skip to main |
skip to sidebar
Hidup ini terlalu sukar diramal dan aku selalu terfikir dimanakah aku dimasa akan datang..adakah perjalananku berakhir kegembiraan atau seringkali terjatuh dan bangun semula tanpa kenal erti putus asa. Alangkah bagusnya kalau aku mengetahui apa kesudahan perjalananku nanti. Tapi semuanya itu adalah mustahil bagi diriku, kalau orang boleh menilik nasibnya sendiri nescaya alam ini akan porak peranda..Sedarilah hidup kita takkan seperti rekaan dalam sebuah novel yang ada pemula dan penamat cerita dan kesudahannya jarang kita dengar kedukaan bertandang sebab yang mencorakkan watak itu adalah diri kita sendiri, mana mungkin kita menghasilkan sesuatu tulisan yang akan menghampakan diri kita dan orang lain. Seboleh-bolehnya kita mengolahkan satu cerita tersebut dengan sebaik yang mungkin tanpa ada cacat celanya. Dan kita takkan mungkin menjadi watak utama yang begitu hebat dan sempurna, ianya hanyalah sekadar ilusi semata-mata.. Selagi kita bernafas dibumi ciptaan TUHAN ini selagi itulah hidup ini akan sentiasa diuji terus diuji. Janganlah berangan hidup dialam fantasi yang akhirnya akan memusnahkan diri kita sendiri. Dulu mungkin aku terlalu berangan hidupku sehebat watak utama dalam sesebuah novel yang aku baca sehinggkan aku terbawa-bawa ke alam realiti. Sesuatu cerita itu kadangkala mengembirakan diriku..kadangkala pula menyebakkan diriku dan tanpa aku sedari aku juga menghasilkan sebuah cerita sehinggakan aku sendiri tidak menyangka aku boleh menghasilkan sesuatu diluar kesedaraanku mungkin itu adalah anugerah yang kita tak mengetahui..tapi sekarang mata penaku seringkali terhenti kerana aku tak tahu harus melakarkan tentang apa????aku sedar, aku bukanlah sehebat Sasterawan yang bisa mengungkap bait-bait puisi yang begitu indah,, aku juga bukan Karyawan yang biasa menciptakan sesuatu cerita yang boleh menyentuh perasaan kita… Aku juga bukan Seniman yang bisa melakar dalam sesuatu kertas lantas menjadikannya sesuatu yang bernilai dan begitu berharga. Aku juga bukan Penulis Lirik yang bisa melakarkan sesuatu nada yang indah untuk diperdengarkan. Aku cuma manusia biasa yang ingin hidup gembira dialam yang penuh pancaroba ini. Selagi diberi kesempatan aku akan cuba teruskan hidup untuk orang yang menyayangi diriku... selagi aku termampu aku akan cuba..Aku tidak merasakan diriku ini terlalu malang..dah aku juga tidak merasakan diriku terlalu bertuah kerana memiliki segalanya yang kadangkala orang lain tak mampu miliki....Terima kasih pada kamu yang terlalu menyayangiku itulah anugerah TUHAN yang begitu tinggi nilainya...dan aku takkan mahu kehilangan kamu sehinggalah nafasku terhenti...
0 »comment«:
Post a Comment