih kasih….






16

Dikala Laila dalam kesedihan gara-gara berita pertunangan Majnun, Rafi hadir sekali lagi meluahkan perasaannya...sebelum ini Rafi pernah mengatakan kepada Laila yg hatinya pernah terpaut pada seorang gadis tapi Laila tidak pernah pun bertanya siapa gadis itu.. Disaat Laila menceritakan segalanya tiba-tiba Rafi membuka kenangan silam tentang teman wanitanya bernama Melisya yang telah mengkhianati cintanya dari pengalaman itu Rafi sudah tidak percaya lagi dengan insan yang bergelar wanita tapi setelah berjumpa Laila tanggapannya berubah sama sekali dia amat menyukai Laila seakan ada keistimewaan pada gadis yang bernama Laila ini yang harus didekatinya tapi bukan mudah untuk dirinya menawan hati Laila yang keras seperti batu..hatinya terlalu sukar untuk di tawan..

Hati laila tiba-tiba tersentap apabila Rafi menyebut nama M E L I S Y A...
rupa-rupanya melisya adalah insan yg pernah Rafi cintai, sungguh kecil dirasakan dunia ini..tetapi, sejauh mana pula hubungan Rafi, Melisya dan apakah yg terjadi kepada mereka kini...sedangkan dalam dunia cyber mereka ini seolah-olah tidak saling kenal-mengenali . Pandai betul mereka berdua menyembunyikan perkara ini rupanya tanpa pengetahun Laila mereka pernah menjadi sepasang kekasih tetapi bila?? semua ini mugkin ada kait mengait dengan kemunculan Laila dan Majnun dalam hidup mereka...

Rafi juga mengatakan keinginan Melisya ingin kembali kepadanya..Laila buntu sedangkan Melisya mengatakan dia akan dengan Majnun..pening kepala Laila memikirkannya..apakah motif Melisya sebenarnya..!







17

Akhirnya Melisya mendapat tahu juga lelaki yang pernah mengaku mencintainya dahulu kini sudah ada pengganti iaitu Laila...perasaan busuk hati berbaur cemburu sudah muncul dalam diri Melisya,seakan tidak senang melihat kebahagian Laila, Melisya mula memburuk-burukkan peribadi Laila pula ..macam-macam cerita mengenai Lalila telah Rafi terima dari mesej yang dihantar Melisya .


Dalam masa yang sama Melisya bijak memainkan peranannya terhadap Majnun sehinggakan Majnun terus terlupa pada Laila...adakah Melisya berjaya memporak perandakan hubungan Rafi dan Laila?apakah Benar Majnun akan mengikat tali pertunangan dengan Melisya atau itu hanya khabar palsu yang keluar dari mulut Melisya...

Kini baru Rafi faham..Melisya sebenarnya bukan ingin kembali kepadanya, tapi sengaja berniat jahat ingin menjauhkan dan memutuskan persahabatannya dengan Lailai, Rafi sudah kenal siapa Melisya sebenarnya ...sudah tentu Rafi lebih mempercayai sahabatnya Laila dari cerita palsu Melisya sebelumnya,

Apa yang menjadi kerisauan Rafi ialah Majnun..bagaimana lelaki yang dikenalinya dulu seorang yang bijak dan baik hati sepertinya boleh terperangkap degan kelembutan Melisya, Rafi berfikir sejenak..benarkah apa yg dikatakan oleh Melisya khabar berita mengatakan yang Majnun akan bertunang degannya,
oh tidak!..katakan itu semua dusta semata, butakah Majnun sewenang wenangnya memilih wanita seperti Melisya sebagai bakal tunangnya..

Melisya meneruskan peranannya untuk memiliki hati Majnun tapi bukan mudah untuk Majnun jatuh cinta lagi, Majnun tidak pernah menganggap Melisya sebagai pengganti Laila.. baginya hanya Laila seorang dihatinya meskipun hubungan cinta mereka begitu hambar...tiba-tiba tergerak hati untuk Majnun menghantar mesej sekadar bertanya khabar pada Laila.


Apakah reaksi Laila agaknya setelah menerima mesej dari Majnun...






18

Begitu berat rasanya Laila utk membalas msg dari Majnun..Apa lagi yang dimahukan oleh Majnun, bukankah dia sudah bahagia dengan Melisya...buat apa lagi bertanyakan khabarnya, semakin keliru fikiran Laila .
Akhirnya Laila membalas juga msg dari Majnun..

"Tahniah atas pertunanganmu dengan melisya"


Majnun tersenyum bila mendapat respon dari Laila..tapi tiba-tiba raut mukanya berubah bila membaca msg tersebut,Majnun merasa hairan dari mana Laila mendapat khabar palsu itu...dia merasa tidak puas hati lalu menelefon dan menjelaskan perkara yang sebenarnya kepada Laila agar tidak menjadi salah faham diantara mereka berdua.

Laila bertambah pening rupa-rupanya berita pertunangan itu adalah rekaan Melisya semata-mata semata… ..Laila merasa kembali tenang setelah mendengar penjelasan tersebut, nampaknya perbuatan Melisya mengeruhkan lagi hubungan mereka berdua.. tapi Rafi aduih!! sulitnya keadaan Laila ketika ini..Laila telah memberi harapan pada Rafi memberi peluang pada jejaka itu untuk mendekati dirinya..Laila benar-benar bingung tidak sanggup rasanya meniti bahagia atas kelukaan orang lain..tapi bagaimana Laila harus mengharungi hidup bersama dengan Rafi sedangkan hatinya bukan milik Rafi..Laila cuma berserah pada takdir..mungkin kita hanya berhak merancang tapi hanya TUHAN Penentu segalanya..






19

Kenapa setelah memberi peluang kepada Rafi..Majnun kembali merebut hati Laila..kenapa Laila dipertemukan dengan Majnun dalam keadaan yang tak disangka. Baru sekarang Laila mengetahui Rafi adalah kawan baik Majnun..keakraban Majnun dengan Rafi dicyber membuatkan Laila dapat merasakan hubungan mereka sudah seperti lama mengenali..tapi adakah Rafi tahu Majnun adalah kekasih pertama Laila...apakah tindakan Rafi bila mengetahui Laila ini adalah kekasih kawan baiknya sendiri..dah haruskan dia berkorban untuk kebahagiaan kawan baiknya sedangkan cinta Laila sudah lama didambakannya...begitu lama dia mencuba menawan hati laila dan hati gadis itu sudah mulai memberi ruang pada Rafi..tapi setelah Rafi mengetahui Laila adalah kekasih kawan baiknya haruskan dia menikam kawan baiknya sendiri....Rafi menjadi bingung..


Rafi kini dalam dilema setelah mendapati Laila yang baru mula dicintainya rupanya milik sahabatnya sendiri Majnun..mestikah perkara sebegini sering terjadi padaku,keluh hati kecil Rafi seakan pasrah degan takdirnya,

Melisya pula seperti banduan tetiba lenyap menyembunyikan diri, walhal Majnun tak pernah pun menyalahkan apatah lagi memarahinya diatas perbuatan kejinya terhadap laila..itulah mugkin balasannya, Melisya merasa sagat malu dengan dirinya sendiri..

Mungkinkah hubungan cinta Laila & Majnun akan kembali pulih seperti dulu?
bagaimana pula dengan Rafi..adakah cintanya punah buat kali kedua, untuk kembali bersama cinta pertamanya Melisya adalah mustahil!




20

Melisya seolah-olah tercabar dengan kewanitaan Laila... baginya kenapa Laila yg sering mendapat perhatian... hati Melisya tidak pernah puas akan kehidupannya sendiri... sehingga menjadikannya seorang yg kejam sehingga sanggup menikam sahabatnya Laila... terdetik dihatinya untuk menghancurkan kebahagiaan Laila.. cinta Rafi padanya dulu telah dikianati oleh dirinya sendiri... kini dia juga hampir mengkianati cintanya terhadap Majnun... tak cukup dengan dendam terhadap Rafi disulami pula cemburu akan kebahagian Laila.. ... dua insan yang didambakannya jatuh cinta pada gadis yang sama...dan kini dirinya hilang pentunjuk atas sifat keji-kejinya ... akibat malu kerana rekaan pertunangannya dengan majnun telah diketahui Laila.. Melisya cuba membawa diri untuk sementara.. harapannya agar Majnun dapat kembali memujuknya..






21

Mengenali gadis bernama Laila adalah detik-detik terindah dalam hidup Rafi dalam diam dia menyedari hatinya mula berubah rasa cinta dihatinya makin mekar hari demi hari namun di saat dia mula mencium wanginya bunga cinta disaat itulah dia tahu bahawa hati Laila itu telah dimiliki oleh sahabat baiknya sendiri iaitu Majnun..sewajarnya dia tidak akan memburu cinta yang tak pasti!!! Lantas Rafi terus memendam rasa membiarkan cintanya itu tidak terbalas oleh Laila..aduhai perempuan sampai bila mesti memendam rasa sedangkan jiwa terus merana??dengar dan lihatlah dengan mata hati serta akal fikiran..apakah terlalu payah untuk menuturkan kalimah suci itu??Mencintai dan dicintai bukan satu dosa malah ia adalah satu fitrah anugerah ILAHI untuk setiap insan..Lantaran itu lafazkan cintamu usah biarkan hatiku terus terluka.. Bagi Rafi cintanya bukan untuk Melisya malahan lagi kecurangan Melisya menambahkan kebenciannya kepada Melisya dia teramat benci pada perempuan yang tidak setia.

Laila sama sekali tidak menduga begini lipatan takdir yang dijanjikan untuknya..Namun dia tetap pasrah dan reda dengan setiap ujian yang datang..Yakin sesukar mana pun perjalanan hidup masih ada keindahan dan kemanisan yang akan dikecapi..hakikatnya mana ada cinta yang tidak teruji..Rafi insan yang terlalu baik bagi dirinya..mana mungkin Laila akan mengecewakan insan sepertinya tapi untuk menerima cinta dari lelaki itu Laila tidak mampu …kenapa masih ada nama Majnun didalam hatinya…semakin Laila ingin melupai Majnun semakin dekat wajah lelaki itu muncul diingatannya semakin Laila ingin membenci Majnun semakin itu jugalah perasaan rindu itu wujud….Majnun padanglah ke dalam mataku selamilah jauh hingga kedasarnya pasti yang akan kau lihat rinduku terhadapmu…







22

Laila tidak dapat memejamkan matanya sedangkan jam di dinding sudah menunjukkan pukul 1 pagi…fikirannya terlalu bercelaru hatinya murung seolah-olah ada sesuatu yang membelenggu dirinya arhhhh. Laila menoleh ke arah kawanya yang telah lama lena dia buai mimpi...Majnunke yang telah membuatkan dia resah begitu..dengan tidak disedari Laila membuka laptop kepunyaanya lalu melayari dunia cyber yang telah menemukan dirinya dengan Majnun..Masa begini tidak ramai kawannya yang melayari internet ..

Di saat fikirannya jauh melayang tiba-tiba seorang yang amat dikenali telah menegurnya ..alangkah terkejutnya Laila apabila nick Majnun menegurnya bermimpikan laila???? begitu pantas jarinya menaip dan membalas sapaan Majnun aduihsss! Apa dah jadi pada diriku bisik hati Laila ...kerinduaanku membuatkan aku jadi tak keruan...Laila tidak menyangka tanpa pengetahuannya setiap malam Majnun menantikan Laila dia dunia cybernya namun dia hampa orang yang dinantikan tak juga menjelma hanya itu sahaja usaha yang tinggal untuk Majnun berjumpa Laila kerana setiap kali menghantar peti pesanan ringkas tidak satupun Laila membalasanya...tapi malam ini impiannya telah tercapai hajatnya untuk bertemu Laila sudah diperkankan TUHAN dah berharap Laila ada masa tu untuk menamani dirinya kerana banyak perkara yang perlu Majnun perjelaskan pada Laila..….Laila lebih banyak mendiamkan diri dan memberi peluang pada Majnun untuk menjelaskan kedudukan yang sebenarnya…mengenai Melisya dan sahabat baiknya Rafi..

Majnun mersakan itulah malam terindah untuk dirinya bersama Laila..Majnun menceritakan apa sahaja yang terbuku dihatinya dengan mengharap Laila dapat menerimanya semula..Majnun sedar dulu dia terlalu sibuk sampai tiada masa untuk Laila..pada masa itu juga Majnun merasakan Laila tidak begitu menghargai kewujudannya bertanya khabar pun Laila jarang apatah lagi menghantar msg..Cuma harapkan Majnun sahaja yang menghantar msg barulah Laila akan membalasnya seolah-olah cuma Majnun sahaja yang terhegeh-hegeh nakkan Laila sedangankan gadis itu..hati Laila sukar untuk dibaca….






23

Majnun sudah mula terasa akan perubahan yang berlaku pada Laila...dirasakan layanan Laila terhadapnya begitu mesra, barulah dia berfikir sejenak mungkin itu semua berpunca darinya juga...Majnun terlalu banyak kali menyakiti hati Laila walaupun tanpa dia sedari. Akhirnya Majnun bertekad kali ni dia ingin membuktikan yang cintanya terhadap Laila adalah tulus dan suci..
Sehinggalah suatu majnun menghantar e-mel kepada Laila yg menyatakan hasratnya dia ingin pergi bertemu dan bersemuka dengannya..apakah agaknya reaksi Laila bila membaca e-mel tersebut?

Rafi pula terpaksa menerima hakikat yang dia hanya sekadar penumpang di sudut hati Laila, tidak guna lagi untuknya menagih kasih yg tak pasti...terima sahaja sudah takdirnya begitu, namun Rafi tetap menghargai persahabatannya dengan Laila dan Majnun..Dia lebih rela kehilangan cinta demi sebuah persahabatan..baginya mereka tetap sahabat sejati sampai bila-bila tak mungkin luput diingatan. Baru sebentar tadi Majnun ada memberi mesej padanya untuk meminta dia menemankannya bertemu Laila..dalam hati Rafi sudah mula berkata kata, "bagaimana agaknya aku nak menghadapi situasi itu nanti? Laila bersama majnun di depan mataku..ohh!tidak!...aarrgghh!!mengapa mesti timbul perasaan itu!..bukankah Laila juga sahabatku" dapatkah rafi menemankan majnun bertemu Laila dikala hatinya masih bercelaru dan tidak menentu..





24

Selepas solat isyak Laila berkemas dan kemudiah menekan suis laptopnya tergerak hatinya untuk melihat kotak e-melnya.Memang sah ada satu e-mel baru yang masuk..e-mel daripada melisya..

From:melisya_cun@yahoo.com
Subject: ermmm!!
Date : 29 Jun 2007 08:40:20

Laila

Disaat kau menerima email ini aku telahpun berada di Kuala Lumpur. Selagi tidak menghantar email kepadamu hatiku takkan begitu senang. Aku ingin meluahkan apa je yang terpendam dihatiku sekarang ini.

