Hampir keseluruhan daripada anda semua menginginkan agar disukai atau disayangi oleh orang lain. Bila menyukai anda, tentu saja reaksi atau tindak balas mereka akan menyenangkan dan menyelesakan hidup anda. Kemana saja anda pergi, dengan siapa saja kita bertemu, maka dengan mudah anda disambut dan diterima.
Adakah keadaan yang digambarkan itu berlaku ke atas diri anda?
- Kebanyakan orang yang pernah bertemu dengan anda, ingat akan rupa wajah anda dan menyapa anda.
- Orang yang belum anda kenal mudah bercakap dengan anda dan yang demikian memudahkan anda bercakap dengan mereka.
- Semasa memulakan pekerjaan baru atau pergi seorang diri ke majlis social atau bercuti di kampong kawan, mudah bagi anda merasakan seperti di rumah atau di kampung sendiri.
- Kaum yang berlainan jantina dengan anda senang hati bila berjumpa dengan anda dan mudah bergaul dengan anda.
- Di kawasan tempat tinggal atau ditempat bekerja ada jiran atau teman-teman memberitahu anda apa yang sedang dirancangkan atau apa yang sedang berlaku dan dengan demikian anda tidak akan tertinggal.
- Anda dijemput untuk mengambil bahagian dalam kegiatan dan aktiviti persatuan yang anda ikuti.
- Anda selalu dipilih menjadi ahli jawatankuasa dan mengambil bahagian dalam pembentukan satu-satu persatuan semasa berada dikolej atau di university.
- Kenalan anda menceritakan keadaan keluarga mereka.
- Jiran-jiran atau teman-teman anda menghubungi anda jika mereka berpergian.
- Anda selalu diajak makan atau minum oleh teman-teman atau diundang makan di akhir minggu.
- Semasa bertandang atau bertemu ke rumah teman-teman atau kenalan, mereka melayani anda seperti keluarga mereka sendiri tanpa layanan istimewa.
- Mereka benar-benar berasa gembira bila anda menjemput mereka ke rumah anda.
- Kenalan anda selalu singgah ke rumah anda dan berbual-bual.
- Mereka selalu menelefon atau menemui anda meminta pandangan atau nasihat.
- Mereka mengaku kepada anda jika mereka melakukan sesuatu kesalahan atau melepaskan gelora perasaan tentang sesuatu yang terjadi pada diri mereka.
- Didalam kesulitan atau dalam menghadapi masalah mereka benar-benar bergantung kepada pertolongan yang anda beri atau memerlukan sokongan moral anda.
- Mereka bertanya ke mana anda menghilang jika mereka lama tidak berjumpa dengan anda.
- Mereka tetap tidak merenggangkan diri atau memusuhi anda jika anda membantah pendapat atau pandangan mereka atau menolak melakukan sesuatu yang mereka harapkan.
- Mereka melawat anda ketika anda jatuh sakit.
- Jika anda mengalami kesulitan dengan tidak anda duga ramai yang dating menolong dan menanyakan hal anda dengan simpati.
Jika ciri-ciri diatas berlaku pada diri anda..maknanya anda adalah orang yang disukai ramai.



































































1 »comment«:
saya disukai ramai...
insyaAllah...
saya disukai terutamanya oleh kekasih saya...
saya juga disukai oleh teman2 karib saya...
itulah jawapan jujur saya...
hehehe...
take care honey...
keep posting...miz u...
Post a Comment