Sunday, June 15, 2008

BIASAN CERMIN

SELAIN cermin mati di rumah kita itu, kita perlukan cermin hidup untuk melihat wajah kita, untuk melihat siapa kita, untuk menilai siapa kita. Cermin hidup adalah insan yang kita yakini, yang boleh memberikan jawapaan atau gambaran siapa kita, apa kita,bagaimana kita dikhalayak sebenarnya.

Cermin mati hanya mampu memberikan gambaran wajah kita yang sebenar. Kalau kita ada tahi lalat, cermin mati akan menunjukkan kita ada tahi lalat itu. Tapi kalau kita ada sifit buruk di sebalik wajah yang cantik ataupun yang handsome itu, bolehkan cermin mati bertahu kita? Jawapannya tidak.Sebab itu kita perlukan cermin hidup, iaitu seseorang yang boleh membicarakan tentang kita, perangai kita, sifat buruk kita, tindakan-tindakan bodoh atau sifat terburu-buru kita, sifat panas baran kita, kaki mencerca kita, kaki mengumpat kita dan macam-macam lagi sifat mazmumah.


Kita perlukan seseorang yang selesa membicarakan hal kita kepada diri kita sendiri, tanpa ragu-ragu, tanpa takut-takut, tanpa was-was bahawa kita akan menolak dia. Maknanya cermin hidup ini seorang yang amat jujur, baik,berhemah,tapi tidak begitu rapat dengan kita, namun kita yakin dia boleh memberikan pendapatanya kepada kita tentang diri kita.
Persoalannya????mampukah anda mandapatkan orang begini?


Inilah watak cermin hati kita, cermin yang boleh bercakap dan tidak sekadar menunjukkan bagaimana wajah kita, bagaimana hidung kita, bagaimana biji mata kita, tapi memberitahu kita jauh lebih daripada itu. Cermin hidup kita ini akan memberitahu kita bagaimana hati kita. Kalau sebelum ini saya kata hati besar kita selalu bercakap besar tentang diri kita, dan hati kecil selalunya kalah, cermin hidup boleh membantu membelai hati kecil sebab hati kecil selalunya lebih jujur.

Nak cari di mana orang macam ni, orang yang boleh membantu kita mengenali diri kita sendiri? Insya-ALLAH suatu hari kita akan menemuinya juga.

"Carilah seribu sahabat, kerana seribu sahaja itu belumlah banyak, jauhlah seorang musuh, kerana seorang musuh itu sudah terlalu banyak."

4 »comment«:

Anonymous said...

masalahnye berani ke nak berdepan ngan cermin hidup tu? ramai yang boleh jadi cermin hidup tapi pasal tak ramai yang sanggup melihat cermin hidup so cermin hidup pun tak kelihatan la..


B4sK3t.Hij0! tak suke tgk cermin

Anonymous said...

wah B4sK3t..jawapannya simple jee
hidup mesti berani tema kenyataan..
kerana kenyataan itulah yg boleh menjelaskan siapa diri kita sebenarnya..jgn takut ngn bayangan sendiri sekurang-kurangnya kita boleh mengubah kelemahan diri kita ke arah yg postif..takkan kita nak bercermin ngn owang yg sentiasa memuji kita jeee sedangkan kelemahan kita dia buka..:)

Ummu Adasha said...

betol tu ayg...dgn lihat cermin diri jugak leh tgk kekurangan kita...mana taw kot2 ada air liur basi tak lap lagi pagi2 waktu bangun tido...hehehehhee...sory2 ngarut lak pepagi ni..hahhaha...

cermin hidup....hmmm....
tgh tengok dan masih lagi menilai cermin itu...

Anonymous said...

aduihssss..air liur basilah pula..tu cermin mati leee tengokkan..cerim hidup kekadang malu nak bgtau hahahaha..

 

Design By:
SkinCorner