Laila
Aku tak tahu apa masalah kau dengan aku dan aku tak mahu tahu apa-apa pasal kau. Selama ini aku banyak bersabar dengan kau..mulai saat ini kita bukan lagi sahabat lagi kau selalu mendapat apa yang engkau inginkan dan setiap kali yang kau dapatakan itu sebenarnya aku lebih layak memilikinya bukannya engkau Laila…tunggu jelah apa yang akan terjadi dan harap kau lupakan sahaja Majnun dia lebih pantas untukku..harap kau sedar diri kau siapa Laila…

Tergamam Laila membacanya jantung Laila bagaikan disentap dan direntap kuat kenapa Melisya ni???dia sedar tak apa yang dia tulis ini..siapa yang bermasalah sebenarnya sedangkan selama ini dia yang telah banyak menimbulkan masalah Laila masih ingat lagi wakatu zaman persekolah Laila terlalu banyak mengalah dengan Melisya setiap kali ada jejaka ingin merebut hatinya Melisya akan mengaibakan Laila tanpa pengetahuan Laila itupun Laila bersabar dengan karenah Melisya malahan bukan itu sahaja sehinggakan Laila sanggup berkorban hati dan perasaan hanya kerana ingin menjaga persahabatannya dengan Melisya tapi semuanya itu seperti tidak memberikan apa-apa kesan pada diri Melisya..dan sekarang kenapa Melisya melakukan perkara yang sama juga..tak layakkan orang seperti laila ini untuk menikmati kebahagiaan…haruslah Laila berkorban lagi…






25


from: laila_isabella@yahoo.com
Subject: "ya... allah melisya... bawa2 la insaf.."
Date : 30 Jun 2007 09:40:20


Sahabatku melisya

Laila tahu..Melisya takkan mungkin menerima Laila sebagai sahabat Melisya lagi. Laila bingung sebenarnya apa kesilapan Laila pada Melisya sehinggakan Melisya tergamak memutuskan persahabatan kita berdua. Hanya kerana Majnunke??? Kenapa kerana seorang lelai kita harus menjadi musus???Sedarlah Melisya cinta tidak boleh dipaksa biarlah dia hadir dengan sendirinya...kalau cinta Majnun ada kat Melisya ..Laila rela undur diri..tapi jawapannya Melisya sendiri dah tahukan..tak perlulah Laila perjelaskan lagi.<>


Melisya sempat membaca email dalam inboxnya yang sudah 2 hari tidak dibacanya... hampir 50 mesej yg diterima.. tetapi tidak semua yg menarik perhatiannya.. Melisya ternampak balasan e-mel yang diterima dari Laila.. lantas dia membacanya dengan hati yang kian panas.. mesej di baca berulang kali.. Airmatanya sebutir demi sebutir yang mengalir membasahi pipi... dalam hatinya teringatkan Majnun yang begitu dicintainya setelah Rafi menolak cintanya kerana salah faham dan dia dituduh curang.. saat itu juga dia terkenang saat-saat bersama Rafi.. sejauh mana cintanya terhadap Rafi ia tetap tidak bermakna andai hati Rafi tidak mempercayainya lagi.. Melisya bukan la seburuk yg disangka Rafi.. tetapi keegoan Rafi mengubah hidup Melisya... sebelum berjumpa Majnun.. Melisya telah banyak membalas dendam terhadap lelaki... Melisya menganggap dia tidak memerlukan lelaki tuk sehidup semati degannya.. tetapi hanya untuk menjadi hamba kepada cintanya dan saat-saat dirinya memerlukan pertolongan...

Melisya tersedar dari lamunan apabila telefonnya berbunyi... .."erm... papa call.." segera Melisya mengesatkan airmatanya.. dan menjawab panggilan dari papanya.. setelah talian diputuskan Melisya kembali menenung e-mel yang diterima... Hati Melisya berbunga riang bila ternampak kiriam e-mel dari Majnun..


from: qais_majnun@yahoo.com
subject: hai...
Date: 1 Ogos 2007 11:51:15

"jaga dirimu baik2... semoga ketenangan yang kau perolehi.. walaupun bukan kau yang ku cintai.. tetapi cinta kau pernah membuatku bahagia... mungkin kau akan bertemu dengan lelaki yang lebih mencintaimu"


Airmata Melisya gugur lagi malahan lebih pantas mengalir .. Laila punca aku jadi begini... Sejurus kemudian Melisya teringat akan kata-kata Majnun sebelum pulang ke Malaysia... "aku perlukan kau Melisya..." saat itu Melisya terlalu gembira mendengarunya... tidak pula dia menyangka kepulangan Majnun ke Malaysia adalah untk mencari cinta Laila... hatinya kian pilu apabila tahu Majnun makin lupa akan cintanya apabila pulang ke Malaysia... sebelum berjumpa Majnun, Melisya sendiri tidak tahu kemana arah yang hendak ditujuinya... kini kenapa dia masih lagi perlu merasai kekecewaan dalam bercinta... apakah cinta bukan lagi boleh menjadi miliknya... Majnun....!!! argghhh...!!! aku benci andai cinta ku ditolak... cintaku bukan mudah untuk dicurahkan... mengapa mesti kau memusnahkannya... tidakkah kau benar-benar memerlukan ku sepanjang hidup mu Majnun...?? segala persoalan kian bertandang... Melisya semakin buntu... dan hatinya kian merindui saat nya memiliki Majnun... perlukah dia terus menanti Majnun atau kembali kepada kehidupan sebelum menjumpai Majnun... haruskah dia kembali berdendam terhadap lelaki... Majnun...!!! Majnun...!!! hembusan nafasnya bergetar seolah-olah kehilangan seribu nafas... pilu hatiku membaca kata-kata mu ini Majnun...







26

Seminggu berlalu dengan pantasnya..Majnun masih menanti jawapan e-mel dari Laila tetapi masih tidak menerima balasan, adakah Laila tidak mahu atau sudi bersua muka dengannya atau terasa malu maklumlah sekian lama kenal tetapi tidak pernah bertemu...begitu juga Rafi yang masih belum membuat keputusan, bolehkah dia menemankan sahabatnya itu untuk bertemu Laila kebetulan sahabatnya itu berasal dari Sarawak..dalam diam Majnun turut menghantar e-mel kepada Melisya memberitahu tentang pemergiannya ke Sarawak untuk bertemu Laila,

To:melisya_cun @yahoo.com
subject: hai...
Date: 4 ogos 2007 11:51:15

Melisya ape khabar kau..kenapa menyepi je sekarang?kiriman e-mel Majnun pun Melisya tak balas..
kau malu ek ngan aku...tak pe aku faham cuma aku nak bagitau yang aku tak pernah rasa benci atau marah pada kau...kau still bestfriend aku dan apa yang kau cakap pada Laila pasal 'berita pertunangan' aku ngan kau tu aku tau itu sekadar gurauan je kan...
op!...lupe lak sebenarnya aku nk bagitau bulan depan maybe aku nk bercuti ke sarawak nak jumpe laila ..aku ada gak ajak si Rafi tu tapi tak tau laa die boleh temankan aku ke tidak..

ok lah Melisya...itu je yg aku nk sampaikan, jage diri baik2 n kalau aku call tu tolonglah jawab ye,bye!


Masih menjadi teka teki adakah Laila benar-benar tidak ingin bertemu Majnun dan bagaimana pula dengan rafi?..


Setelah membaca e-mel dari Majnun .... hati Melisya makin memberontak... dan dia merasakan perasaan dan hatinya bagai di bakar2... panas...!! panas...!! panas....!! Melisya membebel seorang diri sambil melapangkan dadanya apabila selesai saja membaca kiriman e-mel itu... dia ingin segera membalasnya dengan perasaan marah dia melemparkan kata-kata hikmah kepada majnun....


To: qais_majnun@yahoo.com
subject: yelah tu!!!
Date: 5 ogos 2007 11:51:15

wahaiiii!!! Majnun yang pernah di kasihi lagi dicintaii... aku bukan tak mau cari kau lagi... dan aku tak pernah malu dengan sesiapa... tapi bukankah kau yang minta aku agar melupakan kau.... ini cara aku... biar aku teruskan kehidupan aku seperti dulu... memang aku sengaja menyampaikan berita itu kepad Laeila.. itu kerana, aku ingin kau melupakan laila... kau yg seharusnya sedar dengan tindakan kau Majnun.. lupakan Laila... kau takkan hidup bahagia dengan mengejar cinta yg tak pasti... sejauh mana pun kau mencarinya takkan memberi makna apa-apa kalau Laila sendiri yg sengaja melarikan diri... cuba kau fikir kalau Laila masih cintakan kau kenapa dia mesti memberi banyak alasan.. sudah la Majnun... hentikan pencarian kau... aku sedih dan pilu melihat kau begitu...


Setelah membalas e-mel tersebut Melisya mengukir senyum dihatinya terasa puas hatinya ketika ini...







27

from: laila_isabella@yahoo.com
subject: majnunku…
Date: 6 Ogos 2007 11.45:40

Pertama sekali Laila ingin meminta maaf kerana menyepi tanpa berita bukannya Laila ingin mengelakkan diri dari Majnun tetapi banyak perkara yang Laila perlu selesaikan dah alhamdulillah semuanya telah kembali tenang seperti biasa..Majnun, Laila merasa gembira tentang perkhabaranmu hendak menjejakan kaki ke bumi kenyalang ini memang itulah yang Laila nanti-nantikan selama ini..perasaan ingin berjumpa dengan Majnun telah terpendam di sanubari Laila..Laila ingin melihat sangat wajah kekasih cyber Laila ..Dulu memang Laila terniat hati ingin mengunjungi Majnun disana dan ingin mengenali keluarga Majnun dengan lebih dekat lagi tapi bila difikirkan semua Laila terasa segan..memandangkan Laila adalah seorang wanita seeloknya biarlah lelaki yang mendahului dulu..dan alhamdulillah Majnun dan terniat hati ingin menjenguk Laila di sini…tapi entahlah Majnun…patutkah Majnun membawa Rafi berasama??? Laila takut dia tak dapat menerima kenyataan bahawa Laila ini adalah kepunyaan Majnun perkara inilah yang sering menganggu fikiran Laila ketika ini… dapatkah dia menerima semua ini dengan redha hati..untuk pengetahuan majnun setelah kejadian hari tu..Rafi sudah jarang menghubungi laila mungkin dia kecewa cintanya tak terbalas..

Majnun kedatangmu tetap ku tunggu..hakikatnya mana ada cinta yang tidak teruji..biarkanlah sesungguhnya apa yang terjadi adalah ketentuan TUHAN..jika ada sinar kebahagiaan untuk Laila..Laila akan menyambutnya dengan senyuman..jika tidak siapa Laila untuk mempertikaikannya..yang penting kisah kita banyak mengajar erti sebenarnya cinta…

Yang menunggu kehadiranmu:
Laila_isalabella


Alangkah gembiranya Majnun setelah mendapat balasan e-mel dari Laila ..dalam fikirkannya sebelum ini Laila sudah tidak ingin memperdulikan halnya lagi tapi kini semuanya sudah terjawab, tidak sia-sia hajatnya untuk bercuti ke Sarawak bulan depan..selang beberapa hari kemudian Rafi pula memberitahu pada Majnun yang dia minta maaf tidak dapat menemankan sahabatnya itu memandangkan cutinya tidak dilulusan banyak urusan lain yg perlu dibereskan dulu.. walhal sebenarnya Rafi benar-benar berat hati untuk bersemuka dengan kekasih Majnun, Laila tetapi demi menjaga hati sahabatnya itu dia terpaksa menipu dengan memberi alasan sebegitu..dia tidak sanggup Laila berjumpa dengan Majnun.

Sebenarnya disebalik kegembiraan di raut wajah Majnun terselit juga rasa gelisah dihatinya...2 hari sebelum Laila menjawab emailnya, terlebih dahulu Melisya telah berterus terang terhadapnya tentang perbuatannya dulu seperti yang terkandung dalam email yang diterimanya ...Majnun mengerti apa yang Melisya rasakan dan dia tidak ingin sebenarnya Melisya bercakap benar tentang perkara itu, dia faham tujuan Melisya hanya untuk memisahkannya dengan Laila tapi baginya itu adalah mustahil,

"Biarlah kau kata aku bodoh sekalipun!, namun utk berpisah dengan kekasihku Laila itu tidak mungkin Melisya...carilah lelaki lain yang lebih layak buat kau Melisya, harap kau mengerti"
Hanya itu sahaja yg mampu Majnun coretkan buat melisya bagi menjawab balik emailnya itu..







28

Telefon di bilik laila berdering sejak dari pagi tadi sehingga menggangu ketenteraman laila. Laila enggan menjawab kerana sudah menduga itu tentu panggilan dari Rafi yang mengharapkan penjelasan daripadanya..sebenarnya sudah lama Rafi tidak menghubungi Laila entah tiba-tiba semalam Rafi telah memberi msg padanya bahawa dia akan menghubungi Laila keesokan harinya..Rafi cubalah fahami hatiku ini tiada guna kau merayu lagi padaku kerana hatiku ini terlalu sukar untuk menerima cinta yang bukan milikku..bukankah sudah ku perjelaskan segalanya padamu..

Laila sedar setelah penjelasan tersebut hubungannya dengan Rafi tidak serapat dulu lagi arghhh!! Mungkin Rafi malu cintanya ditolak..Biarlah yang penting Laila tidak pernah memberi harapan pada Rafi..Laila akui kali pertama berjumpa Rafi hatinya yang dilanda kesedihan bertukar jadi riang..Rafi terlalu pandai menghiburkan hati Laila selalu membuatkan Laila tersenyum ada sahaja gurauannya yang mengamit hati Laila..bagi Laila, Rafi seorang jejaka yang sempurna dari segalanya..ciri-ciri yang dimilikinya membolehkan dirinya menjadi kegilaan wanita…tapi kenapa hatinya sukar untuk dimiliki dan kenapa pula Laila yang yang tepilih untuk bertakhta dihatinya tapi sayangnya gadis yang dipujanya ini tidak boleh membalas cintanya terlalu sukar hati gadis ini untuk dimiliki..bagi diri Laila dia bukannya mudah untuk jatuh cinta apa lagi mengakui dia mencintai…

Embun dipagi buta
Menabarkan bau basah
Detik demi detikku itu
Inikah saat ku pergi

Oh Tuhan ku cinta dia
Berikanlah aku hidup
Takkan ku sakiti dia
Hukum aku bila terjadi

Aku tak mudah untuk mencintai
Aku tak mudah mengaku ku cinta
Aku tak mudah mengatakan aku jatuh cinta

Senandungku hanya untuk cinta
Tirakatku hanya untuk engkau
Tiada dusta
Sumpah ku cinta sampai ku menutup mata
Cintaku sampai ku menutup mata

lagu nyanyian acha septriasa selalu membuatkan laila tersenyum..setianya hanya untuk Majnun seorang..Majnunlah yang berjaya merebut hatinya..







29

Takala terpandang laptop diatas katil Laila teringatkan Majnun mungkin ada e-mel baru dari Majnun. Tanpa melengahkan waktu lagi Laila membuka laptopnya dan melayari dunia cyber..Laila mendapat 4 e-mel dikotak inboxnya ….tapi tiada satupun datangnya dari Majnun namun ada satu e-mel yang menarik perhatian Laila iaitu e-mel kiriman Melisya..apa lagi yang Melisya mahu dariku ini bisik hati Laila…

From: Melisya_cun@yahoo.com
Subject: padan muka..
Date : 8 Ogos 2007 22:00:50

Hai Laila mungkin kau sedang berbahagia sekarang kerana hajatmu telah tercapai tapi sebelum itu kau kena tengok sesuatu yang perlu kau tahu dan selepas ini barulah kau tau Majnunmu taklah sesetia yang engkau sangkakan..

Ermm..Melisya menghantar berapa keping gambar kepada Laila.. aduihss haruskan Laila klik downlod untuk melihat gambar ini atau biarkan sahaja bagaimana kalau gambar yang bakal Laila tengok ini akan mencalarkan hatinya..takpelah hidup mesti berani terima kenyataan.. Laila dengan pantas menekan download setelah selesai perosesnya tiba-tiba terpampang 10 keping gambar..betulkah apa yang Laila tengok atau sekadar mimpi ngeri yang datang betandang..betapa mesranya pelukan Majnun terhadap Melisya dan bertapa lentoknya gadis itu didada Majnun..terlalu romantik pasangan ini terpancar sinar kebahagiaan diwajah kedua-duanya seolah-olah pasangan suami isteri yang sedang berbulan madu….Laila mencubit pipinya berulang kali aduihsss! Sakit..bermakna Laila tak bermimpi..dunia Laila bagaikan mahu runtuh..langit menjadi gelap dan bumi bagaikan mahu retak..mungkin salahnya juga kerana selama ini terlalu lurus bendul terlalu alpa hinggakan kepercayaannya dikhianati dan akhirnya dia terluka sendiri…tanpa disedari airmata laila menitis menyembah bumi…

Seraut wajah tenang itu tiba-tiba berubah menyimpan seribu luka.siapa merampas dan siapa yang dirampas??? Siapa yang berhak dan siapa pula yang tak punya hak??Laila lemas ditengah-tengah kekusutan.. Dalam hati laila Cuma bergema laungan "MAJUN KENAPA KAU BUAT HIDUPKU BEGINI"tanpa disedari Laila terlena dengan kesedihan yang sarat dalam hatinya…






30

Seperti biasa selepas jam 9 malam Majnun mula online dan berchatting dengan teman-teman cybernya terutama sekali kekasihnya Laila..tapi malam ini dirasakan janggal kerana id Laila tidak kelihatan online, pada awalnya Majnun terfikir mungkin Laila ada masalah connection disana atau ada hal lain yang membuatkannya tidak boleh online...keesokannya pun sama Laila tidak juga online, masuk hari ke-3 Majnun sudah mula gelisah...sms tiada balasan panggilan pun tidak dijawab, apa pula salahnya kali ini hatinya sudah mula berkata kata berbagai andaian bermain difikirannya...

