Thursday, April 24, 2008

DR.HM TUAH ISKANDAR al-Haj



  • Kita tahu matahari tak selamanya mencerah merah, ada kalanya ia hilang dari mata..kemana matahari?? kita menangis mengenang matahari yg hilang lalu ribut dan petir melanda rupa-rupanya ALLAH hendak hadiahkan kita pelangi nan indah..


  • Usah puas hati dengan satu usaha sebab jika usaha itu berakhir anda akan lihat satu keruntuhan yang tak terduga..Usah berdiri di atas 1 batu sedangkan kita memiliki 2 kaki..Usah berpijak pada 1 batu sbb jika batu itu licin kita akan terus tergelincir dan jatuh berpijaklah dengan 2 kaki di atas banyak batu, 1 batu pecah kita masih banyak lagi batu untuk tegak berdiri.

  • Kalau kamu nak jahat...jahat betul-betul..biar macam Firaun, berbaloi masuk neraka. Kalau setakat tipu orang seratus dua lebih baik jadi betul-betul baik sebab balasannya Syurga.


  • Bukan semua yang kita sangka buruk itu benar-benar buruk untuk kita..ada kalanya sesuatu yang kita anggap buruk rupa-rupanya amat baik dan berguna sekali untuk kita. Begitu juga semua yang kita sangka baik tidak semestinya benar-benar baik untuk kita kekadang di situlah punca kegagalan kita.


  • Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita..bukankah Tuhan yg telah menentukannya.Janganlah menangis bila menonton filem hindustan itukan cuma lakonan..Janganlah menangis kalau cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan. Janganlah menangis jika gagal dalam ujian mungkin kita kurang membuat persediaan..Janganlah menangis kalau wang kita hilang di jalanan mungkin sebab kita kurang bersedekah...


  • Mati bukan kerana sumpahan..hidup tidaklah kerana didoakan. Malang memang tak pernah diundang tapi ia datang tanpa dapat dihalang. Kita hanyalah makhluk ciptaan TUHAN yang begelar insan. Tiada hak dan daya penentu suratan. Semangat yang hilang bukanlah alasan putusnya harapan kehidupan. Berbekalkan iman..tabahkanlah hati menempuhi dugaan menuju sinar kebahagiaan. Biarlah segala kebaikan dan kelebihan kita di dunia ini tidak pernah dipandang tapi usahlah serlahkan keburukan..kekurangan dan kelemahan kita didepan sesiapa walaupun seorang.

  • Semua orang berfikir untuk mengubah dunia tetapi tidak seorang pun yang berfikir untuk mengubah diri sendiri..

  • EVERYONE think of CHANGING the WORLD but NO ONE think of CHANGING HIMSELF.


  • Bersikap rendah diri seolah-olah seseorang itu akan mencapai kebijaksanaan..Bersikap lebih rendah diri lahir apabila kebijaksanaan itu telah dicapainya..

  • Keinginan untuk menang tidak begitu penting jika dibandingkan dengan keinginan bersedia untuk menang.


  • Setelah mendaki gunung yang tinggi kita dapati sebenarnya masih banyak lagi gunung untuk didaki.


  • SUKA ATAU TIDAK asalkan sesuatu perkara itu penting kita mesti lakukan untuk memastikan kejayaan, kita mesti paksa diri sendiri melakukan sesuatu kerja... Jika kita manjakan diri dan memilih kerja-kerja tertentu sahaja..maka sampai bila pun kita tidak akan berjaya..


  • Seseorang manusia yang bijak akan memikirkan sesuatu perkara yang mudah itu sebagai suatu perkara yang sukar..


  • TINDAKAN yang kita ambil tidak selalunya membawa KEBAHAGIAAN tetapi kita tidak akan bahagia tanpa sebarang TINDAKAN!!!!



0 »comment«:

 

Design By:
SkinCorner