Sedar tak sedar rupa-rupanya dah hampir 3 minggu blog ini telah beroperasi...terima kasih pada teman-teman yang sudi menyinggah ke teratak pinkku ini dan terima kasih juga diatas komen yang membina dan mengalu-alukan kehadiran blog ini. Kebanyakkan post yang ada disini adalah koleksi peribadiku yang diambil dari buku-buku pakar motivasi dunia dan risalah-risalah yang lain untuk dikongsi bersama hanya sekadar renungan dan motivasi untuk diri sendiri.
Kekawan sering bertanya.kenapa takda sejarah hidup aku kat blog ni...sebenarnya kehidupanku very simple, taklah sehebat Puteri Lindungan Bulan yang menjadi idolaku selama ini..Tapi takpalah demi kekawan.. aku akan cuba mencatat kenangan terindahku untuk dikongsi bersama korang.

Masa aku sampai kat umah tuan kucing tu, aku tengok kawan aku dah sampai dulu sambil membelai-belai kucing yang berwana hitam keperangan. Dia tersengih bila nampak aku..sambil kata “nilah kucing yang kau nak amik tu” wahh!! Sungguh comey..bulu dia kembang dan kaler keperangan. Aku amik kucing tu sambil belai dia, dia nengok muka aku..eleh!! nak minta simpatilah tu.. tanpa berfikir panjang akhirnya Jakcy menjadi milikku. Kehidupan seharian aku mula merubah..takda dah istilah sepi dalam kamus hidup aku ..hari-hari yang mendatang penuh ngn warna-warni ngn telatah si Jacky. Aku sonok melihat pembesaran Jacky didepan mataku dari umur 5 bulan sampailah dia membesar. Jacky ni ego sikit..kalau ada kucing betina nak dekat ngn dia..dia tak pandang pun selalunya dia rimas dan cakar kucing betina tu, maybe dia dah ada tuan yg secomot aku ni…yang lawaknya kawan aku lak sanggup tinggalkan kucing siam betina dia kat umah aku sebab dia nak sangat baka si Jacky..tapi tulah Jacky aku ni jenis jual mahal, kucing camna dia nak, aku pun tak tau..Banyak kali gak kucing betina tu dok ngorat-ngorat Jakcy ni tapi my Jacky wat bodoh jee..akhirnya dengan perasaan hampa kawan aku pun amik balik kucing dia tanpa mendapatkan zuriat si Jacky sambil berkata kucing dia tak cukup lawa nak ngorat si Jacky tu..sungguh mengelikan hatiku
Bila ada masa free selalunya aku bawa Jakcy jejalan kat tepi pantai . My Jacky ni memang mudah menarik perhatian umum tapi masalahnya bila orang nak dekat ngn dia, dia tus berlari sambil gesel-gesel kat kaki aku ni. Sedegil-degil dia pun ada gak perasaaan takut. Sunggu pun camtu dia ni cukup manja ngn aku.
Aku banyak tangkap gambar Jacky sebab aku rasa dia sungguh comey dan setiap kali tangkap pic dia aku rasa sonok sangat..setiap gambar yang aku amik, aku akan bagi tengok kekawan, diorang semua puji Si Jakcy..tapi ada kawan aku ni selalu kata jangan suka tangkap gambar kucing nanti hayat dia tak panjang..aku tak amik endah ngn kata-kata dia. Malang tak berbau.. aku cuma sempat bersama jacky selama 8 bulan sahaja. Masa tu Jacky asik sakit je, banyak kali gak aku bawa dia berjumpa Doktor pakar haiwan. Masa tu dia dah tak seaktif dulu akhirnya dia telah pergi meninggalkan aku disebabkan penyakit usus. Masa kehilangan dia, memang aku rasa tertekan sangat.. banyak gak airmata aku kuar tuk dia..abang lak asik pujuk aku nak dapatkan kucing lain tuk aku..tapi aku takde semangat dah nak bela kucing...kekawan lak asik bagi perangsang kat aku agar tak terus sedih…aku rasa memang teruk saat tu, perasaan aku sama seperti aku kehilangan insan yang aku sayang . Sampai sekarang still ingat Jacky..dia adalah sebahagian dari hidupku..rindu ngan telatahnya. Sedar tak sedari sudah masuk 7 bulan aku hidup tanpa Jacky.. Itulah memori terindah untuk dikenang. Sampai sekarang aku tak pelihara kucing dah, sebabnya aku tak nak benda yang sama berulang kembali..
"Sesuatu yang terindah memang sekejap sahaja untuk dikecapi...kerana ALLAH memberi peluang pada kita untuk menikmati saat duka bila rasa kehilangan...Dari sana barulah kita akan sedar..sesuatu yang terindah bukan milik kita selamanya..."



































































3 »comment«:
wah...menariknya citer ayg ni..tapi sedih gak coz ayg da kehilangan jacky...mesti sampai sekarang still terasa kan??sabo je ok...yg hidup pasti akan pergi...smuanya ketentuan Ilahi...salam takziah dari abg...
huhuhuhu
very2 sad lorh...
ape2pun kte perlu sabar k...
stiap makhluk yg ade d bumi ini pasti akan pergi jua...
jacky xde tp pge ade :p
sedihnye,,,,
npe ko ske wat aku sedih ni tasha??
wlupon aku x ske minatang tp aku ade rase sedih jugak..
dlu aku ade arnab name JOJO
manje gile,cerdik..
skg da xde sbb kne mkn dek ular sawa...huhu
ari2 aku nangis,,
pe2 pon, tabah laa ye.. =)
zura_xoxo
Post a Comment