Sedang dia termenung di hadapan laptopnya tiba-tiba satu id yg tidak asing lagi telah menyapa ymnya...

laila_isabella : assalamualaikum...
qais_majnun: w'salam, ingatkan ade puteri sudah dilarikan orang...hehe!
laila_isabella : awk sihat?
qais_majnun: hmmm..sy dh 3 hr demam sbb awk lah!, nape senyap je 3 hr ni?, awk x sihat ek?
laila_isabella : ermm..ye lah tu demam, padehal suke kalau laila x de..,tul tak?
qais_majnun: ish!..knp ckp mcm tu?
laila_isabella : ok lah!..sy nk off dah..bye
qais_majnun: awk!..jap
qais_majnun: (buzz)
qais_majnun: (buzz)

Majnun semakin hairan dengan perubahan sikap Laila terhadapnya.."apakah lagi yang telah aku lakukan sehingga dia bersikap demikian" hati kecil Majnun mula berkata-kata...


Laila menitiskan airmata sebaik saja keluar dari dunia cybernya..bukannya aku tak mahu melayanmu Majnun namun bila teringat gambar itu..perasaanku terhadapmu sudah mulai tawar..bisik hati laila..


Didalam kekusutan yang teramat sarat yang membelenggu fikiran Laila tiba-tiba telefon bimbitnya berdering melaungkan lagu ruang rindu dendangan letto kumpulan yang berasal dari Indonesia..terpapar nama Majnun discreen telefon bimbit laila arghhh!!!…patutkan Laila menjawabnya Laila takut tidak boleh mengawal emosinya…takut secara tiba-tiba suara sebak akan membelenggu dirinya…nanti apa pula kata Majnun ,Laila tidak mahu selemah itu didepan lelaki biarlah tangisan itu Laila simpan sahaja didalam hati..beberapa kali lagu itu berkumandang dah akhirnya Laila mengambil keputusan mematikan sahaja telefon bimbitnya...

Laila menekan suis laptopnya semula lalu menaip e-mel untuk Majnun itu sahajalah yang termampu dibuatkan untuk seketika ini..


To: qais_majnun@yahoo.com
Subject: ermmm….
Date: 10 Ogos Julai 2007 11:51:15

Maafkan Laila jika kedatangan e-mel ini akan menganggu dan membebankan fikiran Majnun…dan maafkan Laila sebab tak menjawab panggilan dari Majnun bukannya Laila mahu mengelakkan diri dari Majnun tetapi itu sahajalah cara yang terbaik buat kita berdua ketika ini..Laila tahu perasaan yang Majnun alami sekarang ini terlalu sarat dengan pelbagai persoalan dan tertanya-tanya apa kesilapan majun pada Laila..bilarlah Laila perjelaskan sejelas-jelasnya agar kekusutan ini dapat dileraikan..hidup Laila tak setenang dulu lagi Majnun….

Dulu sebelum kita memulakan perhubungan ini kita telah berjanji tidak akan merahsiakan sesuatu yang mungkin akan mendatangkan masalah dikemudian hari…Laila ingatkan tiada lagi rahsia diantara kita tapi Laila hampa…ada satu perkara yang Majnun terlepas pandang untuk menceritakannya pada Laila mungkin bagi diri Majnun itu tidak terlalu penting tapi bagi diri Laila kenangan Majnun itu penting kerana kerana masalah itulah sebenarnya yang telah membelenggu diri Laila sekarang ini….iaitu kenangan Majnun bersama Melisya..terus teranglah dari hati kerana kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan Majnun kita boleh membentuk seribu kata-kata , seribu bahasa tetapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaaan…

Majnun..
Melisya telah mengirimkan beberapa keping gambar kenangan Melisya dengan Majnun betapa akrabnya Majnun bersama Melisya dah betapa eratnya pelukan Majnun ketika bersama Melisya…terus teranglah..apakah tiada perasaan cinta dihati Majnun pada diri Melisya??????janganlah menipu diri Laila Majnun…Laila bingung…seolah-olah Laila telah merampas diri Majnun dari Melisya..kalau itulah kebenaranya betapa kejamnya Laila terhadap Melisya…..lagipula siapalah Laila ini..kita tak pernah berjumpa di alam realiti sedangkan Melisya...rasanyanya dia lebih berhak memilikimu Majnun..

"Dalam hidup ini tidak semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan..apa lagi melibatkan perasaan orang lain..tetapi jika pengorbanan itu bisa membuatkan orang lain bahagia itu sudah cukup memadai..

Perlukan Laila membuat pengorbanan lagi….tiadakan secebis kebahagiaan untuk insan seperti Laila..

Laila tidak dapat meneruskan kata-kata betapa sebak hatinya ketika ini …






31

Berkali kali Majnun menelefon Laila namun langsung tidak diangkat. Majnun tertanya-tanya otaknya terlalu beku ketika ini dia tidak tahu apa sebenarnya yang menyebabkan Laila tiba-tiba dingin terhadapnya. Majnun mula melayari dunia cybernya lantas membuka akaun emailnya dengan tujuan ingin menghantar e-mel untuk kekasih hatinya. Hati majnun berdebar bila mendapat email terbaru yang datangnya dari Laila lantas Majnun membukanya..alangkah terkejutnya Majnun bila membaca e-mel tersebut. Ini semua angkara Melisya arghhh!! tak habis-habis lagi Melisya ni..lantas Majnun menghantar e-mel untuk laila menjelaskan perkara yang sebenarnya..sejurus itu dia memberi msg ke telefon bimbit Laila.

<>?buka>

To: laila_isabella@yahoo.com
Subject: re:ermmm….
Date: 12 Ogos 2007 12:10:15

Maafkan ku Laila,

Baiklah saya mengaku gambar itu memang pernah wujud. Waktu itu kali ke dua saya dan melisya bertemu tak silap awal tahun ni...so apa yg Laila fikirkan bila Melisya tunjukkan gambar tersebut??


Memang betul salah saya tak pernah cerita dengan awk pasal gambar-gambar tu sebab bagi saya biarlah ianya hanya tinggal kenangan yang tiada maknanya pada saya dan awk Laila...saya sendiri tidak pernah simpan gambar tu dan tak pernah pun saya minta pada Melisya, semua aksi-aksi didalam gambar yang awk saksikan tu pun kehendak Melisya sendiri, waktu itu saya mmg tak fikir apapun saya hanya ikutkan saje kehendak hatinya tapi kami hanya sekadar bergambar tidak lebih dari itu..percayalah Laila..

Selesai membalas email Majnun terus menutup laptopnya dan bersandar dibahu katil termenggu seketika...perlahan lahan matanya tertutup layu akhirnya terlena disitu..

Mungkin melisya sekarang sedang tersenyum sendirian tatkala majnun dan laila masing-masing sedang berduka.. adekah tindakannya mendedahkan gambar itu sudah cukup membuat hubungan Majnun dan Laila musnah?






32

Semakin majnun cuba untuk mendekati Laila..semakin perit pulak dugaannya, Majnun faham mengapa Laila tidak membalas kembali emailnye tempoh hari, kepercayaan sudah tidak wujud dalam diri Laila terhadapnya..mungkin fikir Laila itu sekadar alasan lapok yg tidak boleh diterima langsung sekarang, hanya tinggal setengah bulan sahaja perancangan Majnun untuk bercuti ke Sarawak tapi bagaimana dia hendak bertemu Laila sekiranya kemelut ini masih berlarutan..Majnun tidak menyalahkan Melisya dalam hal ini, dia berhak berbuat demikian itu semua silap Majnun sendiri tidak berfikir sebelum melakukan sesuatu..tapi bukan kah manusia tidak lepas dr melakukan kesilapan?mengapa mesti aku?

Akhirnya Majnun tiada jalan lain selain meminta pertolongan sahabatnya Rafi kerana dia tahu hanya Rafi yang mengenal hati budi Laila selain dirinya sendiri..malam itu juga Majnun menelefon Rafi, Majnun menjelaskan dan menceritakan segalanya tentang perselisihan faham antara dia, Laila dan Melisya...Rafi juga pada awalnya terkejut bila mendengar cerita tersebut,dalam hatinya berkata bagaimana insan sebaik Majnun boleh tewas dan patuh pada perempuan seperti Melisya...ini lah dinamakan manusia!, namun Rafi mengerti situasi Majnun ketika itu kalau dia sendiri pun belum tahu bagaimana jadinya, siapa yg tidak mengenali Melisya perempuan miang yang licik dan penuh helah..






33

Laila melalui hari yang mendatang seperti biasa biarpun rasa perit dah pedih masih bersarang didada.. baru sekejap tadi dia telah menerima kiriman e-mel dari Majnun arghhh!!..ada kala hati Laila tertanya-tanya benarkah lelaki yang jujur gandingannya wanita yang jujur?? Wanita yang setia pula akan digandingkan dengan lelaki yang setia? Terlalu berat persoalan yang bermain difikiran Laila..dia segaja tidak membalas e-mel Majnun rasanya mendiamkan diri lebih baik untuk ketika ini.

Persoalannya betulkah Majnun tiada perasaan langsung terhadap Melisya?? Tapi kenapa boleh bergambar seromantik itu tak masuk akal langsung pada pemikiran Laila....dasar lelaki tidak tahan dengan godaan ..dasar lelaki yang tiada pendirian terlalu lemah dengan pujuk rayu wanita…tapi kenapa Laila harus marah pada majnun sedangkan pada masa itu Laila belum pun mempunyai hubungan yang serius dengan Majnun walaupun tanpa pengetahuan Laila..Laila lebih dulu hadir dihati Majnun..cemburukan Laila??? Tapi untuk apa? Cuma laila terkilan..kenapalah Majnun selemah itu bagaimana kalau wanita itu menjerat Majnun lebih dari itu… akan tergodakah Majnun…biarpun Majnun telah menerangkan segalanya entahlah kenapa hati Laila terlalu berat untuk menerima alasan Majnun bagi diri Laila. Majnun juga mengatakan walau sebesar zarah sekalipun cintanya tidak pernah wujud pada Melisya cuma Melisya sahaja yang terhegeh-hegeh pada Majnun…tapi kalau tepuk sebelah tangan takkan berbunyi…bisik hati laila.


Inikah lumrah percintaan ada cerita duka..ada cerita ceria semuanya saling menyinggah..kuatkah Laila untuk menghadapai dugaan?? Tidak goyahkah andai prasangka datang menerpa?? Laila bingung..






34

Rafi menghantar peti pesanan ringkat ke telefon bimbit Manjun dengan perasaan yang berat sekali.

"Maafkan aku Majnun..Laila hati laila terlalu keras untuk aku lembutkan" hanya itu sahaja yg mampu Rafi katakan pada sahabat baiknya , sudah puas dia cuba memujuk Laila namun perempuan itu masih tetap dengan pendiriannya...
Majnun akur dengan takdirnya yang mungkin sudah tersurat begitu, dia menekan suiz laptopnya lalu sekali lagi cuba menghantar email buat Laila, baginya mgkin inilah rayuannya yg terakhir....



To: laila_isabella@yahoo.com


Subject: musim cinta...khas buatmu laila


Date: 14 Ogos 2007 05:35:26




lagu ini ku tujukan khas buatmu laila...



Musim cinta kita

ku pujuk hatiku..
menggapai asmaramu..
agar kesampaian kehatimu..
kekasih..
tak ingin terpisah
walaupun sesaat dari hidupmu..

kelu lafaz sayang tak terucap
bila rindu menyusuri musim cinta
sehingga salju pun menitis
memuja cintaku padamu

datanglah kekasih
ku ingin kau disisiku..
biarkan berbunga setaman berkembang
seharum kasturi impian jiwaku..

kelu lafaz sayang tak terucap
bila rindu menyusuri musim cinta
sehingga salju pun menitis
memuja cintaku padamu

datanglah kekasih
ku ingin kau disisiku..
biarkan berbunga setaman berkembang
seharum kasturi impian kita
seperti yg kita sumpah
tanpa ada cemburu....dan dusta

ku pujuk hatiku
menjana asmaramu
agar kesampaian kasih....



terima kasih kekasih ku laila.....majnun


Selesai sahaja menghantar email Majnun terus menutup laptopnya dan terus terlena mengharapkan mimpi indah menggamit tidurnya...




35


Malam yang dingin mengamitkan kerinduan Laila pada Majnun…Bulan terlalu suram malam ini seakan memahami kesedihan Laila ..Bintang pula sudah tidak sudi menemani hari malam Laila..kemana perginya semua Bintang tidak mahukah lagi mereka mendengar keluahan siperindu ini mungkin juga mereka sudah mulai bosan dengan kisah cinta yang penuh dengan kedukaan ini…

Sudah seharian Majnun menghubunginya tetapi tiada satu pun mendapat jawapan dari Laila ..Laila belum bersedia lagi untuk mendengar suara Majnun ketika ini..Laila tidak mahu lemah dihadapan lelaki tersebut biarlah Majnun beranggapan Laila keras seperti batu…walaupun dalam hati meronta-ronta ingin mendengar suara Majnun… ingin melepaskan segala kerinduannya pada Majnun tapi keegoan Laila mengatasi segalanya….Hanya TUHAN sahaja yang tahu apa yang dia rasakan ketika ini..setiap kali wajah Majnun terbayang setiap kali itu jugalah gambar Majnun dengan Melisya ada diruang fikirannya…setiap kali Laila ingin melupakannya setiap itu jugalah Laila membuka gambar tersebut..seakan-akan gambar itu mentertawakannya..kepercayaannya terhadap Majnun telah berkurang…betulkah gambar tersebut tiada dalam simpanan Majnun atau gambar ini dijadikan kenangan terindah buatnya…lelaki kekadang fikiran mereka sukar untuk diramal…..


"Benarkah bahawa percintaan itu sesuatu yang indah? Benarkah setiap pencinta akan terus mengingati kekasihnya walaupun kekasih itu tidak ada buat menemaninya setiap waktu..


Dan benarkan kata orang cinta itu buta. Cinta itu tidak memerlukan cahaya matahari untuk menyuluh jalan sang pencinta itu walaupun jalan itu amat sukar dan berliku. Cahaya hati dan perasaan sudah cukup untuk menerangi segalanya"



Rafi pula seakan memenangkan Majnun..apa yang dikatakan Majnun semuanya benar belaka kerana dialah orang kepercayaan Majnun tempat Majnun meluahkan segalanya…kadang-kadang apa yang Rafi ceritakan menyentuh perasaan Laila..begitu hebatkah cinta Majnun pada Laila…Rafi memberitahu pada Laila betapa tertekannya Majnun disaat ini dia teringan sangat mendengar suara Laila..Mungkin ada ada juga betulnya kata Rafi, kita adalah manusia biasa yang tidak lepas dari membuat kesilapan..sekali orang itu membuat silap bukan bermakna kita harus menghukumnya, seharusnya kita memberi peluang pada dirinya untuk merasa bahagia bersama orang yang betul-betul dicintainya..kerana semua orang mempunyai kenangan silam masing-masing…kenapa Laila sukar untuk menerima kesilapannya siapakah Laila ini untuk terus-terusan menghukum Majnun..Laila membuang semua e-mel yang datangnya dari Melisya berserta gambar yang Melisya kirimkan…dulu Melisya pernah menuduh Laila merampas Majnun darinya..masa itu ingin sahaja Laila berundur diri untuk kebahagiaan Melisya tapi setelah Laila mengetahui kisah sebenarnya berat hati Laila untuk membuatkan hati Majnun terluka..kerana cinta Majnun hanya untuk Laila dah tak perlu Melisya mengharap pada cinta yang bukan ditakdirkan untuk dirinya..






