SETIAP anda yang mempunyai kekasih kadang-kadang tertanya-tanya sejauh mana kesetiaan anda dan sejauh mana selama ini anda telah Berjaya menanam kemesraan dihati kekasih anda. Keraguan kadang-kadang boleh mengganggu ikatan yang kian akrab.
Dalam masalah ini anda harus meneliti diri anda dari aspek-aspek yang tetentu. Kerana setiap pasangan yang bertemu kemudian memadu cinta adalah dari didikan dan keturunan yang berlainan. Oleh itu untuk menentukan sejauh mana kemesraan yang telah dibina dan penerimaan atas apa yang kita harapkan, kita harus mempunyai sikap yang tertentu.
- Adakah kamu senang dan suka berterus terang tentang sikap si dia, jika anda belum melakukannya, anda cubalah berterus terang dan nyatakan sikap si dia yang boleh mengganggu hubungan baik anda.
- Bila si dia menceritakan kisah sedihnya, anda seharusnya mendengar dengan simpati dan libatkan perasaan anda dengan ceritanya, anda ambil tahu apa yang diceriatakannya, jangan anda mengalihkan tajuk lain bila si dia bercerita. Rasa ambil berat adalah salah satu tanda anda memang memerlukannya.
- Bila anda pertama kali buat date dengannya, di hanya berceloteh sahaja. Jangan anda menunjukkan rasa bosan, jadilah pendengar yang baik. Kerana manjadi pendengar yang baik akan lebih meyakinkan di si dia untuk terus menghubungi anda.
- Bila anda menemui si dia, anda tidak seharusnya menjadi pendengar sahaja, tetapi harus juga ada modal yang boleh menarik minat pasangan anda untuk bercerita. Tindakbalas dari apa yang diceritakannya mendekat lagi diri anda padanya.
- Dalam perkenalan pertama anda seharusnya tidak membenarkan pasangan anda menyentuh anda, jika anda membiarkan apa yang dilakukan terhadap anda akan menimbulkan rasa tidak hormat si dia terhadap anda.
- Pertemuan-pertemuan yang dilakukan hendaklah atas persetujuan bersama tidak menjejaskan mana-mana pihak. Bila anda mendengar berita yang kurang baik dari si dia anda seharusnya berlapang dada, sikap acuh tak acuh atau terlalu terperanjat akan memingungkan si dia.
- Jika cita rasa dan minat anda dan si dia berbeza anada seharusnya memahami pasangan anda, jangan anda mengutuknya kerana dia tidak mempunyai minat yang sama dengan anda.
- Anda seharusnya jangan menyembunyikan rahsia terhadap si dia, jika anda merasakan rahsia itu hak peribadi anda, anda belum lagi sejiwa dengan pasangan anda.
Memang benar kata orang..memilih kekasih itu biarlah mereka yang benar-benar memahami diri kita dan masalah kita, kerana dengan cara ini kita akan merasa diperlukan …disayangi dan dilindungi selalu. Moga kebahagiaan akan perpihak kepada kita jua akhirnya.



































































1 »comment«:
SEJAUH MANA KEMESRAAN YANG ANDA BINA?
setahu saya...kemesraan yg saya bini dgn pasangan saya ialah terlalu kuat...sehingga kini kemesraan itu terjaga dgn baik...setiap yg anda tulis di post ini berkaitan dgn saya...
moga kita boleh teruskan menjaga kemesraan ini...take care my dear...
Post a Comment