
31 Ogos bakal bertandang lagi. Tarikh itu adalah tarikh keramat yang telah termaktub bahawa Negara kita bebas dari penjajahan. Sedar tak sedar rupa-rupanya sudah 51Th kita telah mengecapi kemerdekaan hasil usaha dan pengorbanan pemimpin dan Perwira2 bangsa yang jatuh tersungkur demi mempertahankan tanahair berdaulat ini. Kita yang lahir di zaman merdeka selalu alpa, selalu leka dan tak tahu menghargai erti kemerdekaan yang sebenarnya. Aku masih ingat kisah Nenek dan Atokku yang lahir sebelum zaman merdeka, betapa perit dan sengsaranya kehidupan mereka ketika itu dan betapa rahmatnya kita lahir di zaman merdeka yang tak tahu mengenal keperitan, kesengsaraan hidup. Dulu aku sendiri sering dibelenggu, bermacam persoalan yang bermain dikotak fikiranku “APA ERTI KEMERDEKAAN INI SEBENARNYA” yang aku tahu Negara yang bebas dari jajahan kuasa asing, bebas dari pencerobohan dan bebas dari sebarang penindasan . Betulkah kita menghayati erti kemerdekaan itu?? Atau hanya sekadar keseronokan semata-mata sambil melaungkan “MERDEKA” “MERDEKA” “MEDEKA”!!!!..kata-kata yang tidak mempunyai makna hanya sekadar mainan dibibir tanpa ada penghayatan yang mendalam tanpa ada rasa kesyukuran sambil menitiskan airmata tanda kesedaran, keinsafan terhadap pengorbanan yang telah dilakukan pemimpin dan Perwira bangsa yang banyak berjasa, sehinggalah kita boleh hidup sebegini rupa. Kemakmuran dan keamanan Negara adalah hasil dari usaha mereka, betapa besarnya pengorbanan yang dilakukan demi melihat generasi akan datang dapat hidup dalam keselesaan. Anak zaman sekarang bila ditanya apa erti merdeka?? Mereka akan berkata, merdeka tu berarak membawa bendera Jalur gemilang sambil melaungkan perkataan “MERDEKA”. Anak muda pula mengambil kesempatan ini hanya untuk berseronok dan berpesta kerana pada tarikh inilah bermacam acara akan diadakan, malahan acara itu mencecah jutaan ringgit. Apa salahnya jika acara itu digantikan dengan doa kesyukuran sambil memperingati pemimpin dan Perwira bangsa kita yang bermati-matian, berhempas pulas demi mempertahankan maruah Negara kita dari tergadai. Fikirlah sendiri..Mungkin Negara kita merdeka dari dijajah..tapi adakah kita merdeka dari penjajahan jawapannya TIDAK. Jangan Cuma tau melaungkan “MERDEKA” sedangkan kita sendiri tidak merdeka, hati kita dijajah, permikiran kita juga sama, kita terikut-ikut gaya orang barat, pemakaian kita..percakapan kita yang lebih banyak mengagungkan bahasa orang barat, kita rasa berbangga jika dapat menguasai bahasa mereka tapi kenapa kita tidak boleh berbangga dengan bahasa kita sendiri iaitu BAHASA MELAYU. Betullah kata pemimpin kita . Negara kita begitu dikenali dengan adat ketimuran yang tinggi dan cukup kaya dengan budi bahasanya…seharusnya kita rasa berbangga diberi penghormatan yang sedemikian rupa. Sedarlah bahawa kedaulatan Negara kita adalah tanggungjawab bersama..kita yang menentukannya, mencorak dan mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna dan bakal menjadi pemimpin generasi yang seterusnya.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-51 TH, tema kali ini ialah Perpaduan Teras Kejayaan. Semoga perpaduan sesama kita akan memertabatkan lagi kemakmuran Negara kita. Moga kita akan sentiasa bebas dari penjajahan dan lebih memahami simbolik disebalik laungan “MERDEKA”.
"MERDEKA""MERDEKA""MERDEKA""MERDEKA"



































































9 »comment«:
merdeka..merdeka...merdeka..
posting berat ni. di luar bidang am :)
berat camna tu am?? bukanke kita rakyat MALAYSIA yang berhak bersuara..:)
hehe semangat abis suda ne ko..
kaler entry pn tau suda semangat berkobar2..
hik3..
merdeka!!!
adih VujiE semangat nan membara udah ni tp time merdeka duduk umah jua jawabnya hahahaha...paling2 pun tengok petunjukan bunga api yg diibaratkan duit kertas yang berterbangan...minda ku ani luan protes..
Saya setuju tue...Merdeka2 nie apa kata kita cut cost kan jgn ada2 kan pesta...semua masjid buat majlis...jgn buat majlis alaaaa alaaaa barat tu...tu menunjukan minda di jajah lagi kan.
shafa..bagus cadangan kamu tu sha sokong 100%...tapi benda tu xkan mungkin terjadi..sbb pemimpin kita pun dah dijajah kekekekee....
merdeka!!! merdeka!!! merdeka!!! merdeka!!!
salam kemerdekaan...
wahh..mukan main bersemangat lagi abam pge ni hihihi..
Post a Comment