36

Mungkin benar itu adalah email terakhir Majnun buat kekasihnya Laila...selepas itu dia seperti tawar hati untuk masuk ke dunia cybernya hampir seminggu dia tidak menyentuh laptopnya, malam itu Majnun mengemas pakaiannya ke dalam beg lalu bergegas pulang ke kampung halamannya selepas mendapat kepastian cutinya selama sebulan telah diluluskan.. Pada masa yg sama juga Majnun telah membatalkan tiket penerbangannya ke Sarawak yang dijangka hanya tinggal 2 minggu sahaja lagi...ternyata hati Majnun seolah olah sudah mati serta merta membatalkan niatnya yang sebelum ini beriya ingin bercuti lama di bumi kenyalang...

Sepanjang perjalanan pulang ke kampung halamannya di Mersing Johor, raut wajahnya seperti tidak terperasan memacu laju kereta wiranya sambil melayan muzik tekno yg berdentum kuat memecah keheningan malam yg sepi itu.. Majnun masih mempunyai seorang ibu dan seorang adik perempuan di kampung, ayahnya sudah meninggal dunia 2 tahun yg lalu sewaktu sewaktu mereka berada di luar negara.Lantas ibunya mengambil keputusan ingin tinggal negeri asalnya sahaja..

Hampir setahun juga Majnun tidak pulang ke kampung sekadar mengirim wang buat belanja ibu dan adiknya, jadi kepulangannya pagi itu amat dinantikan keluarganya... ibunya memeluk erat Majnun sehingga menitis airmata kegembiraan menyambut kepulangan anak lelaki sulungnya itu...

Benarkah Majnun sudah berputus asa terhadap kekasihnya Laila sehingga sanggup membatalkan percutiannya ke bumi kenyalang,
sebaliknya dia bergegas pulang ke kampung halaman bercuti selama sebulan disana..apakah sebenarnya tujuan Majnun tiba-tiba bertukar fikiran?






37

Laila terpaku seketika …lagu Musim cinta kita dari Majnun ditatapnya menghayati kata-kata yang tersirat didalamnya..ermm betapa dalamnya cinta Majnun terhadap Laila..rasa bersalah menyelubungi diri Laila kenapalah aku sekejam ini mendera hati dan perasaan Majnun…menyakiti hati Majnun samalah seperti Laila menyakitkan hati Laila sendiri..kelukaan yang Majnun hadapi samalah seperti benda tajam yang menikam hati laila sendiri..maafkan diriku wahai Majnunku..

To: qais_majnun@yahoo.com
Subject: ermmm….
Date: 16 Ogos 2007 10:51:15

Majnun.
Maafkan Laila kerana meragui kejujuran cinta Majnun pada Laila..sesiapapun akan berperasaan sama jika benda yang sedemikian rupa terjadi walhal lagi laila seorang perempuan yang mudah tersentuh hati percayalah Majnun setiap detik yang berlalu tak pernah sekalipun Laila melupakan Majnun dari ingatan..Laila tak mudah untuk mencintai tetapi jika hati laila sudah mencintai susah Laila untuk berubah hati kerana cinta Laila terlalu mahal nilainya..

Majnun.
Laila tak sabar menunggu kedatanganmu…tak taulah apa akan jadi bila bersemuka nanti mungkin lidah kelu untuk berkata hihihihihi…kata orang bercinta dicyber ni lain bila dah bersemuka nanti ..janganlah bimbang walau Majnun tak sepadan dengan Laila yang comel ni hati Laila takkan berubah hati Laila tetap menerima Majnun seadanya hihihihi opsss!! Gurau jee jangan majuk lak takde orang nak pujuk ni...apa-apa pun kita jumpa dulu ya Majnun..

Laila tersenyum setelah selesai mengirim e-mel untuk Majnun hatinya berbunga riang…tetapi ada sesuatu membuatkan hatinya berdebar..bagaimana ingin memberitahu perkhabaran yang gembira ini kepada ayah dah ibunya..hati laila kembali gelisah..







38

Pejam celik 2 minggu sudah pun berlalu, pagi itu cuaca sungguh indah angin bertiup sepoi-sepoi bahasa diiringi kicauan burung memang sesuai dengan suasana kampung yang sekian lama majnun tidak merasakannya..dari jendela kamarnya Majnun termenung sambil tersenyum sendirian melihat ombak di pantai, fikirannya kini kosong seolah olah tiada apa pun yang mengganggu benaknya sebelum ini. Sesiapa pun tidak boleh menghubunginya melalui telefon kerana tiada liputan talian di kawasan itu, hanya telefon awam sahaja alat perhubungan yang ada..namun Majnun merasakan lebih selesa dia menyepi buat seketika hanya bertemankan ibu dan adik kesayangannya.

Lamunan Majnun terhenti setelah dikejutkan dengan bunyi ketukan dan pintu terkuak. Matanya mengekor gerak langkah ibu yang menghampirinya perlahan. Dia dapat merasai rambutnya dibelai perlahan. Sungguh mendamaikan ketika itu membuatkan dia terlupa masalah yang sedang dihadapinya.

"apa yang kau menungkan tu long..mak tengok 2 minggu kat kampung asik duk terperuk dalam bilik je dah mcm anak dara pulak" ibunya tersenyum sambil memicit micit bahu anak lelaki tunggalnya itu.


"tak ade ape2 lah mak, cume...." seperti ada sesuatu yg ingin Majnun luahkan kepad ibunya tapi lidahnya tiba-tiba terkunci.

Apa sebenarnya yang ingin Majnun luahkan pada ibunya..adakah berkaitan hubungan cintanya dengan Laila gadis Sarawak yg sekian lama terjalin dan jika benar bagaimana pula respon org tuanya itu?






39

Sebaik sahaja selesai kuliah pada petang itu Laila terus melayari dunia cybernya tak sabar rasanya menerima balasan email dari Majnun..seperti biasa Laila membuka kotak emailnya ada 5 email terbaru, namun hampa tiada satu pun email yang datangnya dari kekasih pujaan hatinya ..Laila tertanya sendiri kenapa Majnun tidak membalas emailnya?? Takkan Majnun telah merajuk hati….


Sudah 2 minggu Majnun menyepikan diri dari Laila..msg tiada telefon pun tidak..entah kenapa hati Laila risau perasaanya tidak menentu serba tidak kena dibuatnya.Hendak menghubungi Rafi terasa segan pula tapi jika tidak menghubungi Rafi dia pula tak keruan arghhh apakah sebenarnya yang telah terjadi,,sebelum ini Majnun kerap sungguh menghubunginya tapi kenapa tiba-tiba Majnun menghilangkan diri pula?? Semua persoalan berlegar di kepala Laila. Laila terjerat dengan perasaannya sendiri..Apakah tindakan ini wajar dah patut dilakukan Majnun terhadap dirinya. Laila bingung sendiri Majun napalah kau buatkan hidupku tak keruan..






40

"Cakaplah ape yg kau nak katakan tu...mak tahu mesti ada sesuatu along nak luahkan betul tak?" melihat dari raut wajah Majnun ibunya sudah dapat mengagak ada sesuatu yg cuba disembunyikan.

Pada mulanya Majnun seperti berat hati untuk memberitahu ibunya namun fikirnya pada siapa lagi patut dia luahkan kalau bukan org tuanya sendiri..

"begini sebenarnya...along ade seorang kawan perempuan dari Sarawak yg along rase itulah jodoh buat along nanti, kami berkawan dah lama sejak famili kita kat oversea lagi tapi masalahnya along tak pernah bersemuka lagi dgn die sekadar rapat di internet...sepatutnya hari ni along ke Sarawak tapi oleh kerana ada sedikit perselisihan faham dgn dia along dah batalkan tiket penerbangan ke sana, puncanya begini mak...."
Majnun terus khusyuk bercerita tentang hubungannya dengan Laila pada ibunya dari A sampai Z, orang tua itu pun mendengarkan sahaja hanya sesekali mencelah untuk bertanya soalan-soalan yang perlu tapi dari gaya reaksi wajah ibunya seakan kurang bersetuju dgn pilihan anaknya itu..

Perbualan dua beranak itu akhirnya terhenti bila terdengar suara Zila adik perempuan Majnun memanggil-manggil ibu dan abangnya untuk menjamu makan tengahari bersama..melihat wajah ibunya yang serius itu Majnun mula merasakan yang ibunya pasti tidak suka perhubungannya dengan Laila tapi hatinya kini terasa sungguh lapang kerana apa yg terbuku selama ini telah diluahkan...dia sudah tidak peduli apa saja jawapan dan penerimaan dari ibunya yg pasti dia tahu orang tua itu pasti tewas dengan pujuk rayunya.

Petang itu selepas asar Majnun mengajak adiknya ke bandar utk mencari cybercafe......







41

Laila mundar mandir dibilik kamarnya..dari tadi dia asik memikirkan tentang Majnun..kenapa majun tidak membalas smsnya…sudah 10 kali dia cuba menghubungi Majnun namun peti simpanan suara saja yang menjawabnya. Hati Laila kembali tidak tenang.Firasatnya mengatakan Majnun sudah mulai bosan kepadanya atau Majnun telah kembali pada Melisya…harap-harap apa yang difikirkannya tidak akan terjadi..

Tiba-tiba telefon bimbit laila berbunyi lantas Laila menjawabnya ..panggilan telefon daripada Rafi sebentar tadi ternyata menyulitkan kehidupan Laila..debaran dihati laila kian menggunung ditambah rasa terkilan dan kecewa. Nafas laila semakin sesak. Berita yang disampaikan Rafi kepadanya terlalu menyakitkan hati "Apa" Laila seperti tidak percaya..lemah semangat Laila bagai ditusuk sembilu. Tanpa sedari air mata laila menitis..kecewakah laila?? Laila berharap ini hanya mimpi atau gurauan April Fool. Malangnya Laila sudah lama terjaga dari tidur dan bulan April sudah jauh ditinggalkan. Hakikatnya ia satu realiti yang perlu diterima. Kenapa Majun mengambil tindakan yang terburu-buru apa kesudahan dengan hubungan ini bukankah mereka telah berjanji akan meleraiakan segala kekusutan ini bila berjumpa nanti…akukah yang tiada pendirian atau Majunkah yang hanya pandai berkata-kata bisik hati Laila…kenapa begitu lama sekali dia membawa rajuk dihatinya..kenapa??? Rafi seolah-olah mengerti perasaan Laila cuba memberikan semangat pada Laila dia tak mau laila berterusan begini walaupun dia menyintai Laila tapi tidak dapat memiliki Laila namun dia mahu insan yang disayanginya itu gembira dia tidak sanggup melihat Laila menderita…

Laila tidak mampu lagi mendengar kata-kata Rafi telefon bimbitnya terlepas dari gengaman …Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan lebih baik cinta itu tak pernah hadir..tanpa disedari Laila terlelap dengan kesedihan yang teramat sarat..







42

Di cybercafe Majnun mula melayari dunia cybernya membuka emailnya yang sudah 2 minggu tidak dibuka. Alangkah gembiranya Majnun apabila salah satu email itu datangnya dari laila. Bertarikh 16 Ogos 2007 tarikh yang sama semasa Majnun pulang ke kampungnya..pasti laila tertunggu balasan email darinya..mungkin juga silap dia menghilangkan diri begitu sahaja. Lantas Majnun membalas semail Laila...

To: laila_isabella@yahoo.com
Subject: ermmm….
Date: 29 Ogos 2007 10:51:15

Maafkan Majnun kerana terlambat membalas email darimu Lailaku..


thanq sbb faham n percayakan Majnun, gembira dan lega hati Majnun selepas membaca email laila ..semasa berada di kampung Majnun tersangat merindui Laila, sesaaatpun Majnun tidak dapat melupakan Laila..

Oklah lailaku sampai sini sahaja coretan email buatmu..Majnun tak boleh lama duk kat cybercafe ni sebab ada barang beli, dilain hari jika ada kesempatan Majnun ke bandar lagi rasanya kalau boleh nak pergi setiap hari tapi apakan daya perjalanan dari kampung ke sini mengambil masa satu jam...tadi Majnun ada gak call Laila tapi asik peti simpanan suara je yang jawab kat kampung takde coverage laa apa tah lagi internet lagi lah tak de, hehe! majnun ade attach sebuah lagi lagu buatlaila, dengarkan ye...lagu ni best tau! ok bye sayang...take care

saujana

laut membiru
alam hijau yg ku impikan
ada disini indahnya persis disyurga
saujana impian telah pun nyata
selendang kekasih yg kau berikan

sungguh terharu
keaslian mu tersembunyi
sekian lama ku mencari dan mencari
ingin ku kolek
didada lautanmu
yg beralun dan bercandalah sayang
bersama ku....

pastikah esok kudatang padamu oh..
melakar kasih dibawah sinaran rembulan
pasirmu nan memutih
bak hamparan sutera
melabuhkan rindu ku di kanvasmu..

derusan ombak
bagaikan belaian kasihmu
begitu lembut hingga bayu pun menyapa
aku cinta padamu
seindah tanjung jara
menggamitkan oh kenangan ku sayang
di kuala abang...

Bagaimana pula majnun hendak memujuk ibunya agar merestui hubungannya dgn laila..meskipun ibunya belum memberi kata putus namun dr riak mukanya Majnun faham ibunya tidak begitu bersetuju...






43

Cuti semester telah bermula Laila pulang ke rumah dengan hati yang bercelaru…berbagai persoalah berligar dikotak fikirannya baru semalam emaknya memberitahu perkhabaran yang buruk tapi merupakan berita gembira buat kedua ibubapanya......Nizam nama yang tidak asing bagi diri Laila...dia adalah teman sepermainan Laila sejak kecil lagi …Laila masih ingat lagi zaman kanak-kanaknya bila waktu cuti persekolahan keluarganya akan pergi ke Brunei mengunjungi saudaranya di sana..Puan Sofia mak Nizam sudah Laila anggap sebagai ibu kandung Laila sendiri begitu juga dengan pakcik sufri..Apa yang Laila tahu Nizam baru sahaja menamatkan pelajarannya diluar Negara dalam jurusan kedoktoran..bagaiamana dia sekarang? Sudah lama Laila tidak berjumpa denganya..Emak mengatakan Puan Sofia dan keluarganya akan datang ke Sarawak sambil membawa hajat yang besar ..mungkin hajat yang bakal memusnahkan hidup Laila mungkin juga hajat untuk membahagiakan Laila..tapi alasan apa yang laila berikan kepada emak dah ayah sedangkan apa yang Laila katakana sesuatu yang tidak pasti lagi…dimanakah Majnun..tidakkah kau tahu betapa deritanya Laila menanggung semuanya ini seorang..

Betulkah cinta tidak semestinya bersatu..Laila terperangkap dalam dilema membuatkan dia terpaksa membuat keputusan. Pilihan ibu dan ayahkah yang perlu dituruti sedangkan jauh dilubuh hati selaut kasihnya telah tercurah pada Majnun pilihan sendiri..hari berganti hari Majnun yang dinanti menghilang tanpa khabar berita..sejak itu hanya rindu saja yang memujuk hatinya agar terus menanti…dan dia sendiri masih terus mengharap sedangankan harga sebuah penantian sentiasa dibayar dengan air mata..biarlah laila sahaja yang mengalah dan selepas ini terpulanglah pada majun lantas laila mengambil telefon bimbitnya..

Majnun..kalau kau tidak menyintaiku katakanlah
Kalau kau sudah ada pilihan hati siapakah orangnya
Kalau kau membenciku berikan kata azimat
Agar aku bisa melupakanmu..

Laila menghantar mesej tersebut ke telefon bimbit Majnun namun msg yang dihantar seringkali tidak mendapat balasan dari Majnun... betapa egonya lelaki yang dicintainya itu….

Laila menangis sepuas hatinya…..deraian air mata kian deras hatinya hampa pedih pilu..







