Bersempena ketibaan Hari Guru ni, ingin sekali aku berkongsi kisahku ketika berada di alam sekolah menengah. Al-kisahnya camni, dulu ramai betul Cikgu dari Semenanjung ditugaskan mengajar di Sabah. Masa tu aku ngn kekawan memang pantang kalau dengar Cikgu dari sana, mengajar di sekolah kami. Perasaan benci dah sedia tertanam di jiwa kami. Pertama kali hari suai kenai bersama Cikgu tersebut, kami wat "wakenabeb" kat dia..kawan aku yang bernama Jeffry adalah merupakan murid yang paling aktif dalam bab-bab nak mengenakan orang ..mencurah-curah gak idea yang bermain difikiran kami..mengalahkan idea nak mencipta sebuah sajak kekekeke..adalah nak letak tikus mati kat laci meja Cikgu tu..ada nak letak lipas..tapi memandangkan Cikgu tersebut adalah seorang Guru lelaki, idea meletakan gam di kerusi Guru adalah pilihan yang tepat sekali. Sebelum Cikgu tu masuk..kami berkerjasama meletakan gam biasa di tempat duduk yang telah dikhaskan, bukan main bzz lagi time tu...banyak gak gam kami letak sehinggakan takda ruang tempat yang kering. Bila masa yang dinanti sudah tiba, Cikgu tu pun datang sambil memberi salam. Orangnya segak..pakai cermin mata..kulitnya hitam manis...boleh tahan kehenseman Cikgu ni. Dia memperkenalkan dirinya bernama Cikgu Jalaluddin berasal dari Kedah...banyak gak dia bercerita tentang dirinya..selepas tu dia pun meminta kami memperkenalkan diri masing-masing. Setelah sesi suai kenai tamat, detik mencemaskan telah menghantui kami semua, kami saling berpandangan diantara satu dengan yang lain...apa taknya takut perancangan yang kami buat tak menjadi..apabila Cikgu tu melangkah menuju ke meja Guru yang dikhaskan...Kami merasa lega kerana umpan yang kami sediakan bakal mengenakan sasarannya...tersenyum lebar kami dibuatnya. Bila Cikgu tu duduk, dia terasa ada sesuatu benda yang melekek dan melekat di belakang seluarnya...dia berdiri sambil menoleh kebelakang seluarnya tiba-tiba mukanya menjadi merah menahan malu namun dia hanya tersenyum pada kami. Aku ngn kekawan saling berpandangan menahan gelak. Lantas Guru tu meminta diri untuk beredar sekejap. Bila Cikgu tersebut hilang dari pandangan, kami semua gelak bagai nak rak..kawanku lak siap tergolek kat lantai sambil menepuk-nepuk lantai sekolah sebab pecah perut menahan gelak.
Setelah sebulan berlalu kami belajar dalam suasana yang hambar..memandangkan Cikgu tersebut mengajar dalam matapelajaran matematik terlalu banyak formula yang harus kami pelajari. Yang baikknya mengenai dia..dia tak jemu-jemu mengulang setiap formula tersebut sehinggalah kami betul-betul memahaminya dah boleh mengikuti bab yang berikutnya....tapi aku ngn geng tak pernah nak edah pun ngn semua tu. Malahan kekadang kami suka sangat ponteng time Cikgu ni ngajar..Bila dah berlarutan camtu..maybe dia perasan dan memanggil kami berlima berjumpa dengannya. Memandangkan dia juga adalah Cikgu kaunseling di Sekolah kami. Banyak gak ceramah free yang dia bagi kat kami...sampai naik panas tenga kami dibuatnya..mengalahkan ustaz pun aderr....yang tak baikknya dia ugut akan melaporkan perkara ni pada Pengetua kalau perkara ni berlarutan..sure nanti akan sampai dipengetahuan ayah kami..takkan naya jadinya.... Kami berlima kecut perut bila nama Pengetua di bawa-bawa dalam salingan tersebut.. rupanya dalam diam-diam dia bertanya pada Guru-Guru lain mengenai diri kami dan semua respon yang diberikan..kami adalah diantara pelajar terpandai dikelas tersebut dan tidak pernah mendatangkan masalah...dia begitu sayang membiarkan murid seperti kami terbawa-bawa dengan perasaan benci..sehinggakan boleh menjejaskan pelajaran kami.
