
Andainya akulah
Si Puteri Lindungan Bulan itu
Nescaya takkan ada kegelapan
Kesedihan atau kesuraman
Menyelubungi dirimu
Andai aku bisa
Akan ku laungkan pada dunia
Bahawa kau adalah insan terbaik di alam ini
Andai aku bisa
Akan aku umumkan pada maha "PENCIPTA"
Bahawa kaulah insan semulia insan
Rasa bersalah membelenggu diriku
Maafkan aku untuk sekian kalinya
Kerana cinta tidak ditakdirkan untukku
Hanya ada rasa sayang
Untuk mengubati kelukaanmu
Ketulusanku yang suci usah dicemari
Menyayangi diriku biarlah berpada
Kelak kau akan merana
Andaiku menjauh
Usah dicari usah di puja
Usah difahami tentang kewujudanku
Aku singgah dikala kau berduka
Akan berlalu pergi dikala kau gembira
Cukup jadikkanku sekadar memori
Takkan mungkin wujud untuk kali kedua
Kecuali dengan ketentuan Illahi
Terima kasih seikhlas hati
Menyayangi insan sepertiku
Tapi sayang ku tak berdaya
Singgah dihatimu untuk selamanya
Namun aku rasa bertuah
Kerana menjadi Ratu dalam hatimu
Doaku kau berjaya mengharungi hidup ini..
Moga kau tabah menghadapi ujian mendatang
Aku tahu kau adalah sekuat insan..
Tiada kata yang indah ingin kucoretkan
Tiada semanis ayat ingin ku susun
Ku tahu kau akan katakan padaku
"tolong jangan lafazkannya"
Namu aku ingin melafazkan untuk terkahir kali
"Aku teramat menyayangimu"
Sekadar lakaran puisi luahan hatiku..
**SEJUTA KATA MAAF TERASA"
Rasaku telah mati untuk menyedarinya
Khianati rasa demi keinginan semua




































































12 »comment«:
huhu.. nak komen mcm mana ek? aku ni bkn pakar sangat tang puisi2 ni. hehehe..
tp dr pembacaan aku (chewah..), layan juga la puisi ni. hehehe.. tahniah2 & well done..
nice to read...ape2 pon mmg best r puisi ni.. ; )
erm puisi ni sama cam citer aku..
Puisi ni khas tasha wat untuk seseorang yang begitu bermakna dalam hidup tasha...
'pertemuan ini bagaikan terbuka..
satu rahsia didalam rahsia..'
best puisi tasha ni~;)
ye rahsia dalam rahsia..
semoga memori kekal diingatan..:(
tasha, leh aku amik puisi ko ne??
mo kasik ngn my ex..
paling mantap yang last :
"Aku teramat menyayangimu"
huhu semoga dia faham...
adih naaa...ni hasil ciptaanku sendiri VUJIE dari luahkan hatiku puisi ni ku wat untuk someone yg aku sayang..sebab dialah puisi ni tercipta...tp kalau kau rasa puisi ni sesuwai tuk ex bf ko tu...cuba2lah maybe dia akan faham...
pening la tgok blog tasha ni,,,,
loww blog camni simple pun pening nengok...:p
seminggu berlalu...
mungkin ini adalah takdirku...
mungkin kau bukan dicipta utk ku...
mungkin kau akan bahagia kini...
mungkin hingga saat ni saja hatiku bergetar...
mungkin tiada lagi hatiku jadi milik kaum hawa...
walau menitis air mata...
walau pedih terasa...
ku terima takdirku...
ku terima perpisahan ini...
ku terima ketentuan Ilahi...
ku terima....bahawa...
kau tak cintai ku lagi...
salam perpisahan...
sayangku »-((¯`»Tä§hä«´¯))-»...
assalamualaikum wbt...
Jangan sesekali memutuskan camtu..takdir kita dikemudian hari tak semua boleh menjangka..maybe ada tersirat dan tersurat disebalik semua ni...
Post a Comment