44

Separuh rela menerima lamaran dari pihak Puan Sofia, Laila terima dengan berat hati…Laila tidak sanggup menghampakan harapan kedua ibubapanya dan harapan puan sofia dan pakcik Sufri yang ingin merapatkan lagi hubungan kekeluargaan yang sedia ada..Bagi Laila tiada apa lagi yang diharapkannya dia berserah pada takdir..inilah pengorbanan yang perlu dilakukan walaupun terpaksa mengorbankan hati dan perasaan sendiri…Laila takut untuk mengharap sesuatu yang tidak pasti..hendak dibantah..apa alasan yang patut diberikan..patutkah Laila mengatakan Laila sudah ada pilihan hati tapi di mana pilihan hati Laila ..sepatutnya ketika ini dia ada disisi untuk sama-sama mengharungi semua ini..tentu ayah mengatakan Laila tidak waras menyintai seseorang yang tidak pernah dijumpai hanya kenal melalui cyber..tapi soal hati sukar untuk dimengerti walaupun dalam dunia realitinya ramai lelaki silih berganti untuk menagih kasinya namun hatinya telah dicuri oleh Majnun..siapa mereka untuk mengatakan cinta cyber tu cinta lakonan..cinta hayalan..cinta dongengan..biarlah apapun mereka kata…tapi kata-kata itu seakan-akan mencemari kisah cinta ini seolah-olah apa yang disebutkan bakal terjadi..

Majnun aku tidak pernah mencintai seseorang sedalam mana aku mencintaimu
Orang tak pernah melukaiku sedalam mana engkau melukai hatiku
Semakin aku ingin melupakanmu semakin itu wajahmu terbayang dimataku
Semakin aku membenci dirimu semakin itu kuatnya rinduku padamu
Berkatalah padaku majnun walau pun cuma sebaris ayat janganlah kau terus menyiksa diriku sebegini rupa..

Mungkin kalau kau tak sedegil ini semua ini takkan terjadi majnun…







45

Akhirnya hari yang paling Laila takuti tiba jua. Dia dan Nizam akan bertemu sebentar lagi..Nizam baru sahaja sampai dari Brunei dan menginap di Merdeka Palace Hotel. Baru sebentar tadi Nizam menelefonnya untuk memberitahu akan datang menjemputnya malam ini..Minggu depan mereka berdua bakal ditunangkan. Dia ingin sekali membuat pertemuan dengan Laila yang sudah 5 tahun tidak dijumpainya sejak dia menyambung pelajaranya ke luar Negara , hubungan mereka sebagai sahabat terputus begitu sahaja masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Memang Laila akui Nizam seorang sahabat yang baik teringat semasa dulu bila laila datang sahaja ke Brunei dia akan mendapat layanan yang baik dari jejaka itu begitu juga dengan keluarganya . Tiap hari ada sahaja rancangan Nizam untuk megajaknya jalan-jalan di Bandar Seri Bengawan yang kaya dengan hasil minyaknya..kenangan yang masih segar dalam ingatannya ketika Laila ke tempat permainan yang paling terkenal di Brunei iaitu Jerudung Park betapa seronoknya masa itu.. Nizam juga telah membawanya melihat pemandangan Masjid Jamek yang berkubahkan emas tulin.

Lamunan Laila dikejutkan dengan lagu letto menadakan ada sms masuk ditelefon bimbitnya..Laila mengeluh panjang..Majnun!

"wahai kekasih ku laila yg sangat ku rindui...baru hari ni mesej darimu ku terima, sudilah sekiranya kau membuka emailmu sekarang kerana ada sesuatu telah ku coretkan sebagai jawapan atas segala kesangsian mu terhadap ku..."

Nafas laila seakan tesekat…apa semua ni…Laila terus terpandang laptopnya yang berada diatas meja tulisnya dia lalu membuka dan menekan suis laptopnya sudah lama dia tidak menjengok emailnya setelah membukanya ada debaran dihati Laila..ada 20 email masuk namun hanya satu yang menjadi tumpuan laila kiriman email dari majun laila lantas membukanya…


Tergaman laila membaca terasa degupan jantung Laila bergerak pantas perlahan-lahan airmata di pipi Laila jatuh berlinangan apa yang telah Laila lakukan sangkaan Laila, Majnun sudah tidak menghiraukannya lagi..Majnun sudah tidak menyintainya lagi tapi sangkaan itu semuanya tidak benar sama sekali tapi…apa yang Laila perlu lakukan sekarang??? Lailakah yang bersalah atau Majnun yang harus dipersalahkan?????kenapa Majnun muncul kembali setelah 2, sedangkan dalam masa itu macam-macam perkara boleh terjadi..mungkin sebelum ini perkhabaran Majnun ingin datang ke Sarawak membuatkan hatinya berbunga riang tapi tidak sekarang..semuanya telah berubah...."YA TUHAN apakah dugaan yang kau berikan ini..berilah kekuatan untuk aku menghadapinya"


Setelah cuba mengawal emosinya Laila lantas membalas email Majnun harapannya apa yang bakal dicoretkannya nanti tidak mengecewakan sesiapapun..

To: majnun_qaisy@yahoo.com
Subject: Kekasihku..
Date: 29 Ogos 2007 22:42:21


Majun kekasih hatiku..

Laila tidak tahu harus berbicara apa terasa tersekat..tapi ibarat diluah mati mak ditelah mati bapak dalam situasi yang begini Laila tidak tahu haru berbuat apa.. segalanya telah berubah sekelip mata tidak seperti apa yang kita angan-angankan….

Laila kecewa terluka dengan sikap Majnun seolah-olah Laila tidak bermakna dalam hidup Majnun..Majnun datang dan pergi sesuka hati malahan lagi pembatalan Majnun untuk pergi ke sini begitu menyedihkan hati laila...harapan Laila cuma sekadar mimpi di siang hari. Tahukah Majnun apa yang telah terjadi pada diri Laila, setiap hari cuma air mata yang menamani hari suram Laila..rindunya Laila pada Majnun hanya TUHAN sahaja yang tau...Kalau tak kerana Rafi mungkin Laila tak tahupun Rafi berada dimana sekarang ni. Mungkin disebabkan itulah Laila mengambil tindakan bodoh begini..Laila takut mengharap sesuatu yang tak pasti.

Terlalu berat rasanya ingin mengatakan hal ini kepada Majnun tapi kalau tak diluah ianya akan memakan diri sendiri..Laila akan bakal ditunangkan dengan saudara Laila yang berada di Brunei pada 4 September 2007 dan tinggal seminggu saja lagi seminggu…Maafkan Laila Majnun..maafkan Laila!!..Laila menyintai Majnun sepenuh hati Laila tapi dalam situasi yang Laila alami Laila tidak berupaya untuk menentang badai yang datang..dan Maafkan Laila kerana telah beranggapan yang bukan-bukan terhadap Majnun..semuanya terlambat untuk Laila kesali…cinta dongengan itu seakan menghampiri diri kita Majnun..cinta cyber yang berhayal didunia fantasinya sendiri..tapi hati dan perasaan kita bukan permainan..walaupun kita tidak pernah berjumpa..namun hati Laila tetap milik Majnun..Laila harap pengorbanan yang Laila lakukan ini akan membahagiakan semua pihak walaupun diri Laila sendiri yang akan terkorban..

Maafkan Laila untuk sekian kalinya….

Mengapa titis airmata jatuh untuk seseorang yang
tidak pernah ku temui? Mengapa aku
rindukan seseorang yang tidak
rindukan seseorang yang tidak pernah bersamaku
dan aku bertanya.... Mengapa aku mencintai
seseorang yang cintanya belum pasti untukku?



Kekasih gelapmu..
Laila_isabella….





46

Malam itu seperti yang dirancangkan Majnun keluar ke Bandar untuk memeriksa inbox emailnya mana tau ada balasan email dari Laila...tersenyum lebar Majnun bila melihat 1 email baru yang belum dibaca dalam hatinya dah agak pasti itu dari Laila, ya! memang tepat sekali jangkaannya Laila telah membalas emailnya petang tadi.....perlahan lahan raut wajah Majnun berubah ketika setelah membaca email itu, hatinya tiba-tiba tersentak dengan berita terbaru mengenai kekasihnya Laila yang mugkin bakal dimiliki oleh jejaka lain...terasa lemah jiwa raganya seakan baru terjaga dari mimpi yg buruk, apakah benar semua ini atau aku sekadar bermimpi sekarang? walaupun berat untuk membalas email itu namun Majnun menguatkan dirinya utk cube tabah dan akur dengan takdirnya yang sememangannya sudah tersurat begitu.

To: laila_isabella@yahoo.com
Subject: Hanya kau dihati ku...percayalah!
Date: 1 September 2007 10:59:21

Laila yg teramat ku sayangi...

Benar kata katamu itu Laila, kau berhak kecewa dengan sikap ku ...
memang aku akui semua berpunca dari keegoan aku sendiri, maafkan aku Laila..
walaupun berat utk aku melepaskan kau namun ape boleh aku lakukan lagi selain merelakan keputusan mu itu...

Untuk pengetahuanmu aku telah menempah tiket untuk pergi ke sana semula dan tarikhnya 4 september 2007 dan tidak menyangka tarikh tersebut kebetulan tarikh yang sama dengan majlis petunanganmu...


Kita tetap akan bertemu Laila meskipun dlm situasi yg berbeza..aku mesti bersua dengan mu dan jika ada izin darimu aku ingin sekali mencium tanganmu sebagai tanda maaf dariku...

Mulai sekarang ....
usahlah kau menitiskan airmata demi aku yg x pernah kau temui..
jangan sesekali kau rindukan aku yg tidak pernah bersamamu dialam nyata ini...
namun kau berhak mencintaiku kerana sesungguhnya aku jua mencintaimu... percayalah!!

selamat tinggal kekasih...ketemu lagi disana nanti ya,
Majnun..........

Selesai sahaja menekan 'sent' Majnun terus melangkah longlai ke kaunter pembayaran lalu tanpa berkata sepatah pun hanya meletakkan wang kertas hijau diatas meje kaunter kemudian terus beredar...

Benarkah majnun akan meneruskan niatnya bercuti ke sarawak dan bersua muka dengan kekasih gelapnya laila?bagaimana agaknya dia berhadapan dengan bakal tunang laila Nizam nanti....





47

Laila terus masuk ke bilik setelah Nizam menghantarnya pulang. Takala terpandang laptop di atas meja..Laila teringatkan Majnun pasti ada balasan email dari kekasihnya itu. Terlalu lama Laila mengadap screen leptopnya balasan email dari Majnun ditatapnya sepuasnya . Memang Laila akui seperti juga Majnun dia juga ingin pertemuan ini wujud diantara mereka. Hari demi hari yang dilalui sering mengundang rasa rindu pada Majnun. Tapi haruskan Laila menuruti kemahuan Majnun.. Laila takut disaat pertemuaan tu nanti Laila tidak cukup kuat untuk berhadapan dengan Majun. Pada zahirnya Laila bukanlah setabah yang disangka. Jawapan apakah yang harus ku berikan??? Haruskah Laila menolak kemahuan Majnun atau menuruti sahaja kehendaknya...hati Laila sedih dan sebak tidak menentu..tidak sanggup dia membalas kiriman email ini tapi kalau dibiarkan ianya akan merumitkan keadaan yang sudah sedia rumit…tanpa tangguh-tangguh Laila mula menaip e-mel untuk majnun.

To: majnun_qaisy@yahoo.com
Subject: Kekasihku majnun
Date: 1 september 2007 22:42:21


Majnun yg teramat ku rindui,

Laila tahu tindakan yang Laila ambil telah melukakan diri Majnun tapi ketahuilah Majnun tindakan itu juga telah memakan diri Laila sendiri..Laila terlalu lemah untuk menghadapi semuanya itu.…

Majnunku..

Setelah Laila berfikir sedalam-dalamnya Laila bersetuju berjumpa dengan Majnun tapi masa tu nanti situasi kita telah berbeza dan harapan Laila kita dapat menghadapi situasi itu dengan tabah…pada tarikh kedatangan majnun itu sama dengan tarikh pertunangan Laila mungkin selepas pertunangan barulah Laila akan menghubungi Majnun tapi sebelum itu Laila harus menjelaskan perkara ini kepada Nizam..Laila tak mahu membelakangan Nizam takut salah faham akan berlaku nanti…..

Majnun
Sebenarnya Laila tidak sanggup semuanya ini terjadi tapi kalau ini sudah tersurat apalah daya Laila untuk melawan takdir ....kalau boleh Laila lebih rela Majnun membatalkan sahaja kedatangan Majnun . Laila sebenarnya tak sekuat mana untuk menghadapi semuanya ini…Laila takut Majnun!

Moga perjumpaan kita nanti merupakan kenangan terindah untuk dikenang..cukuplah sampai disini sahaja wahai majnunku tiada kata yang mampu Laila luahkan..apa yang pasti Laila akan menanti kedatanganmu..walaupun bukan sebagai kekasih mungkin sebagai sahabat sejati..







48

Majnun sudah tidak pergi lagi ke cybercafe dibandar Muar itu..,hanya bersendirian didalam kamarnya dan sesekali turun ke pantai menikmati saat terbenamnya mentari...dia sudah tidak mahu peduli lagi ape balasan email daripada kekasih gelapnya Laila yang pasti didalam fikirannya dia mesti bertemu muka juga dengan Laila tidak kira apa pun terjadi. Hanya tinggal 2 hari sahaja Majnun akan terbang ke Bumi Kenyalang, niat asalnya untuk membawa Zila tidak kesampaian nampaknya Majnun berseorangan sahaja di sana nanti. Segala persiapan barang semua sudah dikemas rapi didalam beg besarnya hanya tunggu masa utk berangkat sahaja...


Petang itu Majnun memandu perlahan kereta wiranya keluar dari kampung sekadar bersiar siar menikmati suasana yang nyaman ditepian pantai...Lamunan Majun dikejutkan dengan isyarat sms dari handphonenya, dia menghentikan keretanya sebentar tanpa mematikan enjin di bahu jalan, MELISYA..tersentak seketika Majnun ketika bila mendapat sms dari Melisya macam-macam berlegar dalam otaknya.,"apa agaknya yang Melisya mahukan lagi dari aku?"..

Melisya mengatakan dia juga akan balik ke Sarawak..dalam hatinya mula berkata apa lagi tujuan Melisya kali ini, tidak cukupkah dengan apa yg telah dia lakukan terhadapnya dan Laila sebelum ini..Majnun tidak membalas mesej dari Melisya itu sengaja dibiarkan dia seakan malas nk membebankan lagi fikirannya..







49


Besok Nizam akan pulang ke Brunei perkara ini harus Laila perjelaskan malam ini. Jam didinding telah menunjukan pukul 1.00am haruskan Laila menghubungi Nizam ketika ini?? Tapi kalau tidak malam ini bila lagi Laila akan menjelaskannya..atau tunggu sahaja Nizam berada diBrunei tapi ketika itu pasti Nizam akan sibuk dengan tugasnya malahan lagi dia seorang doctor yang tidak tentu masa rehatnya..Laila mengambil telefon bimbitnya lalu menghubungi Nizam. .

"Assalammualaikum, Nizam dah tidurke? Laila takut menganggu situasi Nizam ketika itu.

"Walaikumsalam..uiks Laila apa mimpi call lelewat malam ni rinduke" terdengar gelak ketawa Nizam dihujung talian..

Haruskan Laila perjelaskan malam ini juga..dengan perasaan yang berbaur resah..dengan kudrat yang ada Laila mula membuka bicaranya dan memperjelaskan segala-galanya pada Nizam cuma terdengar keluhan dihujung suara Nizam..tapi syukurlah Nizam memahami situasi Laila dan berfikiran terbuka dalam hal ini..dan atas dasar kepercayaan Nizam itu Laila bertekad takkan melukakan hati jejaka ini..







50


Hari yang dinantikan sudah pun tiba...4 september 2007 tepat jam 09.15am Majnun akan berangkat ke sarawak menaiki AirAsia, semasa sedang mencari tempat duduknya tiba-tiba terasa seperti ada seseorang memanggil namanya...sungguh tak disangka rupanya Melisya turut menaiki pesawat yg sama dan kebetulan no.sitnya bersebelahan sahaja dengannya,.

