Monday, May 12, 2008

ALAM MAYA SATU REALITI

Aku melangkah ke suatu lorong
Ada dua lorong dihadapanku
Terlalu lama aku membuat pilihan
Diantara dua lorong yang gelap gelita tanpa cahaya

Aku berpaling ke lorong maya
Aku cuba melangkah memasukinya
Perjalanku terlalu lancar disana
Onak duri ku redah dengan begitu mudah
Terlalu ramai orang menolongku
Mencari arah agar aku tidak terpesong

Aku bahagia di alam tersebut
Tiba-tiba langkahku tersekat
Ada sesuatu yang cuba menghalangi perjalanku
Tapi aku bersyukur
Langkahku teratur lagi
Kerana ramai memberi petunjuk padaku
Agar aku tidak terjatuh dihempap badai tersebut

Di alam maya diriku terlalu berseri
Bak Bulan yang bersinar di malam hari
Namun tiba masanya alam ini akan ku tinggalkan
Sebab dunia realitiku terlalu memerlukan diriku..

Aku bahagia di alam mayaku
Tapi aku juga bahagia di alam realitimu
Kerana ianya adalah dunia yang sebenarnya..
Terima kasih pada alam mayaku
Kerana mengajar aku lebih mengenali
Insan yang betul-betul layak dipanggil insan

Semoga alam mayaku akan berakhir
Dengan kegembiraan..keceriaan
Dan penuh dengan kenangan terindah.





***Sahabat alam mayaku semoga kita berjumpa di alam realiti…kerana kamu sesungguhnya begitu sempurna untuk menjadi sahabatku***

0 »comment«:

 

Design By:
SkinCorner