Mulai saat tu, kami dah tak berani ponteng. Dia perhatin sangat ngn aku yang tak berapa terror dalam mata pelajaran matematik ni. Setiap kali bab baru bermula dia pasti akan bertanya padaku..memastikan aku boleh mengikuti atau tak. Kekawanku yang lain.. ada gaklah jeles terhadap perhatian lebih yang dia berikan pada aku ni..chewahhh!! terlebih sudah..kekekekee... Lama-kelamaan perasaan benciku sudah mulai longgar malahan aku merasakan dia takklah seteruk yang aku sangkakan. Prestasiku dalam matapelajaran matematik semakin hari semakin baik..aku yang sedari dulu membenci subjek tersebut telah mula menyukai malahan itulah subjek yang aku gemari dan nanti-nantikan setiap hari. Lama-kelamaan hubungan kami bertambah baik diantara Murid ngn Guru..setiap kali ada masalah mengenai pelajaran aku akan berjumpa sendiri dengannya..dan banyak juga nasihat berguna yang dia beri kepadaku...aku masih ingat lagi akan kata-katanya “Ilmu adalah kekayaan kita yang tidak nampak tapi boleh menjadikan kita orang yang disegani dan dihormati “
Setelah hampir 3 tahun dia berkhidmat di Sekolah kami. Dia telah mengambil keputusan memohon perpindahan ke Negeri asalnya.. Aku masih ingat pertama kali dia ingin memberitahu perpindahannya telahpun diluluskan. Masa tu terasa degupan jantungku terhenti..airmata menitis membasahi pipiku...malahan bukan aku sahaja..kawan-kawanku yang lain juga berperasaan yang sama.. perasaan sebak menyelubungi suasana..Kami menjadi serba salah adakah disebabkan kelakuan kami dia mengambil tindakan yang sedemikian rupa...Kami memujuk dirinya..kami berjanji akan mengubah sikap kami. Namun dia mengatakan yang kami tak pernah pun membuatkan dirinya sedih malahan dia begitu bertuah mengenali insan-insan seperti kami yang begitu bijak dan mudah sedar dari kesilapan.Di mengambil keputusan tersebut kerana ingin menjaga Ibunya yang keseorangan di Kedah...terpancar kesedihan dari riak wajahnya. Sebelum keberangkatannya ke Negeri asalnya aku dengan rakan yang lain sempat memberikan satu kad yang penuh dengan kata-kata hikmat dari kami semua. Aku pula sempat berterima kasih kat dia, kerana menyedarkan aku bahawa realitinya tak semua orang Semenanjung tak baik seperti yang aku sangka sebelum ini. Dia juga berpesan padaku supaya jangan suka ponteng kelas lagi sebab dia takda lagi nak bagi nasihat...time tu aku rasa cam nak nangis jeee...
16 Mei tarikh keramat untuk mengingati jasa-jasa Guru diseluruh Malaysia dan di sempena hari Guru ini, aku ingin mengucapkan kepadanya Terima kasih di atas pengorbananmu mendidik kami tanpa ada perasaan benci dan dendam dihati. Terima kasih juga sebab telah menjadikan diriku insan yang berilmu dan disegani. Jika ada kesempatan ingin sekali aku mencium tanganmu tanda terima kasihku yang tak terhingga. Semoga hidup Cikgu sentiasa diberkati TUHAN. Dan selagi kudratku ada aku akan cuba meneruskan perjuanganmu yang belum selesai..semoga aku juga menjadi insan sepertimu yang bisa mendidik generasi bakal pemimpin masa depan menjadi insan yang berguna dan dihormati diseluruh dunia.
Jika hari ini seorang PERDANA MENTERI berkuasa..Jika hai ini RAJA menaiki Takhta..Jika hari ini seorang PrRESIDEN sebuah Negara. Jika hari ini seorang ULAMA yang mulia. Jika hari ini seorang PEGUAM menang bicara. Jika hari ini seorang PENULIS terkemuka..sejarahnya dimulakan oleh seorang GURU BIASA.
Bintang itu bercahaya indah kerana gelap yang menyelubunginya.
16 MEI SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA GURU SELURUH MALAYSIA PENGORBANANMU TIADA TERNILAI HARGANYA..
16 MEI SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA GURU SELURUH MALAYSIA PENGORBANANMU TIADA TERNILAI HARGANYA..



































































1 »comment«:
wah...
nakal gak ye ayg waktu sekolah menengah ek...
hehehe...
bagus betol cikgu tu kan...
tanpanya mungkin kita takkan berjaya kan??
selamat hari guru...
Post a Comment