"Hai kau ape khabar?"Melisya tersenyum bertanya khabar, Majnun tidak membalas senyuman sekadar menjawab

"Ape kau buat kat sini? Majnun membiarkan persoalan Melisya tanpa jawapan

Sementara menunggu pesawat berlepas mereka bersembang panjang.. Pada awalnya Majnun seperti tidak suka dengan kewujudan Melisya didepan matanya tapi setelah lama bersembang barulah terukir sedikit senyuman dibibirnya...leganya rasnya ketika ini. Rupa-rupanya kepulangan Melisya ke Kuching adalah kerana ingin membuat persiapan menyambut kehadiran keluarga Rafi yang datang merisik...dalam diam-diam Melisya dan Rafi kembali menjalinkan hubungan tanpa sedikit pun diketahui oleh Majnun mahupun Laila. Sejak peristiwa itu Melisya sudah mula sedar akan kesilapannya dan Rafilah yang banyak mengajarnya erti hidup membuatkan hatinya kali ni benar-benar terasa telah Rafi miliki. Dan syukurlah Rafi masih membuka ruang untuk dirinya lagi. Tanpa disedari Mereka sudah sampai hendak mendarat ke Lapangan terbang Kuching.

Akhirnya Majnun merasa lega bila melihat Melisya sudah berubah dan sahabatnya Rafi pun sudah punyai teman hidup..setelah sampai sahaja di lapangan terbang Kuching Majnun dan Melisya berpisah masing-masing membawa haluan sendiri...

Majnun menaiki sebuah taxi utk menuju ke penginapan yang telah ditempahnya di Merdeka Palace Hotel lebih kurang 20 km jauhnya...fikirnya melayang teringat majlis pertunangan Laila berlangsung hari ini dia teringin sekali turut serta ke majlis itu tapi hatinya tidak cukup kuat untuk menghadapinya...






51

Majlis pertunangan antara Laila dengan Nizam berlangsung dalam suasana sederhana. Riuh rendah jadinya apabila sudara mara yang jarang ditemui berjumpa semula. Sepupu Laila dari tadi asik mengusik Laila namun tiada satupun yang mampu menghiburkan hatinya..senyumanya terasa hambar..perit..

"Lorr senyumlah sikit cam tunang paksa lak kau ni laila oiii" usikan Dania sepupuku menyedarkan laila dari lamunan..arghhh! memang tunang paksa pun bisik hatiku…gelak ketawa saudara mara tidak menarik minatku aku lebih banyak berkhayal.

Majlis pertunangan berjalan dengan lancar … Emak tak lekang dari senyuman jelas sekali tergambar kegembiraan pada wajah tersebut begitu juga dengan ayah, abang serta kakaku..Laila cuma mempunyai seorang abang dah seorang kakak yang begitu menyayangi laila..mereka berdua telah berkhawin dan mempunyai rumah sendiri.

Laila seolah-olah bermimpi apabila sebentuk cincin yang bertakhtakan berlian melekat dijari manisnya ..Makcik sofia lantas mencium dahi laila..bermimpikah laila????

Ketika majlis dijalankan Nizam sedang berada di Brunei sibuk dengan tugasannya sebagai seorang Doktor lagi pula Nizam tidak dibenarkan ikut serta dalam rombongan kerana tidak elok dipandang mata. Serta merta Laila teringat dengan Majnun..hari ini adalah hari kedatangan Majnun ke Sarawak tapi sedari tadi tiada satupun sms yang datangnya dari Majnun..adakah Majnun membatalkan niatnya debaran dihati Laila bergerak kencang…

Bunyi Peti pesanan ringkas ditelefon bimbit laila menyedarkan dirinya dari lamunan

"Laila majun telah sampai kat kucing dan menginap di Merdeka palace hotel..bila kita boleh berjumpa"

Merdeka palace hotel?? …Majnun..kekasih hatiku bisik hati Laila…terasa ingin sahaja memecut keretanya untuk pergi ke Merdeka Palace Hotel menjengok Majnun dia tidak sabar melihat kekasih hatinya dan perasaan rindu semakin menebal dihatinya..Keriangannya berubah menjadi duka apabila menyedari statusnya bergelar tunangan orang langkahnya tersekat dia bukan lagi Laila yang dulu..setiap tindakan yang diambil harus ada batasannya dia telah berjanji dengan nizam akan berjumpa dengan Majnun cuma atas dasar persahabatan.

"Majnun..majlis belum selesai lagi nanti Laila call majnun ye" ringkas sahaja jawapan yang laila berikan pada Majnun..






52

Petang selepas majlis selesai laila keluar dan memberitahu pada emaknya dia hendak menjumpai sahabat baiknya. Syukurlah tiada banyak pertanyaan dari emaknya mungkin terlalu penat menguruskan majlis sebentar tadi..

Sampai sahaja di luar Merdeka Palace hotel.Llaila menghantar msg pada majun..

"Majnun laila dah sampai ni..laila tunggu kat luar hotel" terasa debaran didada Laila arghhh! Laila tidak menyangka bertemu Majunn dalam situasi Laila berstatus tunangan orang..

Lima minit berlalu seorang jejaka telah mengetuk pintu keretanya Laila tersentak dari lamunan..semakin tak keruan Laila dibuatnya..inikah Majnunku? Mengenali Majnun bukanlah sesusah mana kerana terlalu banyak gambar majnun berada di laptopnya begitu juga dengan gambar Laila. Mukanya taklah berbeza dari gambar yang ditatapnya..hensem..dan berkulit sawa matang..

"Majnunke"? ada getaran dihujung bibir Laila..kenapa ketika ini degupan jantungnya begerak laju..

"Uikss kekasih sendiri pun tak tauke" ada gelakan kecil dihujung suara Majnun..Inikah Laila kekasih pujuaan hatiku bisik hati Majnun lalu mengukir senyum dibibirnya ..

Terlalu ringkas Majnun pada pandangan Laila hanya mengenakan tshirt putih berjenama polo bersalutkan jaket kulit berwana hitam sudah cukup menyerlahkan penampilan Majnun didepan Laila. Didalam kereta kami berdua membisu seribu bahasa hanya kekadang Majnun merenung ke arahku..Inilah rupanya orang yang ku rindui selama ini yang membuatkan hidupku tidak tentu arah..bisik hatinya.

Laila membawa Majnun berjalan-jalan dikawasan Tasik Kucing dan membawa ke pusat kraftangan kebudayaan Sarawak yang berhampiran dengan tasik manalah tahu Majnun ingin membelikan oleh-oleh untuk keluarganya nanti. ..Keadaan ditasik kucing begitu menyejukkan dan mendamaikan terketar-ketar bibirnya menahan sejuk yang terasa mencucuk-cucuk hingga ke tulang sumsum. Terlalu penat berjalan di kawasan tasik kami duduk dikerusi yang disediakan disepanjang taman..

"Sejukke laila" Melihatkan keadaan Laila ..Majnun membuka jaket kulitnya lalu disarungkan ke tubuh Laila..saat itu terus air mata Laila tertumpah..perasaan sayang menyelinap ke seluruh jiwanya..kenapa kita dipertemukan dalam keadaan sebegini Majnun..kami meluahkan apa sahaja yang terpendam dihati tanpa menyembunyikan apa-apapun lagi…Sehinggakan Laila terlupa dia adalah tunangan orang..tidak tersedar rupanya kami telah berada dikawasan tasik sudah begitu lama. Jam ditangan Laila sudah menunjukkan pukul 10.00 pm tentu emaknya akan risau nanti.

"Majnun..Laila nak balik….takut mak risau pula nanti"pinta laila dengan suara menggeletar..keluhan panjang keluar dari bibir Majnun seakan tidak merelakan perpisahan ini tapi apakan dayanya…sebolehnya Laila pun tidak merelakan perpisahan ini memandangkan hanya ini sahajalah pertemuaan terakhir mereka..besok Majnun telah kembali semula ke Negerinya memang Majnun sengaja berbuat demikian kerana apalah gunanya diberada lama disini sedangkan orang yang dicintainya berstatus tunangan orang. Dia juga sengaja tidak menyuruh Laila menghantarnya ke Airport walaupun gadis tersebut beria hendak berbuat begitu. Dia takut saat itu nanti dia tidak mampu untuk mengucapkan selamat tinggal kepada kekasih yang amat dicintainya itu…

Dalam kereta perkara yang sama berlaku lagi..diam seribu bahasa ingin sahaja Laila menangis ketika itu tapi takut dia tidak dapat mengawal emosinya..terlalu cepat masa berlalu.. Laila telah sampai diluar Merdeka Palace Hotel seakan tidak merelakan semua ini terjadi..tanpa disedari Majnun mencium tangan Laila...tindakan Majnun Mengejutkan Laila tapi dia tidak pula marah malahan merelakan semuanya itu terjadi tindakan Majnun terlalu menyebakkan hatinya..tanpa disedari air mata yang ditahanya akhirnya keluar juga membasahi pipinya..

"Laila ketahuilah tiada seorang pun yang boleh mengantikan tempat Laila dihati Majnun..jaga diri bebaik sayang..terima kasih di atas pertemuan ini" lantas Majnun mengest airmata yang jatuh di pipi Laila sejurus kemudian keluar dari kereta dan berlalu tanpa menoleh ke arah Laila. Ingin sahaja Laila menghalang pemergiaan Majnun dan memeluk melepaskan kerinduaan pada Majnun tapi langkahnya tersekat……aku tunangan orang!!..aku tunangan orang..arghhh!!






53

Sejak pertemuaan itu hati Laila merasa tidak keruan..kesedihan menyelebungi dirinya seharian dia mengurungkan dirinya didalam bilik entah kenapa sejak kebelakangan ini air matanya terlalu murah untuk membasahi pipi..seharian Laila menangis dan menyendiri di dalam bilik penyesalan yang menggunung di dada cukup menyeksakan Laila. Laila benar-benar menyesal kerana mengambil tidakan yang begitu bodoh…Majnunlah orang yang dicintainya….tapi semua itu takkan mungkin terjadi lagi…

Mak laila terasa pelik dengan kelakuan Laila sejak pertemuaannya dengan sahabatnya di melihat perubahan yang mendadak terhadap Laila kesuraman dimuka Laila telah mengambarkan Laila berada dalam kesedihan sekarang ini ..hendak ditanya takut pula mengusik hati Laila lantas dia membiarkan sahaja Laila membuai perasaannya sendiri..





54


Cuti semester cuma tinggal sebulan sahaja lagi haruskah Laila menyatakan hasrat bodoh dia ini terhadap kedua ibubapnya..dia tidak tahan lagi untuk menanggung semu bebanan ini seorang sesuatu harus dilakukan..dia tidak mahu mengecewakan mana-mana pihak ..Laila tidak harus menipu diri sendiri..Haruskah dia mengukir senyum sedangkan dalam hatinya menanggung derita yang amat perit lagi…Laila ingin lari dengan semua permasalahan ini….

"Mak…ayah Laila nak cakap sesuatu" kebetulan kedua ibubapa Laila berada diruang tamu ..hari ahad begitu adalah hari bersama keluarga..kebetulan pula kakak dan abang iparku ada ada bersama. Cuma abangku sulung tiada kerana dia pergi ke rumah mertuanya di Sibu...Diluar riuh rendah dengan gelak ketawa anak saudara..rasanya masa inilah yang sesuai untuk Laila jelaskan..kakak serta abang iparku memerhati aku seolah-olah tidak sabar menunggu ayat yang bakal ku keluarkan nanti..

"Ayah Laila nak belajar ke luar Negara..Laila tidak sanggup untuk terus berada disini terlalu banyak kenangan yang bisa mengugat ketenangan Laila ayah.."Laila memperjelaskan segalanya..kakak seakan terkejut dengan pejelasanku..abang ipar cuma mampu mengelengkan kepala…ayah seakan marah namun emak pandai meredakan kemarahan ayah…ayah mana pun akan marah sebegitu rupa jika anak yang ditentang bagai minyak yang penuh akan memalukan dirinya..hasrat Laila ingin memutuskan pertunangan bersama Nizam mendapat tentangan hebat dari ayah..fahamilah ayah bagaimana Laila bisa bahagia diatas penderitaan orang Lain..Laila menangis dipelukan emak..emak pula seolah-olah mengerti dengan gelodakan perasaan yang ku alami..akak Cuma mebisu seribu bahasa tapi seakan-akan simpati dengan nasib diriku..

"Sabarlah dik su" hanya itu sahaja luahan dari mulut kakakku….kakak mendakapku seeratnya.

Laila terpaksa meninggalkan cita-cita untuk belajar di UNIMAS. Di luar Negara tiada siapa yang akan tahu kehidupannya dan dia akan dapat belajar dengan bebas tanpa ada gangguan emosi.

"Ayah..mak..terima kasih banyak-banyak..Laila takkan lupakan jasa ayah dan mak sepanjang hidup Laila" Laila memeluk emaknya dengan erat. Lama mereka berdakapan.

Kemudian Laila memeluk ayahnya pula" Terima kasih ayah"bisiknya..air mata laila mengalir lagi Laila tidak menyangka akan begini kesudahan hidupnya

Laila berikrar akan belajar bersungguh-sungguh walau dimana dia tercampak demi masa depanya..walaupun sedih hatinya untuk meninggalkan keluarganya namun inilah pengorbanan untuk insan yang disayanginya.

Selamat tinggal wahai Majnun..biarlah Laila rahsiakan sahaja hal ini selagi hayat dikandung badan..perasaannya ini akan dibawa bersama-sama ke Negara orang tidak lama lagi. Dan terima kasih juga Nizam bekas tunangku yang begitu memahami diriku..terima kasih..Laila pasti orang sebaik nizam akan mendapat jodoh yang lebih baik dari Laila..tak tergamak rasanya untuk melukakan orang sebaik Nizam..begitu juga dengan makcik Sofia dan pakcik Sufri yang tidak menyalahkan diriku diatas semua ini..betapa baiknya keluarga itu pada pandangan Laila..malahan mereka berharap Laila dapat menjaga diri baik-baik dinegara orang.

Laila juga meminta ibunya dan ayahnya berjanji jika suatu hari nanti Majnun mencarinya janganlah diberitahu di mana dia berada..Laila ingin benar-benar tenang untuk menghadapi segala musibah yang melanda ini..Laila tidak mahu melukakan dua insan yang benar-benar menyintainya..Majnun..Nizam..biarlah mereka berdua tidak berjaya memiliki Laila kerana itu adalah adil untuk keduanya..inilah pengorbanan yang harus Laila buat…







55

Suatu masa yang sama di wad kecemasan Hospital Besar Kuala Lumpur tepat jam 10.30pm............

Terbujur kaku seorang pesakit lelaki didalam wad kecemasan dengan bantuan alat pernafasan dalam keadaan separuh sedar, di luar bilik kecemasan kelihatan dua beranak sedang meratap pesakit disebalik kaca sambil berpelukan hanya tangisan kecil sendu sedan menyelubungi suasana dimalam itu..

Kemalangan yg berlaku di Lebuhraya Kuala Lumpur telah meragut 1 nyawa dan seorang cedera parah..pemandu teksi mati ditempat kejadian manakala penumpang sempat dikejarkan ke hospital berdekatan sebelum dipindahkan ke HBKL 2 hari kemudian.







56

Laila akan bertolak ke Amerika Syarikat pada minggu hadapan. Dia sudah mengemaskan barang-barangnya . Ketika sedang mengemas dia terpandang jaket Majnun ..cepat-cepat Laila melipat jaket tersebut dan memasukkannya ke dalam beg. Dia akan membawanya bersama-sama ke Amerika itulah sahaja kenangan bersama Majnun yang dia ada.

Lagu letto menghentikan lamunan Laila menadakan ada panggilam masuk ditelefon bimbitnya discreen tertera nama Nizam..Nizam memberi perangsang kepada Laila supaya lebih tabah menghadapi hari muka dia juga tidak mahu Laila menipu diri sendiri hanya sekadar ingin membuatkan orang lain bahagia sedangkan orang yang Laila ingin bahagiakan juga mahukan Laila bahagia. Kebaikan Nizam begitu menyebakkan hatiku..tapi sayang hatiku ini terlalu keras untuk dimilikinya..maafkan aku Nizam...

Malam itu Laila tidak dapat melelapkan matanya seakan-akan dia menunggu panggilan seseorang..seseorang yang amat dirinduinya dan dikasihnya...biarlah malam ni malam terakhir Laila mendegar suara tersebut. Laila mengambil telefon bimbitnya lalu menekan nombor Majnun namun hampa hanya peti simpanan suara sahaja yang menjawabnya... Laila berharap majnun akan menghubunginya semula bila mendapat missed call dari Laila. Tanpi disedari laila terlena dalam kesedihan.





57

Setiba di Airport Kucing ayah menguruskan bagasi laila sambil dibantu oleh abang Laila. Setelah selesai urusan 'chek in'mereka sekeluarga menjamu selera di restoran KFC Laila tidak banyak bercakap..perasaanya sedang berkecamuk ketika ini..dia langsung tidak berselera untuk menjamah sebarang makanan.kurang dari sejam dia akan terpisah dengan keluarganya. Entahlah bila pula dia kan bertemu dengan mereka lagi.

Selesai makan mereka beriringan sehingga ke pintu 'chek in' penerbangan antarabanga. Laila melalui tempat pemeriksaan tiket dan imigresean. Laila perlu berada ditempat menunggu sekurang-kurangnya dua jam lebih awal dari waktu penerbangan.Kesedihan menyelubungi suasana Laila memeluk emaknya dengan erat seperti tidak mahu dilepaskan pelukannya. Terasa ciuman ibunya singgah di kedua belah pipi dan dahinya. Ayah Laila tidak mampu untuk bersuara seketka air matanya bergenang. Terasa hangat pelukan kakak dan abangnya..Laila memeluk anak saudaranya lantas mencium pipi mereka bertapa sayunya hatinya ketika itu.

Sejurus itu air mata yang berjuraian di pipinya..ibu dah ayah serta kakak,abg dan anak saudaranya melambai ke arah laila yang berada di escalator untuk ke tempat menunggu. Laila menaiki kapal terbang sebaik sahaja panggilan penumpang diumumkan. Dia menyimpan beg sandang yang dibawa ditempat meletak bagasi di atas kepala. Sebelum itu dia mengeluarkan jaket Majnun lalu menyarungkannya. Jaket Majnun ini seperti memberi kekuatan kepadanya. Dia memandangan kosong ke luar tingkap..Selamat tinggal Malaysia Selamat tinggal Majnun…Selamat Tinggal Nizam air mata Laila terus mengalir laju.







58

Hampir dua bulan Laila dibandar Torrance, Los Angeles. Dia sudah bergelar pelajar semula..Laila belajar di Cornell University dalam Jurusan kejuteraan..dia bertuah kerana teman sebiliknya adalah pelajar dari Malaysia cuma dia mengambil jurusan yang lain dari Laila iaitu pengurusan sumber manusia..Laila tekun belajar dan cuba melupakan peristiwa pahit dalam dirinya..dia ingin melupakan Majnun namun wajah itu sentiasa menghantuinya..bila terkenangkan majnun air matanya pasti berlinangan..betulkah apa yang ku lakukan ini..mengelakan diri dari segala masalah yang menimpa…biarlah…biarlah…mugkin ada hikmah disebalik semuanya ini.. seringkali juga Laila teringat Majnun namun sekuat itu juga dia ingin menghapuskan kenangannya bersama Majnun..walaupun terlalu sukar...





59


Empat tahun telah berlalu...


Sungguh indah dirasakan pemandangan pesisiran pantai dibumi Mersing lewat senja itu, seorang lelaki berkerusi roda sedang asyik menikmati suasana nyaman itu disamping memerhati nun jauh matahari terbenam..tiba-tiba dari belakang kedengaran suara lembut menyapa lelaki berkerusi roda itu,

"along...jom balik dah nk masuk maghrib ni.."lelaki itu hanya tersenyum tanpa berkata sepatah pun hanya mengangguk kepalanya..

Lelaki berkerusi roda itu ialah Majnun yang dahulunya persis pria tampan dan gagah tapi kini lemah tidak mampu berdiri mahupun berkata kata...selama 5 bulan Majnun tidak sedarkan diri koma sejak mengalami kemalangan jalanraya di lebuhraya Kuala Lumpur, hampir separuh badannya lumpuh lebih malang lagi dia turut mengalami amnesia (hilang ingatan) namun Doktor tetap mengatakan peluang untuk Majnun sembuh masih ada bergantung pada dirinya sendiri..

Berita kecelakaan yang menimpa Majnun tiada seorang pun dikalangan teman-temannya yang tahu selain majikan lamanya di Kuala Lumpur, ibu Majnun turut meminta majikannya merahsiakan perkara itu dari pengetahuan rakan-rakan sepejabatnya dengan alasan Majnun dihantar bertugas di luar negara...



Hari demi hari terus berlalu..masa begitu cepat beredar, hari itu dirumah Majnun begitu ramai orang sedang berselera menjamu nasi minyak diiringi bunyi paluan kompang, kelihatan sepasang pengantin berbaju kuning sedang diarak masuk ke perkarangan rumah pengantin perempuan..Majnun hanya mampu memerhatikan dari jendela kamarnya majlis persandingan adik kesayangannya Zila bersama jejaka pilihan hatinya, terukir senyuman diwajah Majnun yang masih berkerusi roda namun disaat itu juga airmatanya mengalir menahan sebak..kerana dialah Zila tidak menyambung pengajiannya dan kini sudah bergelar isteri orang..Majnun pasrah dan redha dengan apa yg terjadi baginya itu semua adalah suratan takdir yang telah ditentukan buat dirinya..






60

Setelah empat tahun berlalu akhirnya Laila berjaya menamatkan pengajiannya dengan cemerlang..dia merasa begitu gembira dan bangga . Hari konvokesyen adalah hari yang paling bermakna baginya kerana ibu dan ayahnya dapat bersama-sama meraikanya. Nampak jelas kegembiraan pada wajah tersebut..emak mendakapku seeratnya..begitu juga dengan ayah.Kakak tidak dapat ikut serta kerana dia telah mengandung 8 bulan dan hanya menunggu hari sahaja..Abang pula telah ke Kuala Lumpur ada urusan kerja di sana.

"Mak, ayah Laila dapat tawaran kerja kat sini kontarak dia cuma 3 tahun je lepas tu Laila balik Malaysia" berkerut dahi ayah Laila…tergambar kesuramanan di muka ibunya..Laila mengerti mereka tidak mempersetujui akan rancangan Laila itu..

"Dah lama betul Laila kat sini, ayah dan ibu tak senang duduk dibuatnya selalu teringatkan Laila" Mak bersuara dengan nada yang perlahan..

"Mak Laila janji pas 3 tahun nanti Laila baliklah Malaysia..laila nak cari pengalaman dulu mak" sejurus itu ayah dan mak laila saling berpandangan..terlalu degil anak kesayangan mereka itu..





61

Kontrak Laila bersama syarikatnya sudah tamat dia akan balik ke Negara asalnya seperti yang telah dijanjikan kepada ayahnya dia pun sebenarnya rindukan tanah airnya … bagaimana rupa tanah airku SARWAK pasti banyak arus pemodenan yang telah berlaku…akhirnya dia pulang Ke Sarawak juga.. Setelah kapal terbang selamat mendarat Laila tercari-cari wajah ayah dan ibunya di ruang ketibaan. Akhirnya Laila terlihat ibubapanya melambai tangan kearahnya. Air mata lantas bergenang. Dia terlalu merindui keluarganya. Ibu Laila terus mendapatkan Laila terus memeluk Laila sepenuh hati.

"Syukurlah…anak ibu akhirnya selamat pulang" Ibu Laila mencium kedua-dua belah pipinya . Mendakap Laila seeratnya. Laila menangis dan kemudian beralih untuk memeluk ayahnya.

"Selamat pulang ke tanah air dik su" Abang sulungku mendekati lalu mencium dahiku..Laila hanya tersegih sambil menyeka air matanya…mungkin air mata kegembiraan. Ibu mengatakan kakak tidak dapat datang sebab ada mesyuarat tergempar disyariktnya.






62

Sudah sebulan Laila berada di tanah air dia belum besedia memohon perkerjaan dia ingin berehat sepuas-puasnya.Dia terkenang Nadia sahabat baiknya semasa di UNIMAS Sarawak sudah lama dia tidak menghubungi sahabatnya itu kali terakhir semasa dia hendak berangkat ke luar Negara.. hanya dialah sahabatnya yang tahu segala-galanya tentang Laila. Mungkin sekarang Nadia sudah berkahwin dan bahgia dengan kehidupannya .Tergerak hati Laila untuk menghubungi Nadia..masih aktifkah nombor nadia..lantas Laila menekan nombor nadia ada bunyi lagu bergema..hati Laila telonjak kegembiraan..syukurlah nadia masih menggunakan nombor tersebut.

"Assalammualaikum" Sapaan pertama si pemanggil mengejutkan hati laila..

"Walaikumsalam..nadiake ni? It's me laila…" ada sura keriangan bergema di bibir laila.

"Lailaaaaaaaa wahhh misss uuuuuuu, bila balik ni tak bagi tahu kita pun"

Laila menerangkan satu persatu kepada Nadia..kadang-kadang terselit gelak ketawa diantara mereka berdua..terlalu gembirnya hati Laila ketika itu..Nadia memberitahu Laila dia telah berkhawin dengan Firdaus kawan sekampusnya masa di UNIMAS dulu..lantas Laila terkenang dengan pemuda yang bernama Firdaus..jejaka ini banyak kali mengutus surat buat Nadia ingin menjadi kekasih Nadia tak sangka akhirnya Firdaus berjaya menawam hati Nadia..tiba-tiba terukir senyuman dibibir Laila..usia perkahwinan mereka telah mencecah 2 tahun namun belum dikurniakan cahaya mata tiba-tiba ada kesayuan pada suara nadia.

"Laila majnun kau apa khabar" tersentak Laila apabila Nadia menyebut nama tersebut..arghh! kenapa nama ini juga yang disebut…memang Laila akui terlalu merindui jejaka tersebut tapi apakah dia juga merindui aku seperti mana aku merinduinya? Pertanyaan Nadia dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang jawapan biarlah…. Laila memberitahu Nadia tentang hasratnya ingin ke Kuala Lumpur menjengok keindahan Kuala Lumpur sekaligus melawat sahabat kesayangannya.

Gembira bukan kepalang Nadia ada tariakan yang begitu menyakitkan cuping telinga Laila namun Laila rasa bahagia dan tidak sabar lagi untuk menjengok sahabat baiknya…kebetulan masa tarikh yang ditetapkan Firdaus tiada kerana ada urusan kerja di Sabah.





63

Selepas makan malam mereka sekeluarga berkumpul diruang tamu sambil menonton televisyen.. Laila memberitahu hasratnya ingin ke Kuala Lumpur menjengok sahabat baiknya …Nadia bukanlah asing bagi keluarga Laila mereka cukup mengenali Nadia..semasa bersama-sama belajar diUNIMAS Nadia seringkali mengikut Laila pulang kerumahnya…Nadia sudah sebahagian dari keluarga tersebut. Semasa ketiadaan Laila, Nadia mengunjungi mereka sekeluarga. Ayah tidak banyak soal begitu juga dengan ibu..mereka mempersetujui rancangan Laila..mereka sangat memahami anak bungsu kesayangan itu.

Pada masa itu terselit juga topic mengenai Nizam..entah kenapa tiba-tiba ada debaran didadaku…emak memberitahu Nizam telahpun berkahwin dengan orang Brunei setelah setahun putus tunang dengan laila dan sekarang dia telahpun mempunyai 2 orang anak…syukurlah..akhirnya Nizam menemui seseorang yang begitu menyayangi dirinya..dulu Laila merasa serba salah tidak tergamak melukakan insan sebaiknya…sebab itulah juga Laila nekad mengambil tindakan bodoh itu..melarikan diri dari segala permasalahan. Tiba-tiba degupan jantung laila bergerak pantas.."MAJNUN"..bagaimana dia sekarang…adakah dia juga mengikut jejak Nizam..arghhhh!! tapi kalau itu berlaku semua itu adalah salahku…

Malam itu Laila membuka internet dengan tujuan menempah tiket pernerbangan setelah selesai tergerak dihatinya untuk membuka emailnya..sudah lama dia tidak menjengok email tersebut..ada 10 email masuk namun tiada satupun dari insan yang dirinduinya itu..mungkin dia telah pasrah dengan semua itu...mungkinkah ada pertemuan ke dua selepas ini…entah kenapa tiba-tiba ringan jarinya menaip email untuk kekasih hatinya yang dirinduinya..Laila telah menjelaskan segala-galanya kepada Majnun tentang apa yang telah berlaku dia berharap Majnun memahami situasinya ketika itu…dan yang paling penting dia ingin melepaskan kerinduannya kepada Majnun…Mungkinkah perkhabaran ini akan membahagiakan hati kekasihnya..tunggulah kedatangku ..





64


To: majnun_qais@yahoo.com
Subject: Kekasihku..
Date: 11 februari 2013 22:42:21
n

Majnun..

Laila meminta maaf kerana telah lama menyepikan diri Majnun walaupun berat dihati Laila namun tindakan itu terpaksa Laila buat untuk kebaikan kita bersama..selama 7 tahun Laila menyepikan diri..cukup membuatkan diri Laila menderita kerana merinduimu.

Dua minggu selepas pertemuan kita..Laila telah membuat keputusan melanjutkan pelajaran ke luar Negara dengan harapan Laila dapat melupakan semua kenangan indah bersama Majnun..Laila serba salah ketika itu..Laila bertunang dengan Nizam tapi hati Laila terpahat nama Majnun..semakin Laila ingin melupakan Majnun semakin itu wajah Majnun terbayang dimata Laila..atas dasar itulah Laila memutuskan pertunangan bersama Nizam..Bagaimana Laila boleh hidup bersama Nizam nanti jika hati Laila kepunyaan Majnun..Laila tidak sanggup melukakan orang sebaik nizam..dan tidak mahu menipu diri sendiri…Syukurlah Nizam mengerti dan tidak mendesak Laila..kami tidak pernah berkahwin pun sepertimana yang Laila nyatakan dalam email terakhir Laila kepada Majnun….Sekarang Nizam telah pun berkahwin dengan seseorang yang betul-betul menyintai dirinya..insan baik sepertinya memang layak dapat semua itu..

Dulu perasaan ingin hidup bersama Majnun begitu kuat dihati Laila namun bila teringat kata-kata Majnun semasa pertemuan itu hati laila tawar untuk meneruskan niat tersebut..takkan mungkin kita akan bersatu jika ibumu tidak merestui hubungan kita..sekuat mana pun cinta kita restu ibubapa adalah penting. Laila tidak sanggup Majnun membelakangkan ibu hanya kerana ingin membuktikan cinta Majnun terhadap Laila..

Jika hati Majun belum dimiliki lagi sudilah sekirnya memberi peluang kepada Laila. Laila ingin menebus semua kesalahan Laila pada Majnun..Laila ingin sekali sekali merawati kelukaan yang bersarang dihati Majnun..yang paling penting Laila ingin sekali mendapat restu ibu Majnun..Laila akan ke Kuala Lumpur minggu depan..harapan Laila Majnun masih seperti dahulu….Laila dah banyak kali menghubungi Majnun namun nombor Majnun sudah tidak aktif lagi inilah jalan terakhir Laila..dan harapan Laila, Majnun dapat membalas email ini dengan secepatnya.

Kekasih yang teramat merinduimu.

Laila





65


Tiap hari Laila membuka peti emailnya namun tiada mendapat balasanpun dari majun..hati laila mulai resah..


Pada tarikh yang ditetapkan abang Laila menghantar ke lapangan terbang Kucing..setelah selesai urusan "chek-in" Laila bersalaman bersama abangnya..ayah dan ibunya tidak dapat turut serta kerana menghadiri kenduri upacara perkahwinan jiran mereka.

Penerbangan dari Kucing ke Kuala Lumpur mengambil masa selama 2 jam..Laila lebih banyak mengelamun…teringat kenangan pertemuan pertamanya dengan Majnun..dia terlalu rindu pada pemuda tersebut..jika ada pertemuan kali ke-dua Laila tidak akan melepaskan peluang ini dia tidak akan mengalah lagi dia tak mahu membuat pengorbanan yang akhirnya menyakitkan hatinya sendiri…Laila tidak mahu terus-terusan menipu diri sendiri..cintanya hanya untuk Majnun itulah pendirian yang harus Laila pertahankan.

Setelah kapal terbang selamat mendarat terasa jantungnya berdegup kencang..Laila sudah sampai ke tanah Air kekasih hatinya..mencari kekasih yang telah lama menyepikan diri..mungkin itu juga salah satu penyebabnya dia menjejakkan kaki di Kuala Lumpur.

Suasana di KLIA begitu sibuk laila tercari-cari akan sahabat baiknya Nadia..akhirnya dia terlihat seorang perempuan cantik yang bertudung ayu melambai-lambai ke arahnya..Nadia? dia tidak berubah masih seperti dulu..Laila terus mendekati Nadia lalu memeluk erat sahabat baiknya untuk melepaskan kerinduaanya…begitu juga dengan Nadia dia mendakap Laila dengan erat sekali.

"Wah semakin cantik kau sekarang erkk Laila..yelah bakal juruteralah katakan" camtulah Nadia sejak di UNIMAS lagi tidak jemu-jemu mengusikku

"Uikss kau ni aderr jelah" lantas Laila mecubit bahu Nadia deraian ketawa mencuri pandangan mata orang yang lalu lalang di sana…





66

Sudah 4 hari Laila berada di Kuala Lumpur bersama Nadia dia ingin menghabiskan masa rehatnya sepuasnya..dalam masa 4 hari banyak tempat yang telah Laila lawati….Nadia membawanya ke Langkawi..Genting Hailand..Melaka tempat bandaraya bersejarah .. setiap hari ada sahaja aktiviti yang dibuat sahabat baiknya itu malahan lagi sahabatnya sanggup cuti selama seminggu semata-mata untuk menemani Laila..terharu Laila dibuatnya…Mungkin bila balik ke Sarawak nanti Laila merindui akan semuanya ini… Bila sudah dialam pekerjaan dia takkan mungkin merasai semua ini lagi…

Tiba-tiba semacam ada sesuatu yang membelenggu dirinya sekarang ini..Majnun..nama yang sering ku rindui selama ini..

Laila sempat juga ke cyber café yang berdekatan untuk membuka emailnya namun hampa…tiada satupun email tersebut datangnya dari Majnun..Bagaimana aku harus menemui Majnun jika tiada satupun petunjuk yang memudahkan diriku untuk menemui kekasih hatiku itu..

Keseokan Harinya Laila akan balik semula ke tanah airnya terlalu berat rasanya..tak terasa masa seminggu berlalu begitu pantas…namun insan yang rinduinya tidak ditemui..

Nadia membawa Laila mengunjungi Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas..terlalu kagumnya Laila begitu tersergam indah menara itu di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur..Destinasi terakhir Nadia telah membawanya bersiar-siar dia taman Tasik Putrajaya…Nadia tidak habis-habis menangkap gambar diperkarangan Masjid Putra..terkejut Laila bila tiba-tiba baju nya ditarik oleh sesuatu..Laila menoleh kebelakang…

"So cuteee" Laila mencubit pipi anak comel yang mungkin berusia dalam lingkungan 4 tahun sungguh comel budak itu pada pandangan matanya..matanya yang budar pipinya yang gebu…

"Laila nak tangkap gambar ngn kakak..kakak cantik sangat" Laila mencubit pipi sicomel yang petah bercakap tu..Laila?? uiks sama lak nama dia ngn namaku..Nadia cuma sebagai permerhati tersenyum dengan keletah si comel tu..bagaimanalah budak ni terlepas jauh dari ibunya…Nadia berkerut lalu mengukir senyum dibibirnya..

Laila mendongak lalu menarik tangan budak itu selembutnya..

"Adik nama Laila erkk?nama akak pun Laila gak" Budak comel itu mengukir senyum lalu memeluk Laila seeratnya..

Nadia menangkap gambar Laila bersama budak comel itu entah kenapa hati Laila bedebar seakan budak ini ada kena mengena dalam hidupnya seakan sudah terlalu lama mengenailnya…Laila senang bersamanya…perasaan sayang timbul tiba-tiba aduhss!! peliklak aku rasa..bisik hati laila..

"Laila" semacam aliran elekrik yang menyentap seluruh urat saraf Laila bila ada suara yang memanggil namanya..seakan-akan mengenali suara tersebut dia tergamam walaupun suara itu sudah 7 tahun bergema dari cuping telinganya namun untuk melupakannya tidak sama sekali..

Laila cuba berpaling walaupun terasa lemah badanya ketika itu..hatinya berdebar.


"Ayah" tetiba suara sicomel menghentikan lamunanku

"Laila nak bergambar ngn akak ni ayah dia cute cam laila" kata-kata si budak comel terlalu jelas dicuping telingaku..aku takut untuk menoleh takut..benda yang tak ku ingini benar-benar berlaku..Ya TUHAN janganlah duga aku begini sekali..

"Cik maaflah erk anak saya ni nakal sikit menyusahkan cik lak" Nadia memandang laila seakan hairan melihat perlakuan pelik Laila.

"Laila dia panggil tu" Nadia menyedarkan aku dari lamunan..

Laila perlahan-lahan menoleh kearah suara tersebut. tiba-tiba lelaki itu terkaku dan tergaman..seakan percaya dengan tidak meskipun ingatannya sudah pulih seperti sediakala namun dia ternyata masih lemah lagi inikah wanita yg pernah singgah dihatinya suatu ketika dulu... wanita yang telah melukakan hatinya.


"Laila" Majnun seakan-akan tidak percaya dengan pertemuan yang tidak diduga ini gadis itu masih seperti 7 tahun dahulu masih cantik pada pandangan matanya....namun hatinya tersentap bila teringat perlakuan Laila terhadapnya dulu..gadis itulah yang telah membuatkan hidupnya merana..tidak keruan..seakan gila dibuatnya.. namun tiba-tiba dia teringat tragedi ngeri yang menimpa dirinya selepas pertemuan mereka berdua dulu.


Laila pula dari tadi asyik memerhati sepasang tongkat yang berada di kedua tangan Majnun sambil bibirnya terketar ketar seolah ingin meluahkan sesuatu tapi tidak berdaya..."apa yg telah terjadi pada dirimu majnun?" bisik hatinya..


Air mata Laila tiba-tiba jatuh menyembah bumi seakan-akan dunia telah mentertawakannya sanggupkah dia menerima kenyataan ini…Nadia menghampiri Laila tidak mengerti apa sebenarnya yang telah berlaku didepan matanya..

Majnun menghampiri Laila lalu menarik tangan budak comel tadi

"Laila napa pergi jauh sangat risau papa" tangan si comel yang berada digengaman Laila beralih arah..sejurus kemudian mereka saling berpandangan..

"Ni anak awakah" lelaki tersebut mengiakan dengan keluhan yang berat.. sesekali dia membetulkan tongkatnya itu...

="">

"Awak holiday kat sinikah ,mana suami awak" haruskan Laila menerangkan perkara sebenarnya…sudah jelaslah Majnun tidak menjengok email yang Laila hantar kepadanya tempoh hari dan sekarang haruskah Laila menjelaskan kebenarannya tapi untuk apa???semuanya telah terlambat..Majnunku bukan kepunyaanku lagi…aku cuma membiarkan persoalan itu tanpa jawapan….

"Ayah" Bila kita nak makan aiskrim" Laila merengek dan segera mengejutkan Laila dari lamunan "Laila dah penat!bila kita nak makan aiskrim?? Tadi ayah dah janji

Majnun membongkok untuk memeluk budak comel itu kemudian mencium pipi montel budak tersebut tersebut. Dia mengeluh seraut wajah Laila kekasih pujaanya benar-benar menyentuh perasaanya sehingga dia terlupakan anak adiknya Laila…Nama Laila ini juga diambil sempena nama kekasih hatinya Laila..memang sengaja dia membubuh nama tersebut agar ingatnya bersama Laila terus mekar diingatan walaupun si pemilik nama itulah yang telah merobek-robek hatinya namun untuk melupakannya tidak sama sekali.

"Ayah aiskirm" laila merengek bagaikan tidak sabar menuntut janji ayahnya .

"Kita tunggu mak sekejap lai, okey sayang..sambil memerhati diperkarangan masjid Putrajaya dia tidak nampak wajah adiknya Zila orang terlalu ramai..

Tiba-tiba majun terkejut terasa bahunya ditepuk..Majnun terkejut dan menoleh kebelakang.

"Buat abang terkejut aje" Katanya seperti marah dengan mata terbeliak

"Eleh tepuk bahu macam itu pun terkejut? Terlalu mesra pasangan ini didepan mata Laila bahagiakah mereka..kemudian Majnun tersedar lalu memperkenalkan Laila pada Zila..namun dia tidak pula memberitahu Zila itu adalah adiknya biarlah...

"Abang"?? Dahi zila berkerut seakan memahami semacam ada sesuatu yang istimewa diantara dua insan ini.."Zila inilah yang abang ceritakan pada Zila dulu" Zila seakan melepasa keluhan yang berat pada bibirnya kerana dia merasakan penderitaan yang abangnya alami selama ini.

Nampaknya masing-masing cuba bersandiwara disebalik kesedihan demi menjaga hati dan perasaan...sungguh adil hukum dunia ini, Majnun dan Laila kedua-duanya masih tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi terhadap mereka berdua pada 7 tahun yg lalu..

Sebelum berlalu pergi budak comel sempat memberikan ciuman di pipiku Majnun cuma sekadar memerhati dengan perasaan yang sayu..terlalu perit dirasakannya ketika ini…salam Majnun disambut dengan debaran dihati…ingin sahaja mendakap lelaki yang dirinduinya itu…ketika saling berpandangan Laila dapat merasakan betapa hangatnya cinta yang membara kepada lelaki tersebut dengan hanya mengukir senyum sejurus kemudian Majnun berlalu begitu sahaja…

.

"Laila kau okke ni? Siapa dia laila"diakah Majnun yang kau cari selama ni? Nadia seakan mengerti akan perasaanku..ada titisan yang mengalir di pipinya..lalu Nadia mendakap Laila seeratnya..





67


Didalam kereta Majnun termenung sendirian berfikir seketika patutkah dia bertindak begitu terhadap Laila bekas kekasihnya...sambil membelai belai rambut Laila yang sudah dia anggap seperti anaknya sendiri sejak bapanya meninggal dunia 2 tahun lalu akibat kanser paru-paru, sejak itu jugalah Laila memanggilnya ayah...Majnun terpaksa menipu kerana dia juga memikirkan situasi Laila yg sudah bersuami sedangkan hakikatnya dia sendiri tidak tahu hal yg sebenar...baginya biarlah dia selesa hidup begini menemankan adiknya Zila bersama anak kesayangannya sehingga keakhir hayatnya.

Zila ingin sahaja menjelaskan perkara sebenarnya pada Laila agar Laila tahu betapa siksanya abangnya ketika ketiadaan Laila gadis yang menjadi pujaannya hatinya itu, namun hasratnya di halang oleh Majnun.


"Sabarlah Laila ini sudah suratan yang telah tertulis untuk kita…redhalah menerimanya". Ini bukan suratan tapi inilah balasan TUHAN terhadap diri kita( bisik hati majnun) ..dahulu memang inilah yang kita mahukan dan TUHAN telah menunaikannya….terlalu lemah ku rasakan ketika ini….pengorbananmu telah mengorbankan diriku sendiri…

Ku mencintaimu lebih dari apapun

Meskipun tiada satu oran gpun yang tahu

Ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku

Meskipun engkau hanya kekasih gelapku

Ku tahu ku takan selalu ada untukumu

Di saat engkau merindukan diriku

Ku tahu ku takkan

Bisa memberikanmu waktu

Yang panjang dalam hidupku

Yakinlah bahawa engkau adalah cintaku

Yang ku cari selama ini dalam hidupku

Dan hanya padamu ku berikan sisa cintaku

Yang panjang dalam hidupku

Ku Mencintaimu lebih dari apapun

Meskipun tiada satupun orang yang tahu

Ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku

Meskipun engkau hanya kekasih gelapku


Tanpa disedari air mata majnun menitis ke pipi....moga Lailaku sentiasa bahagia di sana. Walaupun aku tidak berjaya memilikmu sekurangnya hatimu masih kepunyaanku.






68

Sejak balik dari Kuala Lumpur Laila muram dan tidak banyak bercakap. Hatinya sedih dan sebak tidak menentu..sampai hati Majnun memperlakukannya sebgini rupa..tapi semua ini adalah kehendaknya juga tak perlulah menyesali walau keluar air mata darah sekalipun kenyataan tetap kenyataan airmatanya gugur…kenapalah percintaan mereka tidak sehebat cinta dongeng Laila Majnun yang sanggup hidup semati dengan kekasihnya..kenapalah cinta mereka tak seagung cinta shah jahan yang membina Taj Mahal lambang cintanya terhadap Mumtaz insan yang dikasihinya..

Setahun berlalu Laila sudah bersedia menempuhi alam pekerjaan dia telah diterima bekerja sebagai Pengurus disyarikat pertonas yang bertempat di Miri sarawak ..Biarlah keadaan begini sahaja. Dia bahagia dengan kehidupannya sekarang. Untuk bercinta lagi dia masih belum bersedia. ….Aku doakan kebahagiaanmu Majnun..biarlah cinta ku ini terus mekar dihatimu…walaupun kita tidak boleh bersama sekurang-kurangnya kenangan bersamamu akan tetap segar diingatanku…


Jangan dekat atau jangan datang kepadaku lagi

Aku semakin terseksa kerna tak memilikimu

Ku cuba jalani hari dgn penganti dirimu

tapi hatiku selalu berpihak lagi padamu

mengapa semua ini terjadi kepadaku

Tuhan maafkan diri ini

yang tak pernah bisa

menjauh dari angan-angan tentang nya

namun apalah daya ini

bila ternyata sesungguhnya

aku terlalu cinta dia

Tapi hatiku berpihak lagi padamu

mengapa semua ini terjadi kepadaku

Tuhan maafkan diri ini

yang tak pernah bisa menjauh

dari angan tentangnya

namun apalah daya ini

bila ternyata sesuggungya

aku terlalu cinta dia

Mengapa semua ini terjadi kepadaku

Tuhan maafkan diri ini

yang tak pernah bisa menjauh

dari angan tentangnya

namun apalah daya ini

bila ternayata sesunggunya

aku terlalu cinta dia

Aku terlalu cinta dia


Lagu dendangan rossa terlalu cinta menambahkan lagi sebak didadanya seolah-olah lagu itu memahami penderitaan yang dialaminya sekarang ini...aku pasrah!! Berilah kekuatan kepadaku ya TUHANKU...

Hati yang tercalar sukar diubati

Hati yang terusik sukar ditawari

Hati yang terbakar sukar dipadami

Hanti yang hancur sukar dicantumkan

Tiadakah kasih sehebat

Shah Jahan terhadap mumtaz

Membina Taj Mahal lambang keagungan cintanya

Tiadakah cinta sehebat

Laila dan Majnun

Sanggup hidup dan mati bersama.

Kisah dongeng itu berakhir keriangan

Kisah kita berakhir kehampaan

Aku yang telah mencorak segalanya

Aku juga yang telah merobiknya

Jika cintamu tidak diitadkirkan untukku

Aku pasrah dengan suratan tadkir

Namun akan akan cuba

Memartabatkan cintamu dalam hatiku..

Sebagaimana Laila memertabatkan cinta Majnunnya..

Akulah Laila..gadis bertuah yang berjaya menawan cinta Majnun tetapi tidak berjaya hidup bersamanya… sejurus kemudian air mata Laila mengalir deras dipipinya..gambarnya bersama Laila anak Majnun ditatapnya…




STAR-Jul 19, 2007 10:08 AM LAST - Aug 2, 2007 10:32 AM

CIPTAAN ILUSI TASHABELLA & ZARUL





TAMAT DAH…

1 »comment«:

Anonymous said...

suke bace novel ni~

 

Design By:
SkinCorner